IMPIAN YANG BELUM TERCAPAI
Kering idea nak mengupdate..
Aku telah hidup selama lebih kurang 24 tahun atas muka bumi nie. Terima kasih kat mak yang susah payah lahirkan dan besarkan aku. Dan selama aku hidup atas muka bumi nie, hmm...rasanya banyak lagi yang belum aku capai. Sungguh, banyak lagi!
Hamba-Nya yang baik
Ini yang paling aku menyesal. Bukan setakat nak jadik soleh, baik pun belum capai. Tapi, masa aku susah, Dia lah yang paling tak jemu tolong aku. Paling tak jemu mendengar, paling tak jemu menolong. Ya Allah, maafkan hamba-MU ni sebab selalu saja alpa. Aku sedang berusaha ke arah itu sedikit demi sikit.
Tolong Family
Baru saja berhenti daripada kerja lama dan mula kerja baru lebih kurang 2 minggu lepas. Sangat terasa di hati sebab aku anak lelaki sulung, tapi masih belum mampu tolong keluarga secara konsisten. Aduh! (Along tima kasih sebab banyak tolong aku)
Kerja
Aku tak memilih. Sejak mula abis belaja, aku belum "tanam anggur". Tapi, aku impikan sesuatu. Aku impikan untuk jadik seorang pensyarah sepenuh masa. Dah dua kali interview pensyarah Politeknik. Masih belum rezeki agaknya. Tapi takpa, hantar lagi. Aku rasa masuk kali ke5 mungkin orang-orang atasan kat SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) jemu asyik tengok muka aku. Hahaa..
Kereta
Masih belum mampu ke arah ini. Self actualization yang mampu naikkan keyakinan aku. Tak impikan kereta mewah, Cukup je sekadar Satria Neo ataupun Saga SE.
Teman Hidup
Umur dah 24 kan? Setengah orang cakap, 24 masih muda lagi. Tapi, aku tak tau kadang-kadang aku rasa jiwa kosong dan semacam nak aja diisi seseorang (jiwang plak, sesapa rajin tolong sekeh aku laju-laju). Yes, aku masih single. Ada sapa-sapa nak masuk meminang? Hahaha.. (pertanyaan sangat sengal!)
Sambung Ijazah Sarjana
Masa aku jadik penulis sepenuh masa di Majalah The COOK, aku dah plan untuk sambung master sambil kerja kat situ. Surat tawaran pun dah dapat. Tapi apakan daya lah kan, kita merancang, Allah tentukan. Redha...
Mancing di Melantai
Aku suka memancing. Tapi sejak grade, memang langsung tak pegi mancing. Teringin sangat nak g mancing di satu tempat, nama tempat tue Melantai. Melantai ni satu tempat mancing kat Taman Negara Pahang. Tempat ikan kelah. Serius sangat teringin nak mancing kat situ!
Kamera DSLR
Teringin sangat wei! Aku suka tangkap gambar, tapi memang tak suka bergambar. Sekarang ni dalam proses untuk buat blog pasal tempat makan. Rasanya menda alah tue sedikit sebanyak membantu kot.
-habis-
Sebenarnya, banyak lagi. Tapi dalam masa terdekat, harap dapat capai semua tue. Sangat bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas kat atas muka bumi nie. TQ Allah!

