Hidup

Salam bloggerz

Hidup tak selalu indah. Hidup tak selalu buruk. Hidup macam lepas hang capmelan. Ianya satu proses yang berulang-ulang. Kendurrrr....Klimaks.... Kendur.. Dan begitulah seterusnya.

Hidup bukan macam dalam filem

Hidup bukan macam dalam filem. Kalau dalam filem, apa pun boleh. Kena tembak seratus kali pun boleh tak kena. Kena pukul  dengan 20 orang samseng pun boleh lawan balik. Bercinta konon sampai mati. Hidup adalah realiti yang perlu kita hadap.

Hidup bukan macam cerita dongeng


Hidup bukan macam cerita dongeng zaman dahulu kala. Cerita dongeng ending semua best. Putera raja kawin dan hidup bahagia selamanya, cinta terhalang akhirnya bersatu, cium katak jadik putera. Semua itu adalah mengarut. Sungguh mengarut.Tak percaya? Try tengok cium katak apa yang dapat. Hidup adalah realiti yang perlu kita hadap.


|Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka  mengubah

 keadaan yang ada pada diri mereka sendiri| Surah Ar-Ra’d (ayat 11)


Kisah 1


Seorang mangkarq yang miskin, papa, kedana, lagi hina hidup dalam keadaan yang daif selama bertahun-tahun. Mangkarq ini pemalas, dan hanya hidup dengan belas kasihan jiran-jiran. Apabila ditanya kenapa beliau malas berusaha untuk menyenangkan hidup, jawapan mangkarq ini adalah "Biaq p lah.. Kalau Allah nak hidup aku senang, sekelip mata buleh senang".

Kisah 2


Seorang mamat telah disahkan mengidap kanser otak tahap 4 yang tiada harapan untuk sembuh. Namun, beliau sedikit pun tidak mengeluh, malah gigih berusaha mencari penawar, sama ada tradisional, moden. Dengan usaha beliau, dan hidup tanpa keluhan, daripada hanya boleh hidup 2 tahun, beliau expand life beliau selama lebih kurang 6 tahun. Saat-saat akhir hidup beliau penuh dengan senyuman, dan penghargaan keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan. 




Ajal dan maut, jodoh dan pertemuan

Ajal dan maut, jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Allah S.W.T. Tapi, kita kena ingat bahawa sebagai manusia, kita harus berusaha. Contoh, antara orang yang bawak kereta perlahan, dengan orang yang bawak kereta laju, siapa yang lebih berisiko tinggi untuk kemalangan? Contoh lagi, kalau terjun bangunan tingkat 2, dengan terjun bangunan tingkat 18, kemungkinan yang mana akan    
mati atau cedera lebih parah? Contoh lagi satu, takdak kerja nak buat, baring tengah jalan, tunggu lori treller datang lenyek.


Pendapat peribadi aku yang jahil lagi kurang ilmu ini adalah, maksud belum sampai ajal dan sampai ajal bagi situasi di atas adalah:

1. Kemalangan berlaku, tapi bukan kemalangan maut. Bagi yang bawak kereta perlahan, entah macam mana daripada atas flyover, satu lori balak terbabas lalu kayu balak jatuh menimpa kereta beliau. Nak buat macammana? Ajal dan maut adalah ketentuan Allah S.W.T


2. Tengah ready nak terjun, dan sudah terjun, tapi tak jatuh bawah, sebab ditahan oleh payung-payung besar peniaga yang berniaga kat bawah. Ataupun, masa terjun, tersangkut kat ampaian. Panjang umur mangkarq ni.....

3. Tengah sedap baring, betul punya lori treller datang, namun dek kerana kecekapan pemanduan pemandu lori treller tersebut, sempatlah brek dan mengelak. Memang panjannnnnngg umur mangkarq ni...


Samalah juga halnya dengan jodoh. Dengan siapa kita dijodohkan, memang awal-awal lagi Allah S.W.T sudah tentukan. Tapi, adakah dengan berpeluk tubuh, sambil main telor maka jodoh itu akan turun dari langit? Kita kena ingat, usaha dan usaha dan berdoa dan bertawakkallah.

Realitinya, hidup ini adalah tentang berusaha dan berusaha, berdoa dan bertawakkal. Kita yang mencorakkan apa yang bakal kita hadap dihadapan. Namun, berjaya atau tidak Allah S.W.T. menentukan. Segala yang baik adalah daripada Allah S.W.T dan segala yang buruk adalah daripada kita yang lemah. Seandainya kita tak dapat apa yang dihajati, walau setelah usaha separuh mati, mungkin belum sampai rezeki, atau Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik dikemudian hari atau mungkin dihari kita selepas mati.


Nota kaki:


Pandangan aku tidak semestinya betul. Ini adalah pandangan peribadi.












Read Users' Comments (0)

Tersurat dan tersirat

Salam bloggerz


Pernah tak, kita berada dalam satu keadaan dimana kita berasa serba salah dan selepas itu kita disalahkan?

Aku sekarang berada dalam situasi gampang itu atas kesalahan diri sendiri.

2 minggu lepas

Aku: Takpalah, rasanya boleh kot. Ya, boleh-boleh. Insyaallah. Jangan risau.
Mamat: Ok, thanks.

Semalam

Aku: Rasanya tak boleh la aku nak join ko. Ak rasa aku lebih patut utamakan yang satu lagi. Aku baru sedar yang bla.. bla.. bla.. bla.. Ko ok ke tak?
Mamat: Ok. Takde apa-apa. Ok.

Istilah ok "mamat" itu sebenarnya adalah tidak ok. Dan aku bukan bodoh sebab dalam baca air muka orang aku memang paling handal. Yo!

Dan telahan itu memang benar sebenarnya sebab air muka "mamat" pada hari ini adalah sangat lain sampaikan muka aku pun tak nak tengok.

..........

Aku tak salahkan "mamat" sebab memang aku yang salah. Aku salah sebab buat pandai-pandai. 

Dalam masa yang sama, aku kesiankan diri aku sendiri beb. Kesian diri aku sendiri yang kadang-kadang buat silap bodoh yang sepatutnya tak berlaku dan memang aku dapat elak. Muka toya aku akan bertambah-tambah toya.

Nak membina adalah susah, tapi nak meruntuhkan ambil masa 5 saat saja.

...........

Kesian kan?

Mesti hangpa semua penah alami benda yang sama? Betul? 

Ramai yang pesan, sebelum kesiankan orang lain, kesiankan diri sendiri dulu. Sungguh, betul. 

Simpati itu sesuatu yang patut, tapi yang tak patut adalah kerana rasa simpati, itu akhirnya memusnahkan diri sendiri.

Nak buat macam mana lagi? 

Hadap la selagi boleh. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang jadik. Sabar dan sabar.

Nota kaki kiri:

Bodohnya aku.

Read Users' Comments (0)

Bengong

Salam.

Sekarang sini tengah hujan. Hujan lebat gila. Aku bukak email sebab nak hantar kerja yang penting. Bukak saja email, aku tertengok ada satu komen di entri lama aku.

Rupanya, ada juga makhluk sesat yang terlawat blog aku. Hahah. Aku dengan penuh rasa terima kasih dan terharu sangat-sangat sebab komen tersebut membuka hati aku untuk update blog aku ni yang aku rasa dekat 5 bulan tak update.

Aku rasa, ramai orang ada blog. Sungguh, ramai oo. Tapi, tak ramai di antara kita yalng konsisten update blog. Termasuk lah aku yang tersangat tidak konsisten. Biasanya penulis-penulis blog yang berjaya adalah mereka yang jenis update blog secara konsisten.

Alkisahnya ketidakkonsisten aku dalam mengupdate blog disebabkan beberapa faktor:

Malas
Sungguh, kalau malas apa pun tak boleh.

Internet slow cam sipot.
Dulu, aku duk kat Shah Alam. Jadik, intenet sangatlah laju walaupun kadang-kadang hampeh. Aku pakai broadband. Belum terfikir nak pakai streamix ke, sebab rasanya belum perlu. Disebabkan faktor internet slow, jadik aku rasa sangat-sangat malas nak update, dan lepas tue langsung tak update terus.

Kering idea
Sebenarnya, bukan idea kering, tapi malas. Kalau rajin, maka idea akan datang. Betui habaq hang.

Sedih
Aku sedeh sebab belum bertemu jodoh. Hahaha.. (jinbit mana ada kena mengena, mangkarq!)

Sibuk
Ini bukan penyebab, ini adalah alasan.

....................

Hidup sekarang
Sejak aku tak update blog, hidup aku banyak berubah sekarang ni. Kerja, suasana, cara hidup. Sungguh tak sama. Walaupun kerja sekarang adalah kerja yang amat stabil, tapi aku sungguh rindu keadaan dan suasana lama. Walauapapun, aku sangat bersyukur.

..................

Hidup ni mengajar kita untuk bersyukur. Kalau kita tak bersyukur, maka kita adalah hampeh.

........................

Aku sangat rindukan diri aku yang dahulu sangat gigih mengupdate blog. Sesapa, sila lempang aku supaya aku lebeh rajin mengupdate blog.

Salam.



Read Users' Comments (0)