Seorang Wanita Bernama Hafiza

Salam bloggerz.
Terima kasih Allah sebab beri kesempatan dan kekuatan untuk aku lebih rajin mengupdate.
Sekarang, aku tak nak fikirkan masa untuk rating blog, ranking blog ke, traffic ke. Yang penting aku nak pastikan kekerapan aku mengupdate akan meningkat. Dan kualiti posting akan meningkat dan ada value walau penuh caci maki dan juga sindiran.
Sungguh blog bukan tempat untuk kita menunjuk pandai, tapi blog adalah tempat untuk kita memperbaiki diri..
...................................
Baru lepas ulang alik dari toilet. Bahana makan tak ingat masa dinner company tadi. Dem! Sakit perut.
..................................
Kali ni aku nak kongsi sikit pengalaman yang aku rasa hanya sesetengah kawan baik aku sahaja yang tahu. Dan itu pun kalau mereka itu masih ingat. Sangat rahsia tapi dah sampai masa untuk aku ceritakan sebab aku tersangat mahu berjumpa dengan beliau, walau sekejab.
.
Kisah seorang perempuan yang namanya Hafiza. Perempuan yang sekejab pernah aku kenal dan aku tak akan lupa sampai bila-bila walau sampai hujung nyawa aku sekalipun.
.
Macam ni...
Mesti korang semua pernah chatting kat MIRC kan? Yang ada room #kampung, #mamak dan seangkatan dengannnya.
.
Masa aku lepas habis SPM, dan aku balik kampung lepas kerja lima bulan di Nandos Midvalley, memang takdak aktiviti berfaedah yang aku buat sementara tunggu panggilan masuk U. Dulu rajin jugak aku solat jamaah kat masjid sebab mak aku sangat bising kalau aku tak pergi. Masa kat kampung kan...
.
Kiranya lepas solat maghrib, aku akan lepak-lepak sambil tunggu solat isya'. Habis bosan aku akan lepak ciber cafe main game King of Fighter dan kadang-kadang gatal tangan masuk MIRC.
.
Aku lupa tarikh tepat dan bila, aku kenal dengan seorang budak perempuan, tak salah aku dia tingkatan tiga (aku 18 tahun, jadik umur beliau 15 tahun). Nama budak perempuan tersebut Norhafiza, atau Hafiza dan aku panggil dia Fiza.
.
Entah macam mana, kami jadik rapat. Tapi tak sampai bercinta. Gila budak-budak sungguh masa tue.
Tarikh perkenalan tersebut adalah lebih kurang seminggu sebelum aku dapat tawaran belajar kat UiTM Penang.
Selalu jugak aku telefon dia malam-malam (pakai public phone, sebab masa tue aku belum pakai handphone lagi). Macam-macam kami borak, dan Allah tentukan kami jadik agak rapat.
.
Lupa nak bagitahu yang budak perempuan tersebut orang Terengganu. Satu tempat kat Terengganu yang namanya bermula dengan huruf 'P". Paka kot. (Ada ke tempat nama macam tue kat Terengganu? Aku malas nak google).
.
Masa aku mula-mula sambung belajar, aku masih lagi rapat dengan dia sebab dah ada handphone sendiri. Selalu jugak berbual kat telefon.
.
Pernah satu kali, aku habis 30 ringgit top up satu malam sebab masa tue call rate sangat mahal dan sms rate pun mahal jugak.
.
Hafiza ni seorang yang sangat cool, lembut hati dan kat sekolah dia jaga koperasi. Aku tak akan lupa itu. Suara sangat lembut tapi sangat kuat merajuk kalau aku agak lupa kat dia sebab masa tue aku masih agak tak tahu apa-apa pasal perempuan dan baru mula belajar kat U.
.
Satu malam, dia telefon aku dan katanya beliau kat hospital. Aku tanya kenapa? Tapi dia tak jawab.
.
Lepas tue, dia sangat selalu telefon aku dan kebanyakan masanya adalah masa dia ada kat hospital. Mungkin sebab dia bosan tak tahu nak buat apa.
.
Korek punya korek, akhirnya aku dapat tahu yang beliau ada masalah dengan tulang belakang.
.
Satu hari, dengan suara yang agak lemah, beliau telefon aku dan beliau katakan yang beliau ada kat hospital dan tak boleh jalan langsung. Aku jadik sangat risau. Tapi esoknya beliau ok balik dan pergi sekolah macam biasa.
.
Aku jadik semakin rapat dengan dia dan aku hampir-hampir sangat nak couple dengan dia (walaupun tak pernah jumpa). Tapi aku memang tak pernah cakap sebab rasanya dia pun memang budak lagi kan?
.
Suatu hari, malam dia telefon aku dan kali ni, suara dia sangat-sangat lemah. Macam biasa dia kena tahan kat ward. Dia ceritakan kepada aku yang dia pengsan masa jaga koperasi waktu petang.
.
Permintaan terakhir yang sangat-sangat buat aku terkilan adalah beliau katakan kepada aku yang dia terlalu ingin sangat jumpa aku. Masa tue aku rasa macam nak je ke Terengganu, tapi apakan daya masa tue aku tak mampu.
.
Dan lagi malang nasib aku, lepas beliau telefon entah macam mana telefon atau simcard aku ada masalah (aku memang lupa sangat-sangat) dan banyak nombor telefon termasuk nombor dia hilang.
.
Dan itu kali terakhir aku dengar suara dia. Lepas tue, dia langsung tak contact aku dan aku tak dapat contact dia sebab aku memang tak ingat nombor telefon dia.
.
Sampai sekarang, aku tak pasti sama ada beliau masih ada kat dunia ni atau meninggal dunia. Aku cuba carik kat facebook dan carik kat Friendster, tapi tak jumpa-jumpa.
.
Serius aku sangat terkilan.
.
Aku sangat-sangat tak boleh lupakan kata-kata beliau yang sangat lekat dalam fikiran aku sampai hari ni..
"Hapiz, sebelum saya pergi, saya teringin sangat nak jumpa dengan awak..."
Dan kata-kata tue memang keluar dengan nada yang amat lemah..
..
Nota kaki:
Hafiza, kalau awak terbaca la entri ni, boleh tolong tinggalkan komen?
-harapan yang tinggal harapan-

Read Users' Comments (3)

3 Response to "Seorang Wanita Bernama Hafiza"

  1. Haura Malina says:
    February 22, 2011 at 9:18 PM

    Gila sedih.

    Takpe bro, bila ingat, sedekah al-Fatihah, insyaAllah, tak jumpa kat dunia, akhirat masih ada. (:

  2. Hapiz Rahman says:
    February 22, 2011 at 10:07 PM

    HaurA malina: ak pun tak tahu dia masih ada ke x..

  3. Anonymous Says:
    May 31, 2013 at 3:38 AM

    Yet another terrific feature of a Solar Powered Attic Fan is that they come set to
    install and entirely assembled making the installation process quick and uncomplicated.

    Both the amount of heat retained and released can be done so via a
    thermostat. Their sound, their look, and their set is true
    Hollywood Rock 'n Roll.

    Here is my website: quat dien