TIP UNTUK LELAKI: JAUHI WANITA SEPERTI INI DIFACEBOOK


Pada entri yang lepas aku ada bebel pasal jenis-jenis lelaki yang patut anak gadis, anak dara, wanita, isteri, ibu tunggal dan juga datin-datin harus jauhi di Facebook. Sila kliksini untuk maklumat lanjut.

Rasanya adalah berat sebelah sekiranya aku hanya memberi tip-tip kepada kaum hawa saja. Nanti tak pasal-pasal aku kena banned dengan bloggerz lelaki.

Jadi, untuk tidak berat sebelah, aku dengan suka hatinya aku berikan sedikit tip hasil daripada pengalaman dan jugak pemerhatian aku yang tak seberapa ni. Sekali lagi aku ingatkan, tip-tip ini hanyalah pendapat peribadi aku saja.

Perhatian: Tip-tip ini tidak boleh diaplikasikan kepada rakan wanita yang anda kenali, ataupun saudara mara)

Facebook wanita yang 80 peratus dan lebih kawan wanitanya adalah lelaki

Aku selalu jalan-jalan di Facebook dan selalu jugak aku mengusha profil-profil wanita. Selalunya, pemilik Facebook wanita yang kawan lelakinya adalah melebihi 80 peratus biasanya tergolong dalam kategori awek cun. Lelaki sangat suka add wanita cun. Kadang-kadang hanya saja untuk usha gambar. Itu saja.

Mengapa aku katakan pemilik Facebook seperti ini harus dijauhi? Wanita seperti ini kemungkinan besar adalah playgirl, senang menerima, senang melayan dan jugak mudah jemu. Biasalah kan? Perempuan cun. Itu adalah normal. Tapi, jika anda jenis lelaki yang sukakan cabaran, yes go ahead! Akan tetapi, pastikan anda adalah single, hensem, dan juga berduit.

(tip ini tidak seratus peratus betul)

Gambar terlalu seksi

Mungkin ada yang mengatakan, adalah hak peribadi untuk melatakkan apa saja jenis gambar. Seksi ke, separuh naked ke.. Kan?

Ok, itu memang hak peribadi. Tapi, melalui Facebook ia menjadikan gambar tersebut public dan sesiapa saja boleh melihat. Di mana harga diri anda? Jujur aku katakan, wanita yang biasanya meletakkan gambar yang terlalu seksi di Facebook biasanya gila glamour, sukakan perhatian, suka dipuji berlebihan dan lain-lain lagi. Aku minta maaf kepada para wanita di luar sana. Sila ambil perhatian dengan perkara ini.

Terlalu sosial

Tak la perlu dijauihi sangat. Cuma sila berikan perhatian yang lebih sedikit. Facebook memang boleh menceritakan bagaimana cara hidup kita, siapa kawan-kawan kita, dengan siapa kita berkawan, dan apakah jenisnya diri kita ini.

Status in relationship/married

Kepada lelaki diluar sana, tolong jangan jadik perampas perosak rumah tangga orang. Ramai lagi perempuan di luar sana yang masih single.

Kelihatan seperti kaki kikis

Nak tahu macam mana jenisnya perempuan kaki goda di Facebook?

a. Cepat sangat dan terlalu senang melayan

b. Status in relationship ataupun married tapi kawan dan komen lelaki sangat banyak dan kebanyakannya sangat annoy

c. Banyak juga list friend yang berumur ataupun separuh umur dan kelihatannya bukan seperti sanak saudara

d. Posting di status ala-ala seperti diva dan seperti mahukan perhatian

e. Gambar seksi di profil pic

Status mengutuk di wall Facebook

Aku personally sangat tidak suka dengan status yang suka kutuk mengutuk di Facebook. Sangat annoy!

Serangan di Wall

Kadang-kadang ada wanita yang menyerang wanita lain di Wall. Sila berikan perhatian lebih juga kepada wanita seperti di atas. Mungkin wanita yang diserang itu bersalah, dan mungkin juga dia tidak bersalah.

-Habis-

Nasihat aku, sila berhemah di Facebook kerana Facebook itu seperti cermin diri kita juga.

Kepada bloggerz wanita, aku minta maaf sekiranya pendapat aku ni menyinggung perasaan anda.

Sila jangan boikot aku. Tanpa kalian, siapalah aku.










Read Users' Comments (25)

Mengendap a.k.a Skodeng 1

Ya, kali ini aku merasakan bahawa aku sangat *sangap dan rasanya apa yang terbuku di hati perlu aku salurkan dengan cara yang betul. Tension sungguh sebab asyik-asyik dengan cara dan juga **medium yang salah saja. Jadi, kena cari ***medium yang betul LOL!

Nekad siut! memang tak mau lagi aku pandang belakang sebab kalau ****pandang belakang memang segalanya akan hancur. *****Jalan-jalan dengan rakus. Jalan-jalan dengan mata meliar. Sudah ternampak mangsa! Malas tunggu lama. ******Terkam saja!

Adakah aku merogol?
Adakah aku mencabul?
Adakah aku membuat perbuatan yang tidak senonoh?

Korang memang otak kuning la wei! Hahah.

Sudah! Jangan buat laporan polis kerana aku hanyalah seorang bloggerz sahaja.

Begini....

* Sangap: Bosan
** Medium yang salah: Terjah
***Pandang belakang: Intai dan blah
****Jalan-jalan: Blogwalking
*****Terkam: Mengulas

Maaf kerana menggunakan bahasa yang agak klise. Saja kadang-kadang menyusahkan pembaca.

Sebenarnya hanya mahu menjelajah dari blog ke blog saja. Yeah! Mangsa pertama aku adalah...


Blog ini adalah kepunyaan cik adik manis Nur Su'iadah.

Pertama sekali, yang membuat aku rasa selalu saja nak jengah blog ni adalah kerana ada gambar Cik Su'aidah yang besar gedabak, sedang asyik berlenggang kangkung memegang selendang. Selendang merah ya. Ya, gambar itu menggambarkan bahawa Cik Su'iadah seperti sangat pasrah, sama seperti nama blog beliau. Antara header blog paling menarik pernah aku jumpa sepanjang aku blogwalking.

Cik Su'iadah ni boleh dikatakan antara blogger yang popular, dengan pengikut terkini sebanyak 699. Banyak tue! Bukan calang-calang dapat capai bilangan pengikut sebanyak tue. Otai nie..

Dalam setiap entri Cik Su'iadah, beliau banyak menceritakan apa yang terjadi dalam kehidupan seharian beliau, dan bagi aku cara penceritaan beliau yang bersahaja dan ikhlas itulah yang menyebabkan blog beliau sentiasa menjadi pujaan hati mereka yang suka blogwalking, contohnya aku.

Cik Su'aidah juga banyak berkongsi tip dan pandangan peribadi beliau mengenai dunia bloggerz, contohnya dalam entri beliau yang latest ini. Sila klik untuk mengetahui!

Bersempena dengan Piala Dunia, CIk Su'aidah juga gemar menghupdate berkenaan dengan bola. Ya, Cik Su'aidah suka tengok bola, dan kalau siaran langsung takdak kat TV1 maka beliau akan tengok online ataupun layan kat kedai makan. Cik Su'aidah ni peminat pasukan Belanda, walaupun beliau agak kecewa sebab England kena belasah 4 1 dengan German tempoh hari. Haha.

Pendek kata, memang tak rugi dowh berkunjung ke blog Cik Su'aidah. Bak kata pepatah di Astro: macam-macam ada.

Dan aku paling suka dengan header blog Cik Su'aidah. dan, buat kesekian kalinya, aku pasrah.. :)







Read Users' Comments (3)

TIP UNTUK WANITA: JAUHI LELAKI SEPERTI INI DI FACEBOOK!


Entri ini di tulis tepat jam 5.35 pagi, 28 Jun 2010, tatkala mata segar bugar macam haram walaupun esok kena pegi keja tepat jam 7.30 pagi. Sangat hampes!

Pagi atau malam tadi, masa tengok bola Argentina vs Mexico , aku ada chat dengan sorang bloggers. Sememangnya, setiap bloggers punyai cara dan kehidupan yang berbeza. Apa yang menjadikan kita (bloggers) sama adalah keinginan untuk berkongsi apa yang kita rasa melalui medium berbeza, iaitu penulisan.

Perbincangan kami hangat (tapi tak lah sampai cerita dalam kelambu.. hahaha) dan aku mengutarakan topik tentang jenis-jenis lelaki yang patut wanita jauhi di Facebook. Mengapa? Sebab aku merasakan wanita, anak gadis, anak dara, ibu tunggal, dan juga datin harus tahu tentang jenis-jenis lelaki yang harus mereka jauhi di Facebook. Sebabnya? Kerana Facebook sekarang telah menjadi satu fenomena ataupun boleh dikatakan sebagai satu cara hidup untuk kebanyakan masyarakat di seluruh dunia. Ibarat kata, macam makan nasi tiap-tiap hari!

Ramai orang bertemu jodoh melalui Facebook, ramai juga yang yang bercerai kerana Facebook, ramai juga yang bermusuh kerana Facebook, ramai juga yang ditipu dan dimalukan melalui Facebook.

Untuk entri kali ini, oleh kerana perbincangan aku dan juga rakan bloggerz tadi hanya merujuk kepada isu cerai-berai, clash, dan juga putus tunang, aku fokuskan isi kandungan entri ini kepada jenis-jenis lelaki yang harus kaum hawa jauhi supaya tidak menjadi spare tyre, bini kedua, skandal, atau seangkatan dengannya. Kredit juga entri ini kepada rakan bloggerz ini.

Perhatian: Tip-tip ini tidak boleh diaplikasikan kepada rakan lelaki yang anda kenali, ataupun saudara mara)

Facebook lelaki yang friend listnya adalah 80 peratus dan lebih adalah wanita
Kepada wanita, jika terjumpa friends request daripada lelaki seperti ini, adalah lebih baik anda jangan approve. Sebabnya, lelaki seperti ini adalah comfirm-comfirm pantang tengok perempuan cun, mesti dia add. Anda nilaikan sendiri.

Status: Married, In Relationship
Untuk tip ini, ia tidak dapat diaplikasikan kepada lelaki yang tidak mengaku dirinya sudah berpunya (tipu status daa).

Mengapa perlu dijauhi? Status seperti ini menunjukkan lelaki tersebut telah berpunya ataupun berkahwin. Buat apa nak kacau daun dan melayan lelaki yang dah berpunya. Bak kata pepatah "sudah terang lagi bersuluh". Nanti tak pasal-pasal kena serang. Ramai kan lagi still single. Contohnya aku -----> muka serius! (-:-).

Komen di gambar: Awak cantik lah, cutenyerrr..., Indahnya ciptaan Tuhan, dan seangkatan dengannya
Ini satu lagi. Wanita memang suka dipuji. Bila dipuji kembang semangkuk. Namun, tahukah anda wahai wanita, jika lelaki senang-senang sahaja memuji anda (walaupun baru beberapa kali komen di wall) maka dia senang-senang saja menghamburkan pujian itu kepada wanita lain? Pujian itu sekadar nak buat anda kembang semangkuk, dan rasa best. Maaf lelaki, pujian seperti itu seperti tiada nilai. Sila jangan buat (peringatan kepada diri sendiri).

Komen di wall anda bersayang-sayang
Kalau jumpa lelaki seperti ini, elok delete saja daripada friend list. Kata-kata sayang sekurang-kurangnya hanya layak untuk insan tersayang, maksud aku awek atau teman wanita (patutnya lebih layak kepada yang muhrim). Namun, sila abaikan jika rakan lelaki itu adalah seorang nyah ataupun lelaki lembut.

Kacau di chatbox
Serius aku juga pernah melakukan ini kepada seorang rakan facebook wanita yang tersangatlah cute. Tapi, kacau aku cuma sekadar say: Hi, Salam... Dan selalunya tidak berbalas dan aku akan stop sampai ke situ saja.

Seorang rakan aku juga pernah mengadu dia dimaki kerana tidak melayan chat seorang lelaki. Haha.. Boleh plak maki-maki. Lantaklah orang nak layan ke tak. Bengong!

Kalau dah tension sangat asyik kena kacau di chatbox, invisible saja. Kan senang?

Posting di wall anda jiwang-jiwang
Lelaki jiwang karat seperti ini eloklah dijauhi. Kalau dia boleh berjiwang karat dengan anda, dia juga boleh berjiwang karat dengan orang lain. Oleh itu, sila jauhi. (owh, aku juga jiwang karat kadang-kadang, oleh itu sila jauhi aku di Facebook).

Lelaki berumur dan kelihatan meragukan
Ok, tak dapat dinafikan seseorang itu mungkin membuka akaun Facebook kerana ingin mencari networking. Ok it just fine.

Tapi, sila berikan perhatian teliti sekiranya lelaki tersebut:
a. Seakan-akan mahu mengorat anda
b. Seakan-akan mahu mengorat anda
c. Seakan-akan mahu mengorat anda
d. Seakan-akan mahu mengorat anda

Maksud meragukan bagi statement di atas adalah seperti kelihatan beristeri.

Nasihat aku, sila jauhi lelaki berumur dan kelihatan seperti sudah beristeri. Ramai kot yang masih single dan muda-muda. Contohnya aku-----> muka serius! (-:-) sekali lagi.

-Habis-

Entri ini adalah pendapat peribadi aku hasil daripada perbincangan dan temuramah dengan rakan bloggerz tadi. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan marah.

Kepada lelaki, sila jangan tetak aku dengan parang.







Read Users' Comments (33)

Cinta Hati Kamu: Sambungan Bahagian 2/2: Satu Pertemuan


Perjalanan begitu lancar. Tidak aku sedar, sehinggalah tiba-tiba seorang makcik yang berada disebelah aku mencuit-cuit bahu aku. Menyedarkan aku.

“Dik, dah sampai Rawang ni”.

Makcik separuh umur berbaju kurung bunga-bunga kecil itu tersenyum memandang aku. Aku tertidur separuh perjalanan daripada Tanjung Malim ke Rawang tadi. Aku membalas kembali senyum manis makcik separuh umur itu dan mengucapkan terima kasih. Bingkas bangun dengan segera kerana tren ke Kuala Lumpur Sentral sedang menunggu masa saja untuk bergerak. Kalau terlepas alamatnya aku terpaksa menunggu 15 ke 30 minit untuk tren yang seterusnya. Tidak mahu terlambat, aku mempercepatkan langkah. Aku menoleh ke kanan dan kiri. Makcik separuh umur tadi telah hilang daripada pandangan. Aku sebenarnya masih mamai kerana baru sahaja terjaga daripada tidur separuh perjalanan.

Kerana aku masuk ke dalam tren pada saat-saat kecederaan (kira-kira 10 saat sahaja sebelum tren bergerak), tempat duduk semuanya penuh. Aku mengambil tempat untuk berdiri agak di belakang. Sedikit selesa. Kemudian, tren mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan Stesen Rawang. Aku berpaut kukuh pada satu tiang sambil bersandar. Tren kadang-kadang bergegar tiba-tiba. Terjatuh nanti bikin malu saja.

Sambil berdiri, mataku entah kenapa sekejab pejam sekejab celik. Seketika kemudian terlena lima saat. Aku berusaha untuk mencelikkan mata. Bahaya sebenarnya jika tertidur kalau berada di dalam tren. Bila-bila masa sahaja dompet yang letaknya di poket belakang seluar ini boleh diseluk, dan kemudian hilang. Hidup di kota memang begini. Jangan cuai, dan sentiasalah hati-hati.

Tren bergerak lancar. Baru saja melepasi Stesen Kuang. Penumpang tidak berkurang. Tapi makin bertambah. Tren makin padat, tapi masih ada ruang untuk bernafas. Agak lega sedikit. Pastinya, apabila singgah di Stesen Sungai Buloh, penumpang akan bertambah. Sesuatu yang biasa bagi mereka yang biasa menaiki pengangkutan awam seperti aku. Bak kata pepatah, “Alah Bisa, Tegal Biasa”.

Aku memperkemaskan pegangan dan sandaran pada tiang. Sesekali menunduk, sesekali memandang kelibat manusia yang pelbagai. Ada yang membaca, ada yang termenung seakan memikir sesuatu, ada yang mendengar lagu di MP3, ada yang hanya bertelungu seakan bertakur: tidur barangkali.

Memegang kukuh di tiang yang sama dengan aku seorang anak kecil lelaki, lingkungan umur lebih kurang lima tahun. Ibunya duduk di kerusi bertentangan denganku, sedang memangku adiknya barangkali, yang sedang nyenyak tidur. Anak kecil itu memandang aku dengan anak matanya yang kecil dan berseri. Aku memandangnya kembali, dan melemparkan senyuman yang paling manis. Anak kecil itu membalas senyuman aku juga dengan senyuman yang paling manis. Aku memegang kukuh bahunya, supaya dia tidak terjatuh kerana tren akan berhenti di Stesen Sungai Buloh.

Tren berhenti di Stesen Sungai Buloh. Seperti jangkaan aku, apabila sampai di stesen ini, maka tren akan semakin padat. Peratusan yang keluar adalah amat sedikit berbanding peratusan yang masuk. Anak kecil tadi semakin terhimpit. Aku tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan tersenyum lagi kepadanya.

Aku melihat jam di tangan. Sudah pukul 3.10 petang. Aku menjangkakan akan tiba di Shah Alam pada pukul 5.00 petang..

Tren akan bergerak dari Stesen Sungai Buloh lebih kurang beberapa saat sahaja lagi selepas berhenti kira-kira dua minit. Daripada dalam tren, aku memerhatikan ada beberapa orang lagi yang berlari-lari anak untuk mengejar tren yang hampir sahaja bergerak.

Dalam himpitan manusia yang bersesak di dalam tren, tiba-tiba aku dilanggar oleh seseorang dan aku terjatuh. Anak kecil tadi juga terjatuh. Tapi dia agak malang kerana badannya yang kecil dihujani pula dengan limpahan kira-kira lima buah buku yang tebal-tebal belaka.

Anak kecil tadi cuba bangun. Aku pula bangun terlebih dahulu kerana malu. Selepas bangun, aku mencapai tangan kecil anak tadi untuk membantu dia bangun. Serentak dengan itu, satu lagi tangan halus cuba membantu anak kecil tadi, dan secara tidak sengaja, bukan tangan anak kecil tadi yang ku sambut, tapi tangan yang lagi satu.

Aku memandang ke arah sipemilik tangan tadi setelah melepaskan tangannya. Rupanya milik seorang gadis yang bertudung litup. Dia barangkali baru saja memasuki tren dan oleh kerana tersalah langkah secara tidak sengaja melanggar aku kerana terhimpit dengan himpitan manusia. Dia tidak bersalah.

Dia hanya menunduk berkali-kali. Tanda meminta maaf kerana menyebabkan aku dan anak kecil tadi terjatuh. Aku hanya tersenyum simpul. Malu kerana tersentuh tangannya. Selepas beberapa kali dia menunduk kepada aku, dia menunduk pula ke arah anak kecil tadi yang baru saja bangun selepas dibantu oleh ibunya. Anak kecil tadi seakan mahu menangis. Sakit barangkali kerana terjatuh dan ditimpa oleh buku-buku yang tebal. Ibunya menggosok-gosok beberapa kali kepalanya, memujuk supaya dia tidak menangis.

Gadis itu seakan merasa bersalah, Namun, masih lagi tidak mengeluarkan sepatah pun kata-kata. Dia lantas mengeluarkan sesuatu daripada beg sandangnya. Gula-gula rupanya. Tangan halusnya menghulurkan gula-gula tersebut kepada anak kecil tadi, sambil memegang bahu anak kecil itu. Anak kecil itu tersenyum dan menerima gula-gula pemberian gadis itu dengan sinar mata yang girang. Ibunya melemparkan senyuman kepada anak gadis itu. Lega kerana anak lelakinya tidak jadi menangis.

Buku-buku gadis itu masih berselerakan di atas lantai tren. Tren yang bergerak laju, ditambah pula dengan keadaan yang bergoyang-goyang dan juga manusia yang berhimpit-himpit di dalam tren menyukarkannya untuk membongkok dan mengambil kembali buku-buku itu.

Entah kenapa, anak kecil tadi bergerak sedikit ke hadapan, lantas memberi sedikit ruang kepada aku untuk membongkokkan diri dan mencapai buku-buku gadis itu yang berselerakan di atas lantai tren.

Aku mencapai satu persatu buku tersebut dan menghulurkan kepadanya. Dia menyambutnya dengan tangan kanan. Baru aku dapat betul-betul melihat dirinya kerana aku dan dia bertentangan mata. Matanya agak redup, namun anak matanya sangat bersinar. Hanya itu sahaja. Kerana wajahnya ditutupi oleh tudung litup. Aku tidak berani memandang lama-lama kerana aku merasa segan. Aku terus mengutip buku-bukunya yang masih berselerakan di atas tren. Selesai.

Aku kembali berdiri dan memegang tiang tadi. Gadis itu menunduk lagi beberapa kali kepada aku, Tanda terima kasih. Aku tersenyum sekali lagi. Harapnya dia memahami bahawa pertolongan aku tadi adalah ikhlas.

Oleh kerana dia memegang buku-buku yang agak tebal, aku menawarkan diri untuk memegang separuh buku-buku tadi. Bimbang pula dia sekali lagi akan terjatuh. Namun, dia menolak sambil menunjuk kepada peta perjalanan tren yang terpampang di tepi dinding tren.

Selang beberapa saat, pemandu tren mengumumkan bahawa tren akan sampai di Stesen Kepong Sentral tidak lama lagi. Gadis itu memandang aku dan mengangukkan kepala sambil meredupkan anak matanya lagi. Tren berhenti.

Baru aku faham, dia akan berhenti di Stesen Kepong Sentral.

Gadis itu bersusah payah pula berjalan menuju ke pintu tren untuk keluar. Susah kerana tidak ramai yang berhenti di stesen ini.

Akhirnya, gadis bertudung litup itu berjaya juga meloloskan diri dan keluar daripada tren. Entah mengapa, aku merasa lega. Anak mata aku masih terus memerhatikan langkah anak gadis bertudung litup itu. Dia melangkah sederhana laju. Tiba-tiba, dia memandang ke arah aku dari luar, dan sekali lagi menundukkan kepala dan meredupkan anak matanya.

Aku rasa, disebalik tudung litupnya itu, pasti dia sedang menguntum senyuman. Kemudian, dia sedikit-sedikit hilang daripada pandanganku, dan tren pula meneruskan perjalanan.

Tiba-tiba, anak lelaki kecil tadi menarik-narik sedikit seluar ku. Aku memandangnya. Dia dan ibunya tersenyum. Rupanya, dia dan ibunya sedari tadi memerhatikan keletah aku.

Aku tertunduk malu.

Read Users' Comments (3)

IMPIAN YANG BELUM TERCAPAI

Kering idea nak mengupdate..

Aku telah hidup selama lebih kurang 24 tahun atas muka bumi nie. Terima kasih kat mak yang susah payah lahirkan dan besarkan aku. Dan selama aku hidup atas muka bumi nie, hmm...rasanya banyak lagi yang belum aku capai. Sungguh, banyak lagi!

Hamba-Nya yang baik
Ini yang paling aku menyesal. Bukan setakat nak jadik soleh, baik pun belum capai. Tapi, masa aku susah, Dia lah yang paling tak jemu tolong aku. Paling tak jemu mendengar, paling tak jemu menolong. Ya Allah, maafkan hamba-MU ni sebab selalu saja alpa. Aku sedang berusaha ke arah itu sedikit demi sikit.

Tolong Family
Baru saja berhenti daripada kerja lama dan mula kerja baru lebih kurang 2 minggu lepas. Sangat terasa di hati sebab aku anak lelaki sulung, tapi masih belum mampu tolong keluarga secara konsisten. Aduh! (Along tima kasih sebab banyak tolong aku)

Kerja
Aku tak memilih. Sejak mula abis belaja, aku belum "tanam anggur". Tapi, aku impikan sesuatu. Aku impikan untuk jadik seorang pensyarah sepenuh masa. Dah dua kali interview pensyarah Politeknik. Masih belum rezeki agaknya. Tapi takpa, hantar lagi. Aku rasa masuk kali ke5 mungkin orang-orang atasan kat SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) jemu asyik tengok muka aku. Hahaa..

Kereta
Masih belum mampu ke arah ini. Self actualization yang mampu naikkan keyakinan aku. Tak impikan kereta mewah, Cukup je sekadar Satria Neo ataupun Saga SE.

Teman Hidup
Umur dah 24 kan? Setengah orang cakap, 24 masih muda lagi. Tapi, aku tak tau kadang-kadang aku rasa jiwa kosong dan semacam nak aja diisi seseorang (jiwang plak, sesapa rajin tolong sekeh aku laju-laju). Yes, aku masih single. Ada sapa-sapa nak masuk meminang? Hahaha.. (pertanyaan sangat sengal!)

Sambung Ijazah Sarjana
Masa aku jadik penulis sepenuh masa di Majalah The COOK, aku dah plan untuk sambung master sambil kerja kat situ. Surat tawaran pun dah dapat. Tapi apakan daya lah kan, kita merancang, Allah tentukan. Redha...

Mancing di Melantai
Aku suka memancing. Tapi sejak grade, memang langsung tak pegi mancing. Teringin sangat nak g mancing di satu tempat, nama tempat tue Melantai. Melantai ni satu tempat mancing kat Taman Negara Pahang. Tempat ikan kelah. Serius sangat teringin nak mancing kat situ!

Kamera DSLR
Teringin sangat wei! Aku suka tangkap gambar, tapi memang tak suka bergambar. Sekarang ni dalam proses untuk buat blog pasal tempat makan. Rasanya menda alah tue sedikit sebanyak membantu kot.

-habis-

Sebenarnya, banyak lagi. Tapi dalam masa terdekat, harap dapat capai semua tue. Sangat bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas kat atas muka bumi nie. TQ Allah!




Read Users' Comments (14)

JANGAN BUAT BENDA NIE KALAU MASUK UNIVERSITI!


Tadi, masa aku keluar kejab masa half time Portugal vs Brazil, aku mula perasan dah tempat tinggal aku di Shah Alam ni makin crowded. Sebulan lepas rasa aman sikit sebab macam lengang. Kedai mamak lengang, parking lengang, ketawa annoy takde. Tapi sekarang sem baru nak mula kan? So, budak-budak UiTM Shah Alam mula lah datang sikit-sikit. Maka kembalilah Shah Alam seperti biasanya (UITM menyumbang kira-kira 50,000 bilangan penduduk kepada bandar Shah Alam. Banyak tue!!)

Ok, bukan nak bebel pasal budak-budak baru masuk. Tapi aku nak bagi tip pasal freshie di mana-mana saja IPTA/IPTS. Ada beberapa perkara yang sangat-sangat perlu budak-budak baru amalkan supaya tidak mereka tidak mengecewakan mak dan bapak kat kampung sebab kantoi exam, result below par, kena tangkap khalwat dengan Pak Guard, kena tangkap khalwat dengan Jabatan Agama Islam, mati bunuh diri sebab kecewa mengandung, gila meroyan, buang anak luar nikah, ataupun kena tendang keluar sebab banyak sangat masalah.

Pantang larang tersebut adalah:

Kejutan Budaya (terutamanya untuk freshie dari kampung dan kawasan pedalaman)
Ini terkejut lebih teruk dari "terkejut beruk". Yelah kan, budak-budak baru masuk biasanya lepasan SPM, STPM, Matrik yang masih muda belia dan juga dara sunti (teruna tak payah.. haha). Mentah lagi. Masa kat kampung, apa lah yang ada kan? Bila masuk U, macam-macam ada. So, mulalah terkejut lebih dari terkejut beruk. Lupa habis semua ajaran mak bapak dan tok imam kat kampung. Yang perempuan tudung terbang, baju mula ketat, rambut berkarat. Yang laki mulalah tumbuh tanduk, terkejut sebab jumpa banyak sangat jumpa awek cun.

Homesick
Homesick ni merupakan penyakit yang biasa budak-budak baru yang masuk U. Penyakit ni biasanya tak lama, sekejab je sembuh. Tapi, kalau dah melarat sangat sampai nangis tiap-tiap malam teringatkan mak bapak, ayam, itik, lembu, dan kambing kat kampung, jumpalah kaunselor cepat-cepat.

Ikut Kawan yang Salah
Bila jauh dari keluarga, kawan-kawan la peneman sejati. Mana-mana pegi pun dengan kawan. Buat apa-apa pun dengan kawan. Tapi....

-Tak kan bila kawan pegi clubbing korang nak ikut?
-Tak kan bila kawan korang teguk arak korang nak ikut?
-Tak kan bila kawan korang hisap ganja korang nak ikut?
-Tak kan bila kawan korang pakai seksi korang nak ikut?

Jangan ikut kawan yang salah. Bila tahu kan kawan tue perangai macam tak macam orang, jangan ikut dia. Korang tak akan mati kalau tak ikut kawan. Salah pilih kawan ni satu menda paling serius perlu semua freshie-freshie amik tahu. Penting LOL!

Couple-couple
Ini satu lagi tahi yang perlu freshie-freshie jauhkan bila masuk U. Satu perkara yang aku nampak, budak-budak baru nie terutama girlz masa mula-mula masuk nampak sangatlah baik. Tapi, masuk 3 4 bulan, mulalah berangkut sana, berangkut sini. Mula pandai kuar ngan jantan, mula pandai pegang-pegang tangan. Mulalah pandai study sama-sama. WTF? Adakah kalau tak study sama-sama anda akan gagal exam? Korang tau tak, menangis mak korang kat kampung kalau tahu..

Student A: Cinta kami suci. Sangat suci!

Jawapan aku: Nikah dulu, barulah cinta itu jadik suci!

Student B: Orang lain couple, aku nak couple jugak.

Jawapan aku: Ok, kalau orang makan tahi, ko nak makan tahi jugak?

Student C: Aku tak dapat tepis perasaan tue. Serius dia betul-betul buat aku jatuh cinta.

Jawapan aku: Kalau betul sayang, cakap kat dia, terus terang, then belaja rajin-rajin, kumpul duit PTPTN, bila abis belaja masuk meminang dia. Kan senang?

Habiskan duit PTPTN
Serius, aku jugak termasuk dalam kategori nie. Duit pinjaman ni selalu saja abis. Bila dah habis, reti plak buat part time, keja masa hujung minggu carik duit lebih. Itu bagi yang buat kerja halal. Yang buat kerja haram sebab duit PTPTN habis? Contoh, lelaki jadik anak ayam gay, perempuan jadik gro, mencuri.. LOL! Serius, duit tue memang cukup-cukup untuk belanja satu sem kalau invest dengan cara yang betul dan tidak mengamalkan cara hidup salah.

So, bila dapat duit pinjaman tue gunakanlah sebaik mungkin. Duit tue kerajaan bagi pinjam supaya kita invest kepada benda-benda betul macam beli buku, beli laptop, duit tambang. Bukan benda salah macam handphone, joran memancing, buat pegi joli, dan lain-lain lagi benda mengarut.

Ponteng Kelas
Jangan ponteng kelas! Ponteng kelas boleh buat lecture hangen kat korang. Korang jugak akan banyak ketinggalan apa yang lecture ajar. Percaya lah cakap aku, kalau korang sebebal mana sekalipun, kalau korang tunjukkan kesungguhan belajar, datang kelas, amik quiz, amik test, mesti korang akan lulus, walau seteruk manapun performance korang dalam final exam (tapi jangan tak jawab langsung masa final exam. Itu bodoh!)

Tak Belajar
Tak belajar ni sebenarnya agak sama saja dengan ponteng kelas. Bezanya, tak belajar ni sebenarnya lebih kepada malas, tak buat asignment, dan jugak lain-lain benda yang berkaitan dengan malas. Penyakit malas ni sebenarnya susah nak ubah. Pandai-pandailah.. Sebab apa? Fikirlah kan bila dah masuk U nie, kalau sapa-sapa yang rasa diri dia malas, cepat-cepatlah berubah. Belajar kat U sangat tak sama macam belajar kat sekolah!

Habis.

Zaman belajar sebenarnya zaman yang sangat best. Korang pasti akan rindukan zaman bila dah habis belajar nanti. Jangan rosokkan keseronakan tue dengan buat menda-menda lagha dan jugak mengarut.

Paling penting aku nak ingatkan, budak-budak baru terutamanya girlz, tolonglah jangan hanyut dengan dunia cinta-cinta zaman U. Kalau terlanjur? Korang mungkin mengandung dan kemungkinan hidup korang musnah sangat tinggi. Tapi lelaki? Senang-senang saja dia boleh claim, "ko buat dengan orang lain, ko nak tuduh aku".

Selamat Belajar Bersungguh-sungguh!






Read Users' Comments (25)

BLOG AKAN DIDELETE

Kepada semua yang singgah secara tak sengaja, atau sengaja di blog aku ni.


Aku sedang melakukan sedikit kajian tentang Novel Cinta Hati Kamu yang aku publishkan episod baru pada setiap hari Ahad.

Aku meminta jasa baik korang yang singgah di blog ini untuk klik pada undian yang ada kat tepi belah kanan sidebar tue. Undian tue nampak kan?

Sila undi dengan hati yang jujur dan ikhlas.

Terima Kasih dan minta maaf sebab susahkan korang.

p/s: Ada ke yang baca siri novel tue kalau singgah kat blog aku nie? Korang rasa?

Nota kaki: (Aku tak akan delete blog ini. Sudah jatuh cinta)




Read Users' Comments (6)

KOMUNIKASI CEMERLANG MALAM PERTAMA (18SX)


Aku terdetik untuk tulis entri ni masa naik bas balik dari keja td. Ada satu couple yang nampak romantik sangat tadi beri inspirasi kat aku yang masih single nie. Apa yang best, couple yang aku nampak tadi gunakan bahasa insyarat untuk komunikasi (OKU). Otak malaun jahat aku ni memang hampeh. Terfikir plak aku macam mana la couple ni komunikasi (communicate la lagi best) masa malam pertama. Senyum kambing! Haha. Nak tahu tak?

Tapi sebenarnya, apa yang aku nak kongsi kali ni memang takde kena mengena langsung pasal malam pertama, couple tadi, pecah dara, pecah teruna atau cerita-cerita 18 SX yang korang expect bila singgah nak baca. Sekali lagi, aku harap aku berjaya kencing (tipu) korang yang aku tau memang masing-masing otak kuning. Senyum lagi!Haha.

Aku nak kongsi dengan korang tentang penekanan satu-satu perkataan yang berbeza bila kita bercakap atau keluarkan ayat. Walaupun ayat tue ayat yang sama. Macam mana? Ok, macam ni!

1. Cuba baca ayat nie dengan nada monotone iaitu nada selari, macam takdak perasaan:

Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

2. Ok, sekarang baca ayat nie dengan memberi penekanan, atau suara yang lebih menumpukan kat perkataan yang di bold (ditebalkan.. macam buku plak nak tebalkan). Baca juga dengan penuh perasaan macam tengok cerita Lagenda Budak Setan.

a. Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

("Saya" cuba tegaskan bahawa "Mamat" tidak menskodeng anak Makcik Bedah)

b. Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

(Ya, "Mamat" memang tak skodeng anak makcik Bedah)

c. Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

(Mamat memang tak skodeng anak makcik Bedah, tapi Mamat buat salah lain kepada anak makcik Bedah)

d. Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

(Bukan Mamat yang skodeng anak Makcik Bedah, tapi orang lain)

e. Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

(Mamat memang tak skodeng anak makcik Bedah, tapi Mamat buat salah lain kepada anak makcik Bedah)

f. Saya tidak kata Mamat menskodeng anak makcik Bedah.

(Mamat tak skodeng anak makcik Bedah, tapi dia skodeng anak orang lain)

Berbeza kan maksud ayat?

Sebab tuelah, kadang-kadang apa yang kita cakap, orang tak faham atau salah faham sampai boleh buat salah faham dan boleh buat gaduh. Nada suara penting ooo.. Jangan main-main. Nada suara yang berbeza nie boleh buat ayat kita jadi maksud yang berbeza. Kita mungkin sedang marah, perli, mengumpat, mengutuk, katakan tidak dengan hanya satu ayat yang sama, tapi nada dan penekanan yang berbeza-beza.

So, setelah baca entri ni, adakah korang rasa Mamat memang skodeng anak Makcik Bedah? Haha..












Read Users' Comments (20)

Adakah anda akan memilih Jantan Macam Dato' K ??? Siri 2

Kalau ada yang blur pasal apa yang aku merepek ni, pertama sekali bolehlah tanpa segan serta silu kelik kelik di sini untuk dapat sikit gambaran. Bagi yang dah tahu, teruskan pembacaan anda.. :)

Pertama sekali, aku minta maaf sangat-sangat sebab lambat updated entri sambungan untuk survey tersebut. Banyak sangat yang dalam kepala aku ni. Sampai seru kahwin dengan Nora Danish la.., updated novel la dan jugak ziarah blog-blog korang semua yang aku rasa memang sangat menarik dan best. Comey plak tue.. (lelaki jangan perasan, blog korang tak comey tapi cool..)

Kedua, kepada yang jawab survey aku tempoh hari, aku sangat-sangat hargai. Berikut adalah senarai mereka yang telah dengan rela hati atau terpaksa jawab survey mengarut tue..


Inilah dia mereka-mereka yang sudi jawab survey mengarut tue. Terima kasih daun keladi, ada masa jawab lagi. Ok jom tengok apakah konklusi dan jugak mengapa aku buat survey tue.

a. Sebab aku buat survey nie
Tiada sebab khusus sebab apa aku buat survey tue, melainkan hanya untuk buang masa korang menjawab. Tak lah. Bukan. Tujuan utama aku buat survey tue adalah untuk tahu sikit sebanyak pattern lelaki yang orang perempuan suka ataupun prefer. Berdasarkan survey tersebut, aku mendapati bahawa:

1. Kebanyakan yang menjawab adalah 18 hingga 30 tahun ke atas. Berdasarkan pendapat aku, aku merasakan bahawa sebab golongan ni gemar menjawab sebab mereka-mereka ini adalah dalam golongan "anak dara sunti" dan mengharapkan lelaki yang baik untuk dijadikan teman hidup sepanjang hayat. Bak kata pemudah, masih mencari yang terbaik. (So, lelaki-lelaki kat luar sana termasuklah aku yang single ni, pandai-pandailah take chance. hahah..)

2. Berdasarkan survey, kira-kira 50 peratus adalah sudah berpunya, 49 peratus belum ada, dan seorang telah kahwin. Tahniah kepada miMiE aZiMaSK ^V^ kerana telah berjaya kawin. Peratusan 49 yang belum berpunya itu rasanya tidak termasuk dengan "Its complicated" dan aku juga yakin bahawa peratusan 50 yang sudah berpunya itu untuk dirampas (kejam gila ayat) adalah tinggi sekiranya pakwe masing-masing buat hal tak kesudah.

3. Kebanyakan yang telah berpunya mengatakan bahawa mereka memilih lelaki tersebut kerana lelaki tersebut baik. Agak tertarik dengan jawapan Cik Naz: Dia allergic perempuan lain selain saya dan juga family dia. Aadakah bentuk allergic itu seperti gatal-gatal, tumbuh bijik-bijik, ataupun sebagainya?

Tapi aku kurang percaya sikit sebab banyak faktor-faktor lain yang boleh mendominasi antaranya:

a. Ayat manis
b. Ayat jiwang
c. Pandai mengayat
d. Ayat lagi
e. Faktor lain seperti jujur, amanah, taat ibu bapa, tak tengok filem lucah, hensem macam Fahrin Ahmad, kaya macam Khairi Jamaludin (suka-suka aku petik) dan lain-lain lagi.

Mengapa aku katakan ayat power sebagai faktor utama? Ini kenyataan. Perempuan jangan marah dan lelaki jangan amik kesempatan. Perempuan mudah cair dengan ayat lelaki. Bukti

a. Banyak perempuan lari ikut PATI ke Lambok. Walaupun kalau ikut la kan, banyak lagi kot laki kat bujang dan gay kat Malaysia ni

b. Kalau perempuan tak mudah di ayat, maka tidak adalah peningkatan kes-kes poligami. Pernah seseorang berkata kepada aku "makin buncit perut lelaki, maka ayatnya makin manis". Boleh caya ke? haha..

c. Kalau bab geli-geli, bab buat seks luar nikah, dan macam-macam kes sosial, biasanya akan dimulakan dengan ayat manis lelaki. Tak akan punya perempuan menyendeh mintak disondol (maaf bahasa agak kasar, maaf sekali lagi) kecuali atas kondisi nafsu yang tak dapat dengan sempurna (otak mereng 5 minit sebab hasutan syaitan).

d. Dan lain-lain..

4. Kebanyakan couple menyatakan bahawa family diorang tahu bahawa diaorang ada couple. Itu bagus. (aku couple tak penah bagitau family tapi alih-alih tahu jugak sebab kantoi sms kat handphone.. akak aku suka ceroboh handphone aku). Mengapa bagus? Sebab family tahu dengan sapa kita berkawan. Dan sekurang-kurangnya family dapat beri nasihat. Ni tak, alih-alih dah tau buncit je. Sangat salah dan mintak simpang.. Na'uzubillah.. (Ini serius!)

5. Kebanyakan mahukan pasangan mereka jangan terlalu tua iaitu jangan lebih 10 tahun. Itu bagus. Sebab jika pasangan korang terlalu tua, contoh la kan 20 tahun. Bayangkan masa korang umur 40 tahun, laki korang sudah 60 tahun. Umur lelaki kat Malaysia tak panjang atas beberapa faktor macam gaya hidup tak elok, kuat merokok, tekanan kerja, tekanan mencari akal tipu bini untuk kawin lagi satu, dan macam-macam lagi. Lingkungan umur 60 tue boleh kata "kubur kata mari, rumah kata pergi". Adakah korang (pembaca wanita) mahu jadi ibu tunggal pada usia muda dan masih bergetah. (pada aku 40 masih bergetah lagi..Anita Sarawak 50 tahun maintain je.) . Fikir-fikirkan...

6. Kebanyakan penjawab survey mahu nikah pada usia lingkungan 27-29 tahun.. Ada juga yang mahu 29-30. Relevannya, sebab perempuan sekarang banyak lagi yang berpelajaran dari lelaki. Banyak yang pegang jawatan tinggi. Lelaki? Banyak merempit, banyak menagih, banyak duk pusat serenti, dan banyak juga yang hanya tahu menyusahkan mak dan jugak bapak (ingatan pada diri sendiri).

7. Ramai perempuan merasakan kalau lelaki yang berusia itu, jika bujang tidak mengapa. Maknanya? Itulah, buncit tidak mengapa, asalkan bujang. Tapi anda perempuan di luar sana harus ingat, makin buncit perut lelaki, maka ayatnya makin manis dan mereka akan tidak segan mengaku bujang. Sebab tuelah, ramai anak dara yang menjadi "TIPAH TERTIPU BANG, TIPAH TERTIPU".. Dalam survey ni jugak, ramai yang mengatakan bahawa lelaki berumur matang. Yes true. Sebabnya mudah. Makin berusia seseorang tue, maka dia akan lebih banyak experience dalam segala macam segi. Maklumlah, dah lebih makan garam, sampai kena darah tinggi.

8. Ramai perempuan tak suka lelaki yang beristeri carik bini no 2. Memang, tapi pesan aku kepada penjawab-penjawab survey dan jugak mana-mana saja yang singgah baca, jangan tertipu dengan ayat lelaki.

9. Masing-masing punya pendapat sendiri tentang cinta-cinta. Ada yang sedang tengah bercinta rasa bosan, ada yang bercinta dan rasa best, dan macam-macam lagi.

10. Ramai tidak setuju kata pepatah a.k.a bidalan "buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan". Tapi, pesan aku, hati-hati supaya tidak di bawak lari ke Lambok, ataupun hati-hati jangan terbabas bercinta dengan suami orang dengan cara yang salah.

Selesai. Adakah anda puas hati?

a. Puas seperti malam pertama
b. Tidak puas seperti ejakulasi pramatang
c. So so sebab dah baca buku Kamasutra..

JOM TENGOK BOLA!

Jangan segan untuk tinggalkan komen.. :)



Read Users' Comments (30)