Bunuh diri sebab serabut kepala otak.

Salam bloggerz

Pernah tak kamu semua rasa serabut sangat kepala otak sampai rasa macam nak bunuh diri?

Atau serabut hanya setakat rasa macam nak hentak kepala ke dinding laju-laju?

Atau serabut sikit-sikit sampai tertidur masa drive kereta?

...

Punca serabut?

Banyak sebab yang buatkan kita serabut kepala otak. Sebab yang paling biasa adalah banyak kerja, hubungan (suami-isteri, pakwe-makwe, kawan-kawan) dll.

Kalau banyak kerja, serabut sampai tak tahu nak buat apa. Dah la banyak kerja, komputer pulak buat hal. lagi la haram.

Kalau student paling biasa sebab asignment yang sebenarnya tak lah banyak tapi sebab bertangguh, jadik kerja tue jadik macam banyak. Paling haram, dah siap suma tinggal nak hantar pergi print je laptop, pendrive masuk virus, abis hilang semua. Pulak tue tak dak back up file. Memang hampeh!

Korang semua pernah tak merasa zaman guna disket. Masa tue pendrive takdak atau tak popular lagi. Aku penah merasa zaman tue masa awal zaman diploma. Buat asignment kat cc. Faham-faham lah bila buat asignment kat cc tahap virus memang gaban. Masa tue virus brontok gila-gila mengganas. Jenis virus copy folder. Haha.

Ok. Kalau berkaitan hubungan pulak memang sangat biasalah.

Hubungan takdak sefahaman
Hubungan ada orang ketiga
Hubungan terlarang

Aku malas nak borak pasal hubungan ni. Letih!!

Lagi satu sebab utama kepala otak jadik serabut adalah sebab jauhnya hubungan kita dengan Allah. Sungguh sebab aku pernah rasa dan tengah rasa.

Nak atasi serabut?

Tak payah sebenarnya nak atasi serabut ni. (Cilakak cakap senang la der... hahaha)

Kalau masalah berkenaan hubungan, bagi aku kita kena tahu apa punca masalah. Contoh, kalau suami serabut sebab isteri malas (hari-hari layan senetron indon sampai makan pakai tak terurus) suami kena la potong astro. hahah

Kalau hubungan isteri tension perangai lelaki yang pemalas, isteri kena la jadik pemalas gak. haha

Hidup suami isteri ni kena saling memahami. Memang la kadang-kadang kita jadik makin bosan sebab hadap muka dan perangai yang sama tiap-tiap hari. Jadik bagi aku suami dan isteri kena buat sesuatu yang berbeza untuk hadap tahap bosan tersebut. Contoh macam bulan madu kedua ke, apa ke.. (cilalak macam la aku dah kawen. haha)

Ok, kalau berkaitan dengan kerja, tak kiralah apa kerja apa pun kena buat on time (yeaaahh!!). Jangan bertangguh. Kalau banyak sangat cuba buat yang penting dulu dan yang nak kena hantar dulu. Setelkan satu-satu. Betul?

Kerja sebenarnya tak akan abis. Sungguh. jadik take it easy. Tak siap pun buat-buat lah macam siap. Betul? haha

Nota kaki: Aku yang serabut!


Read Users' Comments (0)

Nilai hantaran! Dem!!

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000

SPM : RM3,000 - RM8,000

STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000

DEGREE : RM12,000 - RM15,000

2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000


PHD : RM20,000 - RM30,000

Nota kaki: Malas la nak kawen

Read Users' Comments (0)

Lelaki dan Calon Isteri

Salam bloggerz

Semalam aku tengah stim2 layan facebook aku terbukak profil sorang member lama. Lama tak dengar cerita beliau. Dah nak kawen pun. Tahniah.

Member aku ni, masa dulu perangai mengalah jin. Nak kata jahat tue taklah jahat. Tapi nakal tue memang ya. Serius nakal sampai kalau ada ja muka budak sekolah nak kantoi merokok ke, apa ke, tak sah kalau beliau tak naik tapak perhimpunan kena sebat dengan cikgu.

Tue masa sekolah lah. Sekarang dah lost contact dan aku yakin beliau ni dah jadik insan berguna sekarang.

Berbalik kepada apa yang aku nak bebel pepagi ni. Lelaki dan calon isteri.

Semua sekarang sedia maklum bahawa lelaki sekarang memang kurang daripada kaum perempuan. Dah lah kurang, nak carik yang berguna pun susah. Maaf kalau orang lelaki marah. Tapi ini adalah kenyataan. Kalau tengok status kemasukan kat universiti sekalipun, memang dominasi kaum perempuan. Jawatan besar pun banyak perempuan yang pegang sekarang nie.

Kaum lelaki banyak mendominasi institut penjara, pusat serenti, sekolah juvana, bla.. bla..

Dan kaum lelaki yang sikit ni ada pulak yang menceburi arena cinta terlarang lelaki sama lelaki. Maka makin sikitlah golongan lelaki yang berguna.

Kaum lelaki yang masuk univerisiti pun belum tentu lagi berjaya tamatkan pengajian dan ini buatkan golongan lelaki berguna sekarang makin kurang. Boleh aku katakan bahawa perempuan yang kena memilih, bukan lelaki lagi sekarang.

Lelaki punyai pilihan yang pelbagai dan kurang sikit terdesak. Sekarang, kalau seorang kerani lelaki yang kawen dengan seorang pengurus bukan lagi benda luar biasa, dah jadik macam benda biasa.

Aku suka memerhati. Kebanyakan lelaki ni ada tengok macam ada trend. Trend berbeza antara calon isteri dan jugak awek.

Seorang lelaki kalau dia carik awek, bagi aku lebih cenderung untuk mencarik yang cantik, menarik, seksi, pandai bergaya..

Kalau tak percaya, cuba perati, Aku tak kata pandangan aku ni betul, tapi itu hanya pandangan peribadi.

Lelaki akan merasa bangga kalau awek beliau cantik, menarik, seksi.. Itu adalah lelaki. Lagi sekali, ini adalah pandangan peribadi.

Cuba pulak kalau ditanya lelaki macam mana beliau nak calon isteri beliau. Lelaki akan menjawab dengan lebih spesifik cth: bertudung, berbudi bahasa, hormat orang tua, sopan santun, lemah lembut...

Lelaki akan mencarik calon isteri terbaik untuk diri beliau, walau perangai beliau macam jin afrit.

Kalau ditanya perempuan, perempuan juga akan mencarik calon suami yang terbaik untuk diri mereka. Tapi dalam hal mencarik jodoh sekarang, bagi aku lelaki lebih banyak kelebihan disebabkan jumlah calon yang bersepah.

Perempuan sekarang memang sangat kena pandai jaga diri. Lelaki tak kisah sangat beb. Sebab lelaki adalah lelaki. Kalau umur lelaki meningkat sekalipun, itu tak jadik masalah sebab makin meningkat umur lelaki, maka "nilai tambah" beliau akan meningkat (tapi below 40 lah, kalau dah lepas 40 elok fikir kubur).

Perempuan pulak kalau umur makin meningkat, maka "nilai tambah" akan makin berkurang. Tak setuju? Itu adalah hak kamu.


Nota kaki:

Lelaki ini... Hakkkkk tuuiihhh!! hahah.

Read Users' Comments (0)

WTF?? Pondan punca "teman serumah" kena simbah asid!

Gelak guling-guling aku baca muka depan Kosmo hari ni. Simpati tapi dalam masa yang sama rasa macam nak hempuk kepala ke dinding. Dem!!!!

Seorang pondan yang so called "Natasha" mengatakan bahawa beliau adalah punca cemburu seorang lelaki yang menyebabkan so called "teman serumah" (dalam laporan Kosmo online disebut "teman serumah" tapi dalam suratkhbar lain plak bunyi "teman" ni iaitu Mohd Hafizudin Johari disimbah asid. WTf!!!

Belum reda lagi cerita pasal Allahyarham Aleesha Farhana a.k.a Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang meninggal dunia, satu lagi cerita bikin gempar.

Nampaknya masyarakat kita makin open minded. Minda terbuka. Hak asasi tak boleh dilanggar.

Lelaki sama lelaki bukan lagi hal luar biasa dan perempuan sama perempuan bukan juga luar biasa. Kita memandang macam tanpa ada mata.

Tak lama lagi mungkin ada kes besar mintak perkahwinan sejenis dihalalkan di Malaysia. Kes paderi gay belum selesai mesti ada kes baru.

Kadang-kadang, aku rasa kita patut ada rasa malu dengan masyarakat kita yang makin pincang. Tapi itulah yang orang kata hak asasi.

Laporan suratkhabar Kosmo ni plak aku rasa macam ada yang pincang sikit. Cerita yang tak patut. Hanya sebab nak berita sensasi, sampai macam tue sekali laporan muka depan.

Laporan ni macam menghalalkan hubungan antara lelaki dan lelaki. Macam benda tue tak dak apa yang pelik. Ini macam menggalakkan lagi hubungan terkutuk a.k.a terlarang cam gini. Pening kapla!

Soalnya kat sini: Sampai bila kita nak hidup dalam kepura-puraan macam ni?


Nota kaki: Tak tau nak kata apa.

Read Users' Comments (0)