SILA JANGAN PERCAYA LELAKI

Pertama sekali, aku kini sudah jejak 24 tahun. Tua sudah. Banyak lagi yang tak tercapai. Doakan aku laju-laju.

Aku lelaki. Sebagai lelaki, aku memang faham benar perangai lelaki. Bukan nak mengata kaum sendiri tapi ini adalah kenyataan. Aku cuma sekadar nak berkongsi dan cuba baiki diri. Sila jangan salah sangka.

Lelaki mahkluk Allah yang dijadikan untuk memimpin. Sedikit pun, lelaki mesti memimpin. Memimpin keluarga. Lelaki umpama tiang. Kalau tiang tidak kuat, maka jangan harap rumah nak berdiri.

Sungguh aku mengingatkan diri.

Semalam ada seorang gadis comel bulu mata lebat tanya kepada aku, sebab apa lelaki tidak tak boleh dipercaya. Beliau suruh bagi 10 sebab. Aku bagi, tapi di sini aku cuma nak kongsi tujuh. Nanti menyampah pulak kamu dan kamu semua nak baca.

Lelaki Tak Pernah Puas
Lelaki adalah makhluk yang tak pernah puas. Kalau dapat satu, beliau nak dua. Kalau sudah dapat dua, beliau nak tiga. Memang itu adalah namanya lelaki, cuma macam mana seorang lelaki mengawal nafsu tidak puas itu saja yang membezakan antara seorang lelaki dan lelaki yang lain.

Lelaki Pandai Mengayat
Lelaki sangat pandai menyusun ayat. Dengan ayat saja seorang lelaki mampu nak cairkan hati wanita, walau wanita itu tahu bahawa lelaki itu telah berpunya, berkahwin, atau bercerai.

Lelaki Sedikit, Perempuan Ramai
Nisbah lelaki sikit berbanding wanita sekarang. Jadi lelaki tidak mudah terdesak. Lelaki tak kisah kalau umur makin meningkat sebab makin meningkat, makin buncit, nilai tambahnya makin bernilai. Jadi, lelaki sangat tidak kisah kalau ditinggalkan. Perempuan akan lebih merana. Makan hati berulam jantung sama petai cecah tempoyak.

Lelaki Tidak Boleh Mengandung, Perempuan Mengandung
Lelaki tidak kisah sangat kalau terpancut dalam bila buat seks luar nikah (agak lucah ke? haha). Perempuan? Perlu sangat kisah. Terlanjur memang kemungkinan besar mengandung. Dan lelaki boleh senang-senang cakap,
" Ko buat dengan orang lain, ko tuduh aku".

Lelaki Boleh Kawin Empat, Perempuan?
Lelaki tak kisah sangat. Bosan, kahwin lain. Bini balik kampung beranak, suami boleh menjalang. Alasan ringkas tapi macam ****, aku boleh kahwin empat. Tak semua lelaki berperangai macam ni, tapi tak sikit jugak yang berperangai macam ni. Isteri-isteri, sila hati-hati dan ambil peduli kalau sang suami nampak macam sedikit pelik. Contoh:

a. Wangi lain macam
b. Segak lain macam
c. Handphone tak lekang kat tangan
d. Pendek kata, pelik-pelik.

Kahwin lebih satu tak salah kalau seorang lelaki itu mampu dan ada rasa tanggungjawab. Aku? Belum kahwin. Sangat takut sebab masa depan macam-macam boleh jadi.Seba itu aku menulis tentang ini. Ingatkan diri aku!

Lelaki Pandai Putar Belit
Lelaki dikurniakan dengan kebolehan untuk putar belit. Lelaki sangat pakar hal ni. Kalau tak pandai, maka kes-kes curang, kahwin dua bini pertama tak tahu dan segala mak nenek lagi kes tak akan meningkat. Lelaki makin berumur, skill putar belitnya makin bertambah. Kahwin di kata single, anak dua dikata duda. Dan banyak perempuan termakan putar belit lelaki.

Lelaki Banyak Pengecualian
Lelaki banyak pengecualian. Kerja opis, outstation, overtime. Tapi... Banyak alasan dan amat terdedah kepada kecurangan.

Akhir sekali, aku simpulkan kepada beliau bahawa lelaki ada satu nafsu, dan sembilan akal. Perempuan ada sembilan nafsu dan satu akal.

Banyak lelaki guna sembilan akal untuk penuhi nafsu yang satu. Betul?

Nota kaki:

Cuma mengingatkan diri sendiri.
Aku jugak lelaki.. Harap maklum.










Read Users' Comments (26)

26 Response to "SILA JANGAN PERCAYA LELAKI"

  1. K I L says:
    July 17, 2010 at 10:11 PM

    betul,,setuju gila-gila

    cuba ni wujud lagikah lelaki baik kat dunia ni

  2. Anonymous Says:
    July 17, 2010 at 10:12 PM

    entri yang di pos kan oleh lelaki ini boleh percaya x??

  3. ismimaizura says:
    July 17, 2010 at 10:19 PM

    yes!stuju sume kata2 ko tu..nafsu 1 laki2 ke arah seks je..org ppuan byk nafsu tp dipecah2 kn kpd mcm2 nafsu spt nafsu makan, nafsu shopping..hihi

  4. CIKGU NAMAN says:
    July 17, 2010 at 10:22 PM

    oh..ko lelaki rupanya..hehe

  5. ♥ 미스 kiera ♥ says:
    July 17, 2010 at 10:27 PM

    erm..stuju!
    tp xsemua cm2 an...=)

  6. cik hana says:
    July 17, 2010 at 10:48 PM

    haha..bole dktakan btul jgk..haha pyhla nk cri laki yg baek even xsuma mcm yg diats(yg tlh dsnraikn) haha..tp xtahan ngn 'laki xpnh puas' yg tue btul300 setuju...hehe
    eh...bkn owner jgk lelaki???? T__T

  7. namia cinta says:
    July 17, 2010 at 10:55 PM

    entry yang sangat berguna :-)

  8. nur maisarah says:
    July 17, 2010 at 11:01 PM

    mmg xpecaye pon.....time baik, baik gile. bila jahat macam celake.... haha.

  9. Ummi says:
    July 17, 2010 at 11:01 PM

    Setuju tu..tapi tak semua laki camtu..

  10. Ummi says:
    July 17, 2010 at 11:01 PM

    Setuju tu..tapi tak semua laki camtu..

  11. Anonymous Says:
    July 17, 2010 at 11:21 PM

    aku stuju sgt. susah tol nk carik laki yang btol2 jujur n baik. thenx for dis entri. sgt2 berguna! :)

  12. semut lelabah says:
    July 17, 2010 at 11:22 PM

    ked: tak la semua betul..

    cik poro: anda fikir, boleh percaya atau tak.. :)

    jura: tau tak apa..

    naman: hahaha.. aku lelaki sejati.. :)

    citiey: betul. tak semua lelaki macam tue..

    cik hana: lelaki memang tak penah puas. Perempuan pun. Tak puas shopping. :)

    namia: Terima kasih!

    cik azeya: tak semua lelaki macam tue.. ada banyak laki baik kat dunia ni. Kena pandai carik la..

    ummi: betul tue..

  13. Anonymous Says:
    July 17, 2010 at 11:30 PM

    oh believe me, I KNOW.

  14. ISZA says:
    July 17, 2010 at 11:36 PM

    bukan tak caya semua,
    jangan caya 100% jer..

  15. Un Phat Lee says:
    July 17, 2010 at 11:49 PM

    cayalah bro.gua ske en3 yang ini. B)

  16. K I E R A says:
    July 18, 2010 at 12:54 AM

    Eh, kau kata
    Perempuan lebih ramai dari lelaki.
    Tapi kenapa ada lelaki yang still nak kan perempuan yang dah berpunya ?
    Nafsuu eh ?
    Ish Ish Ish.

  17. yayahidayah says:
    July 18, 2010 at 12:55 AM

    taw xpew!habeh tuh mana nak carik laki yg xdew sifat neyh weyhh???

  18. Razman says:
    July 18, 2010 at 2:44 AM

    aku setuju bab putar belit. sebagai lelaki, memang diakui lelaki punya perancangan menipu kau takkan dapat baca dengan mudah. perempuan pula, senang kantoi menipu. contoh positif, kalau nak buat supriz besday, kalau perempuan plan, pasti akan kantoi dan dapat dibaca. cuma yg empunya besday saja pura2 terkejut.

  19. semut lelabah says:
    July 18, 2010 at 3:40 AM

    j.love: ye ke?

    cikgu isza: ye. bukan semua laki macam tu

    un phat lee: Thanks!

    kiera: sebab perempuan pun tak mau kat laki yang dah tinggal sikit. Nak jugak kat laki orang..

    yaya: ada kat midvalley. belambak. hahah..

    razman: tau xpa.. laki memang kaki auta..

  20. cik shabah says:
    July 18, 2010 at 2:08 PM

    aku FOBIA ngan laki!hu3

  21. rhapsody LiN says:
    July 18, 2010 at 3:17 PM

    owh.. kamu sudah tua. hehe..

    ku xde bf lg. pastu my mom dok buat spekulasi yg lin ni anti lelaki.

    pulak dahh...
    T__T"

  22. Keretapi says:
    July 18, 2010 at 10:21 PM

    wow. best betul bila laki sendiri bocorkan rahsia laki. haha

    habis kalau dah camni rupenye majo laki, camne nak percaya?

    macam tak patut percaya langsung je --"

  23. semut lelabah says:
    July 18, 2010 at 11:12 PM

    cik shabah: laaaa.. fobia plak. nanti nak kawin macam mana?

    rhapsody lin: ya sudah tua. haha. Mak ko saje je tue. dia nak test ko..

    keretapi: ada jugak lelaki yang baik..

  24. tiafazunia says:
    July 19, 2010 at 11:03 AM

    kawen 1 cukop laa woi!
    hahaha~
    mao aku pancong laki aku nnt,
    hehe, :)

  25. semut lelabah says:
    July 19, 2010 at 9:30 PM

    tia: cukup ke satu???

  26. Anonymous Says:
    December 10, 2014 at 9:39 PM

    @#%&*/ admin. . .one day your brain will be explode shot by M4 carbine. .and @#%&* to female. . .SEAL boy. .