Perempuan Cantik di Mata Aku

Posting pertama menggunakan hp mini baru.. heheh.. :)
Sebagai lelaki, aku memang sangat suka usha perempuan. Usha je beb. Tapi kadang-kadang kalau rezeki depan mata, contoh macam pakai baju seksi-seksi, dan kemudian memang kiranya macam tak cukup baju, memang lagi suka la usha.
Tapi kan, jenis perempuan yang seksi bagi aku mula-mula memang best la tengok. Tapi lama-lama rasa menyampah ada la lebih daripada rasa best. Tak tahu kenapa.
Setiap lelaki punyai pandangan yang berbeza ke atas perempuan. Ada yang suka perempuan seksi, ada yang suka perempuan sederhana, ada yang suka perempuan rambut ikal mayang, dan ada juga yang suka perempuan yang chubby dan macam-macam lagi.
Sebagai lelaki, aku pun ada jenis-jenis perempuan yang sangat suka aku usha, walaupun tak secantik mana. Nak tahu?

Nampak kerek

Aku suka perempuan yang nampak kerek @ berlagak. Kiranya bila lelaki tegur, agak payah beliau untuk buka mulut. Perempuan macam ni biasanya ada nilai estetika (macam bangunan) yang tersendiri. Aku paling tak suka kalau perempuan menggedik tak tentu hala.

Mata tajam dan bulu mata lebat.

Tak tahu kenapa. Bagi aku bulu mata yang lebat itu adalah agak seksi. Perghh geli sial! Mata tajam bila merenung boleh bikin hati jatuh beb.

Kecik @ comel

Sebab aku pun kecik jugak. Haha

Kuning langsat

Bukan apa, cita-cita tak mahu memperturunkan gen gelap ini pada anak cucu. Faham tak?

Sederhana

Kadang-kadang, untuk jadik cantik tak perlu melebih-lebih dari segi make up ke, baju ke, beg tangan ke, kasut tumit tinggi satu meter ke... Kan?

Blur

Bagi aku perempuan yang blur adalah seksi!

Ketawa tutup mulut

Aku suka usha perempuan yang bila ketawa beliau akan tutup mulut. Damn sexy!

Bertudung?

Sudah tentu. Tapi aku sangat tak suka tengok perempuan pakai tudung lilit-lilit dan menggeleh gelebeh. Apa orang kata showl? Betul ke aku pun tak tau. Rimas beb bila tengok dan jugak agak terseksa.

Free Hair?

Sudah tentu juga. Haha. Rambut hitam dan ikal mayang adalah seksi bagi aku. Tidak bagi mereka yang warnakan rambut sebab sangat tak sesuai orang Melayu yang kulit sawo matang warnakan rambut.

Jaket

Perempuan pakai jaket adalah sangat seksi!

Pemalu

Perempuan pemalu adalah seksi. Serius!

Sedikit sebanyak yang aku rasa nak kongsi. itu sebenarnya adalah luaran sahaja. Kan di katakan di mata?

Sebenarnya cantik budi dan pekerti itulah yang dikatakan sebagai cantik segala-galanya.

Sebab?

Body yang cantik dan mantap, kulit yang halus dan mulus, bibir yang merekah bab delima, bila tua nanti takda makna langsung. Yang orang akan ingat adalah budi dan jugak pekerti kita.

Nota kaki:

Siapalah aku untuk menilai. Hahah..

Read Users' Comments (6)

6 Response to "Perempuan Cantik di Mata Aku"

  1. nur maisarah says:
    February 19, 2011 at 11:43 AM

    haha. semua sexy.

  2. Keretapi says:
    February 19, 2011 at 12:31 PM

    ada ciri-ciri ni yang aku taktau pun laki suka, or lebih tepat lagi yang kau suka lah.

    taste laki lain-lain eh? dan pelik juge. tapi kalau aku laki pun aku suka pompuan camtu. heheh.

  3. cik.shabah says:
    February 19, 2011 at 1:59 PM

    wahhh ko x suka pompuan pkai tudung belit2 rupanya.ouh i see ;p

  4. semut lelabah says:
    February 20, 2011 at 2:50 AM

    cik azeya: haha.. ye.. :)

    Keretapi: memang taste lain-lain dan pelik.. :)

    cikshabah: rimas aku nengok...

  5. k says:
    February 22, 2011 at 11:45 AM
    This comment has been removed by the author.
  6. Unknown says:
    May 21, 2016 at 3:18 PM

    bulu mata aku lebat jugak ahahhaha