Kita Adalah Penentu



Gambar terkini anak buah kesayangan aku.. Nor Alma Juwairiyah.. Inspirasi untuk aku update blog hari malam ni.
.
Salam bloggerz.
.
Hari ni, setelah lebih kurang setahun setengah aku tak karaoke dan jugak main bowling, atas desakan member-meber sekerja yang kebosanan tak tahu nak buat apa, akhirnya aku telah menyumbangkan suara yang telah sedia sumbang (karaoke) dan jugak skill yang telah lama berkarat (bowling) di The Curve. Rasa dah macam tua sangat untuk buat benda macam gitu (padahal aku baru saja umur 25). Dalam perancangan untuk ajak bebudak tersebut ke Bukit Cerakah lepas nieh.. :)
.
Okey berbalik kepada apa yang aku nak kongsi hari ni. "Kita adalah Penentu".
.
Macam ni. Aku bagi contoh..
.
Apa akan jadik kalau seorang remaja belasan tahun, merewang tak tentu hala tiap-tiap malam, kerja sekolah tak buat, pemalas, dalam kelas tidur, tiap-tiap hari kena maki dengan cikgu? Apa akan jadik?
.
Peratusan untuk remaja tersebut berjaya dengan cemerlang dalam exam boleh dikatakan akan menurun. Kecuali kalau dia adalah genius..
.
Dan remaja tersebut selepas gagal dalam exam, telah sedar dan mula mengubah diri sedikit demi sedikit. Mula belajar balik, kerja part time untuk sara kolej, dan belajar dengan bersungguh-sungguh.
.
Dengan izin Allah, mungkin dia dapat mengubah nasib hidup menjadi seorang yang lebih berguna.
.
Baik, sekarang kita ubah balik kemungkinan tersebut.
.
Selepas remaja tersebut gagal dalam exam, dia sangat kecewa. Kecewa dengan segala-galanya. Untuk ubati kecewa tersebut, dia makin liar dengan kehidupan malam. Tak peduli lagi akan larangan mak dan ayah, buat aktiviti mengarut macam lumba haram, hisap dadah dan macam-macam lagi..
.
Apakah kesudahan hidup beliau?
.
Dan cuba bayangkan apa akan jadik kalau remaja tersebut adalah seorang gadis atau perempuan? Titik.
.
Sebenarnya, selagi kita bernafas kita masih ada peluang untuk ubah apa yang tidak patut. Cuma kita kena ada usaha dan jugak keazaman untuk buat.
.
Tapi kita (TERUTAMA AKU) selalu saja alpa. Kadang-kadang bila gagal, kita akan rasa seperti macam Allah itu tidak adil kerana menggagalkan kita. Itu tidak benar.
.
Kita adalah penentu. Kalau kita nak berubah, kita boleh buat selagi ada kemampuan dan keazaman.
.
Kalau kita terjelopok tanpa buat apa-apa selepas gagal, maka kita akan jadik insan yang terus gagal. Tapi kalau kita menjadikan gagal itu sebagai pengajaran, mungkin besar kemungkinan gagal tersebut tidak lagi kita ulangi dan kita akan jadik insan yang berjaya.
Titik.
.
.
.
Nota kaki:
.
.
Kita adalah penentu.. Dengan izin dan bantuan Allah Yang Maha Esa.

Read Users' Comments (4)

Aku Kahwin Bulan Depan?

Salam bloggerz..
.
Kerajinan untuk update datang lagi. Dan biasanya pada waktu dan ketika jam tunjuk lebih kurang pukul 3 pagi.
.
Tajuk entri saja bikin gempak. Nak cerita sikit pasal kerja part time rakan sekerja aku yang dengan rela hati cuba carikan jodoh (husihhh, tak sesuai lagi perkataan nie) untuk aku.
.
Rakan sekerja aku, Ila nama beliau dengan rela hati telah cuba mengkenenkan aku dengan seorang budak consultant freshie di tempat kerja aku. Nama beliau biar aku namakan sebagai M saja.

.

Aku sejak mula Cik M ni masuk, suka la kiranya aku mengusha beliau. Sebab beliau ni boleh dikatakan comel. Nak kata cantik tidak ler tapi comel tue memang ya la sangat. Perwatakan sederhana, kecik molek, pakai tudung labuh, stokin tak lekang kot dari kaki.
.

Tapi aku ni biasalah kan, aku memang sangat payah kalau nak buka mulut dengan perempuan yang aku tak berapa rapat. Bertambah segan aku dengan Cik M ni sebab satu peristiwa.
.

Ceritanya gini...

Pada satu tengahari tatkala orang pergi solat Jumaat, aku dan seorang lagi rakan setempat kerja mengambil inisiatif dengan memonteng solat Jumaat dengan alasan sudah lambat. Segan nak cakap tapi mengaku je lah sebab aku bukan baik sangat. Sedang aku dan rakan sekerja tadi enak menjamu selera kat Food Court Jusco Sunway Pyramid, sekonyong-konyong Cik M ni datang lenggang-lenggok masuk jalan boleh kata sangat dekat dengan kami. Aku tak tahu sama ada Cik M ni perasan atau tidak, tapi aku memang perasan la dia sebab aku suka usha dia. Sejak hari tue aku memang kiranya nak angkat muka tengok dia pun agak jarang la dan lama-lama bila dah busy kerja, jarang terserempak maka jaranglah aku mengusha dan makin lupalah aku kat dia.
.

Sampailah kira-kira 2 hari lepas, rakan sekerja aku, Ila mengusulkan kepada aku supaya aku mengkenenkan diri kepada Cik M. Aku serius bab-bab cenggini kalau la ada exam comfirm aku tak lulus. Dan Ila mengambil inisiatif dengan bercakap dengan Cik M.
.

Ila katakan kepada Cik M bahawa kawan dia (aku la) nak kenal dengan Cik M. Cik M terkejut dan katakan kepada Ila bahawa beliau tak cantik, kenapa pulak aku nak kenal dengan dia. Dalam pada segan dan malu, Cik M bagi jugak la alamat email dia.
.

Dan aku dengan segala susah payah dan penuh tawakkal hantarla email kepada Cik M. Tapi sampai sekarang email tersebut tak berbalas.
.

Ila kemudian tanya pada Cik M, kenapa dia tak balas email aku. Cik M katakan lagi dengan penuh rasa rendah diri:

"Kak Ila, saya ni asal dari kampung, tak cantik, datang kerja hari ni pun pakai track sut, kenapalah kawan Kak Ila nak kenal dengan saya"...
.

Ila balas: "Nak kenal je kan. Jangan la risau, kawan akak tue baik (Baik ke aku nie? Akupun konfius). Kawan akak tanya kepasa M tak balas email dia".
.

Cik M balas: "Saya segan la kak. Saya ni macam ni je. Tapi insyaallah dalam masa dua tiga hari lagi saya balas email kawan akak tue. Sekarang segan lagi".
.

Sifat rendah diri Cik M ni buatkan aku lebih berminat la sangat untuk kenal dengan dia. Tapi sampai sekarang email balasan aku tak dapat lagi dari Cik M nie.
.

Ila dan kawan-kawan kerja aku awal-awal lagi dah warning, kalau kiranya jadik, kalau aku mainkan Cik M, memang nahas la aku. Tapi, rasanya aku bukan jenis macam tue kot. Insyaallah.
.

Persoalannya disini, identiti aku sekarang Cik M memang belum tahu lagi. Adakah dia akan sudi kawan dengan aku kalau sekiranya beliau ingat peristiwa aku kantoi memonteng Solat Jumaat tersebut? Biarlah Allah tentukan. Terlalu berharap tue tidak la. Tapi berharap tue memang ya sebab sejak hari aku hantar email kepada Cik M tempoh hari, sekejab-sekejab aku akan refesh email. Sekejab-sekejab refresh email. Mana la tahu Cik M terbuka hati nak balas email aku.
..........


Nota kaki:

Ajal dan maut, pertemuan adalah di tangan Allah. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang.
.

Setiap kali Cik M lalu dekat work area aku, aku rasa berdesup je merah telinga aku. Kalau lah aku ni kulit putih, mesti blushing.. Hahahah.. Naseb gelap.

Read Users' Comments (7)

Seorang Wanita Bernama Hafiza

Salam bloggerz.
Terima kasih Allah sebab beri kesempatan dan kekuatan untuk aku lebih rajin mengupdate.
Sekarang, aku tak nak fikirkan masa untuk rating blog, ranking blog ke, traffic ke. Yang penting aku nak pastikan kekerapan aku mengupdate akan meningkat. Dan kualiti posting akan meningkat dan ada value walau penuh caci maki dan juga sindiran.
Sungguh blog bukan tempat untuk kita menunjuk pandai, tapi blog adalah tempat untuk kita memperbaiki diri..
...................................
Baru lepas ulang alik dari toilet. Bahana makan tak ingat masa dinner company tadi. Dem! Sakit perut.
..................................
Kali ni aku nak kongsi sikit pengalaman yang aku rasa hanya sesetengah kawan baik aku sahaja yang tahu. Dan itu pun kalau mereka itu masih ingat. Sangat rahsia tapi dah sampai masa untuk aku ceritakan sebab aku tersangat mahu berjumpa dengan beliau, walau sekejab.
.
Kisah seorang perempuan yang namanya Hafiza. Perempuan yang sekejab pernah aku kenal dan aku tak akan lupa sampai bila-bila walau sampai hujung nyawa aku sekalipun.
.
Macam ni...
Mesti korang semua pernah chatting kat MIRC kan? Yang ada room #kampung, #mamak dan seangkatan dengannnya.
.
Masa aku lepas habis SPM, dan aku balik kampung lepas kerja lima bulan di Nandos Midvalley, memang takdak aktiviti berfaedah yang aku buat sementara tunggu panggilan masuk U. Dulu rajin jugak aku solat jamaah kat masjid sebab mak aku sangat bising kalau aku tak pergi. Masa kat kampung kan...
.
Kiranya lepas solat maghrib, aku akan lepak-lepak sambil tunggu solat isya'. Habis bosan aku akan lepak ciber cafe main game King of Fighter dan kadang-kadang gatal tangan masuk MIRC.
.
Aku lupa tarikh tepat dan bila, aku kenal dengan seorang budak perempuan, tak salah aku dia tingkatan tiga (aku 18 tahun, jadik umur beliau 15 tahun). Nama budak perempuan tersebut Norhafiza, atau Hafiza dan aku panggil dia Fiza.
.
Entah macam mana, kami jadik rapat. Tapi tak sampai bercinta. Gila budak-budak sungguh masa tue.
Tarikh perkenalan tersebut adalah lebih kurang seminggu sebelum aku dapat tawaran belajar kat UiTM Penang.
Selalu jugak aku telefon dia malam-malam (pakai public phone, sebab masa tue aku belum pakai handphone lagi). Macam-macam kami borak, dan Allah tentukan kami jadik agak rapat.
.
Lupa nak bagitahu yang budak perempuan tersebut orang Terengganu. Satu tempat kat Terengganu yang namanya bermula dengan huruf 'P". Paka kot. (Ada ke tempat nama macam tue kat Terengganu? Aku malas nak google).
.
Masa aku mula-mula sambung belajar, aku masih lagi rapat dengan dia sebab dah ada handphone sendiri. Selalu jugak berbual kat telefon.
.
Pernah satu kali, aku habis 30 ringgit top up satu malam sebab masa tue call rate sangat mahal dan sms rate pun mahal jugak.
.
Hafiza ni seorang yang sangat cool, lembut hati dan kat sekolah dia jaga koperasi. Aku tak akan lupa itu. Suara sangat lembut tapi sangat kuat merajuk kalau aku agak lupa kat dia sebab masa tue aku masih agak tak tahu apa-apa pasal perempuan dan baru mula belajar kat U.
.
Satu malam, dia telefon aku dan katanya beliau kat hospital. Aku tanya kenapa? Tapi dia tak jawab.
.
Lepas tue, dia sangat selalu telefon aku dan kebanyakan masanya adalah masa dia ada kat hospital. Mungkin sebab dia bosan tak tahu nak buat apa.
.
Korek punya korek, akhirnya aku dapat tahu yang beliau ada masalah dengan tulang belakang.
.
Satu hari, dengan suara yang agak lemah, beliau telefon aku dan beliau katakan yang beliau ada kat hospital dan tak boleh jalan langsung. Aku jadik sangat risau. Tapi esoknya beliau ok balik dan pergi sekolah macam biasa.
.
Aku jadik semakin rapat dengan dia dan aku hampir-hampir sangat nak couple dengan dia (walaupun tak pernah jumpa). Tapi aku memang tak pernah cakap sebab rasanya dia pun memang budak lagi kan?
.
Suatu hari, malam dia telefon aku dan kali ni, suara dia sangat-sangat lemah. Macam biasa dia kena tahan kat ward. Dia ceritakan kepada aku yang dia pengsan masa jaga koperasi waktu petang.
.
Permintaan terakhir yang sangat-sangat buat aku terkilan adalah beliau katakan kepada aku yang dia terlalu ingin sangat jumpa aku. Masa tue aku rasa macam nak je ke Terengganu, tapi apakan daya masa tue aku tak mampu.
.
Dan lagi malang nasib aku, lepas beliau telefon entah macam mana telefon atau simcard aku ada masalah (aku memang lupa sangat-sangat) dan banyak nombor telefon termasuk nombor dia hilang.
.
Dan itu kali terakhir aku dengar suara dia. Lepas tue, dia langsung tak contact aku dan aku tak dapat contact dia sebab aku memang tak ingat nombor telefon dia.
.
Sampai sekarang, aku tak pasti sama ada beliau masih ada kat dunia ni atau meninggal dunia. Aku cuba carik kat facebook dan carik kat Friendster, tapi tak jumpa-jumpa.
.
Serius aku sangat terkilan.
.
Aku sangat-sangat tak boleh lupakan kata-kata beliau yang sangat lekat dalam fikiran aku sampai hari ni..
"Hapiz, sebelum saya pergi, saya teringin sangat nak jumpa dengan awak..."
Dan kata-kata tue memang keluar dengan nada yang amat lemah..
..
Nota kaki:
Hafiza, kalau awak terbaca la entri ni, boleh tolong tinggalkan komen?
-harapan yang tinggal harapan-

Read Users' Comments (3)

Perempuan Cantik di Mata Aku

Posting pertama menggunakan hp mini baru.. heheh.. :)
Sebagai lelaki, aku memang sangat suka usha perempuan. Usha je beb. Tapi kadang-kadang kalau rezeki depan mata, contoh macam pakai baju seksi-seksi, dan kemudian memang kiranya macam tak cukup baju, memang lagi suka la usha.
Tapi kan, jenis perempuan yang seksi bagi aku mula-mula memang best la tengok. Tapi lama-lama rasa menyampah ada la lebih daripada rasa best. Tak tahu kenapa.
Setiap lelaki punyai pandangan yang berbeza ke atas perempuan. Ada yang suka perempuan seksi, ada yang suka perempuan sederhana, ada yang suka perempuan rambut ikal mayang, dan ada juga yang suka perempuan yang chubby dan macam-macam lagi.
Sebagai lelaki, aku pun ada jenis-jenis perempuan yang sangat suka aku usha, walaupun tak secantik mana. Nak tahu?

Nampak kerek

Aku suka perempuan yang nampak kerek @ berlagak. Kiranya bila lelaki tegur, agak payah beliau untuk buka mulut. Perempuan macam ni biasanya ada nilai estetika (macam bangunan) yang tersendiri. Aku paling tak suka kalau perempuan menggedik tak tentu hala.

Mata tajam dan bulu mata lebat.

Tak tahu kenapa. Bagi aku bulu mata yang lebat itu adalah agak seksi. Perghh geli sial! Mata tajam bila merenung boleh bikin hati jatuh beb.

Kecik @ comel

Sebab aku pun kecik jugak. Haha

Kuning langsat

Bukan apa, cita-cita tak mahu memperturunkan gen gelap ini pada anak cucu. Faham tak?

Sederhana

Kadang-kadang, untuk jadik cantik tak perlu melebih-lebih dari segi make up ke, baju ke, beg tangan ke, kasut tumit tinggi satu meter ke... Kan?

Blur

Bagi aku perempuan yang blur adalah seksi!

Ketawa tutup mulut

Aku suka usha perempuan yang bila ketawa beliau akan tutup mulut. Damn sexy!

Bertudung?

Sudah tentu. Tapi aku sangat tak suka tengok perempuan pakai tudung lilit-lilit dan menggeleh gelebeh. Apa orang kata showl? Betul ke aku pun tak tau. Rimas beb bila tengok dan jugak agak terseksa.

Free Hair?

Sudah tentu juga. Haha. Rambut hitam dan ikal mayang adalah seksi bagi aku. Tidak bagi mereka yang warnakan rambut sebab sangat tak sesuai orang Melayu yang kulit sawo matang warnakan rambut.

Jaket

Perempuan pakai jaket adalah sangat seksi!

Pemalu

Perempuan pemalu adalah seksi. Serius!

Sedikit sebanyak yang aku rasa nak kongsi. itu sebenarnya adalah luaran sahaja. Kan di katakan di mata?

Sebenarnya cantik budi dan pekerti itulah yang dikatakan sebagai cantik segala-galanya.

Sebab?

Body yang cantik dan mantap, kulit yang halus dan mulus, bibir yang merekah bab delima, bila tua nanti takda makna langsung. Yang orang akan ingat adalah budi dan jugak pekerti kita.

Nota kaki:

Siapalah aku untuk menilai. Hahah..

Read Users' Comments (6)

Apa KEJADAHNYA dengan VALENTINE?

Aku menggunakan bahasa yang agak kasar dalam entri ini.

Aku dulu belajar kat UiTM Shah Alam. Duduk menyewa di Wisma Mais Seksyen 2 Shah Alam lebih kurang 2 tahun.

Paling best nak tahu, bilik aku bertentangan dengan McD Seksyen 2 Shah Alam. Apa yang bestnya?

Boleh kata tiap-tiap malam, terutama malam minggu, mesti ada couple yang beromen dekat parking McD tersebut. Bayangkan, parking awam boleh student-student bangang ni buat kerja?

Pernah satu malam, orang kata kalau dah rezeki tak ke mana la kan. Satu couple syok beromen dalam kereta betul-betul dekat sangat dengan parking yang paling clear. Gila syok sampai tak ingat awek tersebut hampir londeh kain. Lelaki memang jenuh menggomol la. Abis "bukuit-bukuit" kena tarah.

Sekali datang lori McD hantar stok. Potong stim. Lelaki jongos terbabit keluar dengan selamba isap rokok buat-buat tak tahu macam takdak kejadah apa yang jadik. Si awek plak sibuk betul kain dan baju.

Celaka potong stim sungguh.

Sempat lagi aku jerit "Woi beromen ke"?

Si pakwe mencari-cari siapakah yang menjerit itu. Tak lain dan tak bukan adalah aku. Haha. Bodo macam B*b*.

Insiden drama-drama realiti ini akan jadik bertambah best kalau musim perayaan. Contoh macam Tahun Baru ke, Merdeka ke, Valentine ke?

Valentine? Tutup cerita pasal romen kat parking McD.

Apa kejadah haramnya dengan Valentine ni?

Aku malas nak bercerita tentang sejarah, asal usul kejadah Valentine ni.

Hari untuk melahirkan dan meluahkan rasa kasih sayang?: Apa setakat hari ni tak ke lagi hari-hari lain hangpa semua geli-geli? (Geli-geli adalah cara terkini anak muda la ni tunjukkan rasa kasih sayang).

Hangpa semua akan hanya menambah statistik pasangan di tangkap khalwat dan kalau nasib tak baik mungkin akan keluar muka depan suratkhabar Metro, Kosmo, Sinar Harian dan bla-bla..

Nasib sikit lagi tak baik? Krew 999 join sekali operasi cegah maksiat malam Valentine haramjadah dan anda terkantoi. Muka anda dan couple satu negara boleh nampak.

Lagi bangang, anda cuba larikan diri dengan panjat alang ataupun beranda, lantas jatuh kepala dulu lalu mati.

Tak ke itu dinamakan kematian paling bangang?

Tolonglah, jangan menambah statistik kelahiran anak luar nikah dan kes buang bayi lagi sembilan bulan.

Para gadis, sila ingat bahawa pengorbanan anda menyerahkan dara pada pakwe anda adalah sia-sia dan bukan setakat sia-sia tapi sangat sial!

Laki beb, kalau dah dapat menda alah korang tue, tambah plak dengan kebodohan pakwe anda pancut dalam tanpa pakai sebarang protector, besar kemungkinan anda akan mengandung. Dan besar kemungkinan pakwe anda akan tinggalkan anda terkontang kanting dengan alasan:

"Eh, ko buat dengan orang lain ko tuduh aku. Dasar bohsia!". Macam mana?

Aku kesian dengan naseb pompuan. Serius! Tapi nak buat macam mana kalau itu yang korang pilih?

Masih ada masa lagi untuk korang elakkan dengan mengatakan "Apa KEJADAHNYA dengan VALENTINE?" kalau pakwe korang ajak dating malam Valentine.

Sungguh anda mampu mengelak!

Nota kaki:

Naseb aku single....







Read Users' Comments (7)

Kegilaan yang Mengarut

Kegilaan maksudnya ketaksuban
Ketaksuban boleh jadik mengarut kalau akal tak dapat menilai dengan waras
Dan ketaksuban boleh buatkan seorang itu jadik gila.
Tak percaya?

Contoh 1

Ali menceraikan isterinya dengan talak 3 sekaligus.
Sekarang Ali telah gila bayang sasau sebab tak boleh nak rujuk balik kecuali jandanya itu kawin lain.
Ali langsung mencarik seorang "Cina Buta" (pak sanggup) untuk berkahwin dengan isteri beliau dan mahu isteri beliau diceraikan pada malam itu juga. Isterinya setuju.
Pada malam itu, "Cina Buta" tersebut telah memberikan "servis" yang tak pernah isteri beliau rasai dan oleh kerana itu isteri beliau tak mahu diceraikan.
Ali gila dan tak lama terjun dari jambatan dan bunuh diri dekat Sungai Klang...

Contoh 2

Ah Keok seorang yang gila judi. Beliau berjudi tak kira pagi dan petang, siang dan malam. Berjudi boleh dikatakan hobi Ah Keok.
Harta benda Ah Keok yang berjuta-juta hasil peninggalan nenek moyang habis Ah Keok gadai sebab taksub berjudi.
Lagi teruk, Ah Keok sanggup pinjam duit dari ALONG dan lagi teruk beliau tak mampu bayar balik sebab bisnes dah lingkup.
Konco-konco Along carik beliau dan ugut hari-hari sampai Ah Keok tak tahan lantas beliau bunuh diri dengan minum racun tikus.

Contoh 3

Abu seorang yang kuat dan taksub bekerja. Beliau seorang Manager di sebuah kilang. Beliau kerja kuat sampai kadang-kadang tak balik rumah langsung.
Beliau ada seorang isteri (umur dalam lingkungan 35 tahun), body masih bergetah dan boleh kata menjadik bual bicara anak muda kawasan perumahan tempat beliau tinggal. Abu jugak ada seorang anak dara umur 14 tahun.
Oleh kerana Abu jarang pulang rumah, isteri beliau selalu rasa sunyi. Bila balik isteri beliau "mintak" Abu selalu tolak sebab penat.
Tanpa pengetahuan Abu, isteri beliau main kayu tiga dengan seorang jiran sebelah rumah.
Anak dara Abu pulak kurang kasih sayang (bapak kuat kerja, mak kuat buat kerja lain). Anak Abu join Mat Rempit. Mat rempit tersebut pulak adalah jiran sebelah rumah yang selalu buat "kerja part time" dengan mak beliau.
Mat rempit tersebut dapat double. Mak dapat anak pun dapat. Untung sungguh.
Tak lama, anak Abu mengandung anak luar nikah. Sebab beliau masih muda dan tak cukup kuat, kandungan gugur. Kompilasi dari itu, anak Abu masuk hospital sebab pendarahan. Pada malam kejadian itu jugak, Isteri Abu terkantoi buat kerja dengan mat rempit terbabit (Abu baru balik dari hospital, isteri Abu ingat beliau kerja).
Abu ambik pisau kat dapur dan tikam isteri dan mat rempit terbabit.
Tak lama, Abu kena tangkap polis dan dituduh membunuh.
Ali dihadapkan ke mahkamah dan kena hukum penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh tanpa niat.
..........................

Sekarang percaya kan? Haha.

Apa pun yang kita buat, mesti seimbang. Kita tak boleh taksub sangat dengan sesuatu. Kalau taksub sangat, memang akan menjadi kegilaan yang mengarut.

Nota kaki:

Antara tiga cerita yang atas,yang mana paling best? Sila komen. :)

Read Users' Comments (4)

Cerita Hati

ESalam bloggerz.. Lama sungguh tak update..

Ini adalah posting pertama aku dari mobile. Punyalah payable nak menaip..Lenguh plak tue. Harapnya lepas no aku lebih gigih mengupdate.

Dulu masa aku penulis sepenuh masa raking benor aku update. . Sekarang? Hampeh.. Kerja aku sekarang memang tak izinkan aku online selalu.. Hmm..o

Kenapa tajuk posting aku buat julung-julung makings adalah sangat mual anak tekak?
Macam ni beb..

Aku tak tahu la kenapa sejak dua tiga menjak ni aku agak rasa kosong. Rasa bosan macam nak bunuh orang.

Penah sekali tue, member dan aku gedik sangat nak tengok cerita khurafat, pergilah tengok kat wayang. Sekali aku rasa bosan sangat, bapak tak best sampai aku bantai gelak setiap kali ada hantu keluar dalam cerita tue.
Spoiled mood couple nak romen peluk-peluk (takutla konon).

Dan, dua tiga hari lepas, aku punyalah bosan sampai dengan tak sengaja aku tengking balik customer yang tengking aku. Gila bahaya tue boleh kena buang kerja kalau silap haribulan. Bahayerrr..

Ada satu malam tue lebih kurang minggu lepas dalam pukul 3 pagi, punyalah rasa busan tahap gaban aku dengan selamba pergi hantar kereta kasi cuci. Pukul 3 pagi beb.. Gila bosan. Hahaha..

Patutlah ada orang bioleh jadik gila sebab bosan. Sekarang baru aku tahu.

Ada yang bosan sangat hidup sampai siap bunuh diri. Itu memang abis bosan tahap karma. Hidup ni pendek, kalau bunuh diri sekalipun, bosan jugak nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang.

Ok, berbalik kepada aku. Apa sebab aku bosan?

Aku sedar satu perkara yang jelas adalah oleh kerana kerja yang seumpama satu jadual tetap macam makan,tidur, berak buatkan aku jadik bosan. Macam ni; kerja, balik, tido. Tak keluar jalan-jalan, tak joging ke.. Dan jadual kerja macamitu jugak buatkan diri makin jauh satu Allah.

Kerja tak salah, cuma aku yang salah sebab tak pandai bahagi masa.

Kedua aku rasa mungkin dah sampai seru untuk aku Cuba fikir pasal satu fasa sikit berbeza dalam hidup. Aku patut cuba usaha cari sorang bakal suri kot.. Geli siut bila fikir balik. Tapi itulah kenyataan. Nak tak nak memang itulah. Umur dah 25. Tahap kalau Sekali bagi je confirm lekat jadik budak. Faham tak? Hahaha.. Tapi masalahnya nak mencarik la. Susah oooo..

Macam mana?
Sampai sekarang aku masih lagi bosan memikir, kenapala tajuk posting aku ni "cerita hati". Bapak jiwang!

Nota kaki:

Apa korang buat kalau bosan ha?

Read Users' Comments (1)comments