Makanan Bazaar Ramadan Mahal Ya Aaamattt!

Salam Bloggerz


Salam Ramadhan

Sikit lagi Ramadhan tahun ni akan tinggalkan kita. Harap-harap kita diberi peluang untuk merasa Ramadhan tahun depan.

Bulan Ramadhan kat Malaysia atau kat mana-mana di dunia sekalipun kalau takdak bazaar Ramadhan memang tak sah kot.

Di Malaysia ni, kadang-kadang sampai gaduh-gaduh, rasuah merasuah sebab nak dapat tapak bazaar. Donia.. donia...

Tapi, bila aku pegi bazaar nak beli makanan berbuka, kadang-kadang rasa sangat sakit hati sampai boleh bikin bebai. Sebab? kadang-kadang makanan mahal sungguh.

Paling ketara sekali, kuih muih. Ada sesetengah tempat yang kuih muih sampai seketul 40 sen. Tensi sungguh.

Standard kuih pulak harganya sekarang 3 biji singgit. Jadik, harga sebiji adalah lebih kurang 35 sen sebijik.

Harga tue yelah mahal satu hal, lagi satu hal bengang kuihnya mak aii.. kecik banget sih. Makan sekali suap abis!

Itu baru masuk harga kuih. Belum lagi makanan-makanan lain macam lauk pauk, segala jenis nasi macam nasik ayam, nasik kerabu, nasik tomato... Harga mahal jugak.

Lagi satu, cuba korang pegi bazaar ramadhan, kemudian cuba survey dalam banyak-banyak gerai kat sana, mesti ada satu gerai yang ramai orang. Cuba korang perati mesti kriteria yang buatkan kedai tue ramai orang:

-> makanan yang depa jual adalah sedap
-> makanan yang depa jual adalah makanan yang legend dan payah nak jumpa
-> makanan yang depa jual adalah dalam kuantiti yang banyak
-> makanan yang depa jual harganya adalah berpatutan.

Betul tak?

Nasihat aku kepada diri aku sendiri dan juga kita, kalau nak berniaga tua agak-agaklah. Selain nak untung, anggap jugalah apa yang diniagakan itu adalah sedekah. Tak rugi pun kalau buat kuih besar sikit, bagi lauk besar banyak sikit, nasik banyak sikit, rencah makanan lebih sikit. Percayalah formula nie

murah+sedap+banyak: Banyak untung!!!!!

Nota kaki:

Ada sorang member aku, dengan bangga katakan äku tak suka beli makanan kat bazaar". Lebih baik masak (nak aje aku offer jadik bini aku. hahahah)

Tolong bersih sikit ye makcik, pakcik bila masak tue. Orang sakit perut makan makanan yang kita makan dosa tau...

Read Users' Comments (1)comments

1 Response to "Makanan Bazaar Ramadan Mahal Ya Aaamattt!"

  1. Lizzie Yasmin says:
    August 19, 2011 at 12:06 PM

    Betul, lauk bazar, baik masak sendiri lagi best.. Aku beli kuih Rm0.60 lagi.. sob sob gila mahal..