Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

KENAPA AKU MENULIS?

Ada dapat komen anonymous tadi. Pedih jugaklah ayat beliau. Sentap jugak aku. Tapi aku hargai pendapat beliau. Setiap orang ada pendapat masing-masing dan aku memandang setiap pendapat itu ada nilai harganya.

Kenapa aku menulis?

Persoalan yang sangat ringkas. Terkadang aku keliru. Tapi keliru itu tidak buat aku terkesima.

Aku ringkaskan supaya korang semua tak menyampah nak baca.

Berkongsi
Aku suka kongsi. Setiap apa yang jadi dalam hidup aku, aku rasa pengajaran untuk diri aku. Kalau tak jadi pengajaran sekalipun, pengalaman yang buatkan aku lebih kuat hadap masa depan.

Pengalaman manis seronok kita kongsi.

Pengalaman pahit kita kongsi untuk kita ketawakan diri kita.

Kadang-kadang ketawakan diri sendiri sangat best. Tak percaya?

Mengingat
Apa cuma mengingatkan diri aku. Setiap apa yang aku tulis adalah arkib peribadi peringatan kepada diri aku.

Aku bukan betul
Aku bukan sentiasa betul. Dan orang lain berhak menilai. Sila betulkan aku kalau aku salah. Aku menulis sebab ingin diri aku diperbetulkan.

Tambah pengetahuan
Nak menulis bukan senang. Kalau aku, aku lebih suka memerhati dan kemudian tulis.

Jadi berbeza
Dikalangan kawan-kawan selingkungan aku, aku rasa cuma aku saja yang menulis. Terlalu suka jadi berbeza. (Aku memang berbeza kot. Ramai cakap aku comel. Haha..)

Berleter?
Aku jenis yang suka bercakap. Bercakap banyak buat aku rasa aku tidak "cool". Menyuarakan mendapat melalui penulisan bukan berleter. Menulis adalah tentang memerhati, memahami, dan mentafsir.

Berkawan
Kawan-kawan di blog berbeza dengan kawan-kawan dengan di Facebook, atau Friendster. Tagged? Tak penah buat.

Kawan-kawan di blog menghargai aku dengan cara yang berbeza.

Terima kasih.

Berkahwin
Tiada kena mengena. Hahaha..

Nota Kaki:

Kekeringan idea untuk Novel Cinta Hati Kamu. Dalam otak asyik fikir kerja-kerja dan kerja saja. Macam mana?





Read Users' Comments (21)