Showing posts with label Cewek Manis Ganteng. Show all posts
Showing posts with label Cewek Manis Ganteng. Show all posts

KALAULAH..



Aku selalu terfikir, kalau aku diberi peluang untuk satu hajat aku teringin sangat nak ada satu tambahan anggota di badan iaitu..

-SAYAP-

1. Gila best kalau ada sayap. Sangat cool woo.. Bayangkan:

2. Betapa hensem dan machonya aku dengan sayap tue

3. Betapa coolnya aku dapat terbang suka-suka hati

4. Betapa bestnya tak payah fikir pasal traffic jammed pagi pagi lepas tol Batu Tiga Shah Alam

5. Betapa bestnya tak payah susah payah fikir lagi pasal lambat datang kerja

6. Kalau ada awek boleh dukung dia dating sama-sama atas bangunan yang tak dak orang kacau.. hahahaha

7. Kalau ada waktu lebih boleh aku buat kerja part time jadik superhero

Best gila kan? Sayap mau sayap ala-ala burung helang. baru gagah.

Tapi kena terfikir plak la kan..

1. Jenis baju yang sesuai. Tak la obvious sangat

2. Orang jeles nanti

3. Kena tangkap ngan FBI atau CIA sebab nak buat ujikaji atau nak jadikan aku agen depa

4. Ramai plak anak gadis minat kat aku nanti. Hahaha...

5. Sakit tak kalau tidur macam biasa?

6. Majikan nak terima aku kerja tak?

7. Boleh dapat kerja government tak?

8. Camna nak kawen? (kena carik bini yang ada sayap gak. hahaha)

CUKUP MENGARUT!

Nota kaki:

Kering idea

Terfikir pasal muka depan Kosmo hari ni. Best gila. Free publisiti! Bengong punya akhbar. Berita macam tue boleh buat muka depan. Hampeh!

Kalau korang, apa hajat merepek korang?

Kongsi di komen.. :)









Read Users' Comments (12)