APA GUNA PAKAI TUDUNG KALAU...
Semalam ada chat dengan sorang member perempuan di Facebook. Beliau sangat cun tahu. Aku dan beliau kawan rapat dan boleh sembang apa sahaja. Dan cakap lepas tak ingat sebab masing-masing kepala masuk air.
Sembang punya sembang, aku dan dia melalut borak pasal trend budak-budak perempuan sekarang yang pakai tudung, tapi macam hampeh! Beliau kata, baik bogel saja lagi baik. Macam mana?
Pakai tudung tapi baju ketat
Tudung kat atas selempang baik punya. Baju ketat nampak segala macam bonjol dan lemak-lemak. Beliau kata, kalau macam ni baik saja tarik tudung tue, campak masuk dalam api.
Pakai tudung pakai lengging
Ada jugak macam ni. Beliau kata, beliau nak pakai legging masa tidur pun beliau rasa segan, bukan sebab apa takut tiba-tiba rumah masuk pencuri, memang senang beliau akan kena rogol. Jadi beliau kata beliau tidur pakai jeans. Haha..
Beliau tambah, inikan pula untuk pakai legging kemudian jalan lenggang lenggok kat bandar tayang lemak di bontot. Yang tambah jahil, siap pakai tudung, baju lepas sikit dari pinggang selamba sarung legging.
Aku tambah kepada beliau, laki kalau perempuan pakai legging, memang syok abis. Kadang-kadang kami akan cuba teka perempuan itu pakai spenda warna apa.
Kawan aku kata beliau sedang tepuk dahi!
Pakai tudung baju lengan pendek
Tangan itu aurat kata beliau.
Pakai tudung jalan dengan boyfriend pegang-pegang tangan
Pakai memang dah sopan habis dah. Tudung lengkap, baju kurung, amboi cantik sungguh. Tapi, jalan dengan pakwe pegang-pegang tangan plak. Camna? Aku cakap kepada beliau, no komen sebab aku pun bukan baik sangat.
Pakai tudung buat maksiat
Ini memang hampeh. Selalunya situasi dalam kereta lah. Aku cakap kepada beliau, masa aku tinggal di dekat dengan McD Seksyen 2 Shah Alam, pemandangan itu adalah sangat biasa.
Beliau sekali lagi ketawa dan kata beliau tepuk dahi.
Sekejab pakai, sekejab tidak
Kadang-kadang, manusia ni hendak berubah. Jadik pakai tudung on off. Ataupun, pakai tudung cuma pada waktu tertentu. Beliau kata, tudung itu adalah wajib, jadik apa salahnya kalau dah mula pakai, mula pakai terus? Jangan on off.
Aku cakap kepada beliau, slow-slowlah.. Menda ni amik masa kot.
Beliau kata beliau setuju.
Fesyen melampau
Beliau kata kepada aku, beliau tidak bersetuju kalau orang cakap pakai tudung akan menghadkan seseorang itu untuk berfesyen. Dan beliau pun gariskan lah beberapa jenis fesyen yang applicable.
Beliau kata kepada aku, bila pakai tudung wanita seharusnya tutup keseluruhan bahagian dada. Kalau di selempang nampak jugak dada kata beliau. Mcam tak pakai je.
Beliau tambah, ada plak sekarang ni jenis pakai tudung yang cuma pakai serkup di kepala. Apa kejadah kata beliau. Tudung bukan sekadar menutup rambut. Leher jinjang, dan bahagian dada juga perlu ditutup.
Aku katakan kepada beliau, memang betul.
Tudung datin
Yang ni, aku dan beliau sama-sama gelak. Pakai tudung cuma sejemput. Tinggal plak sejemput biar nampak rambut. Mak datin kedekut kata beliau. Haha..
Banyak lagi sebenarnya. Tapi aku rasa cukup setakat ini aku boleh kongsi. Sebab yang lain banyak mengarut saja.
Akhir sekali kepada beliau aku katakan, kalau pakai tudung jangan rosakkan imej muslimah yang dibawa. Besar tangggungjawab tue.
Pertanyaan last aku kepada beliau:
"Ko bila nak pakai tudung Nani?"

