APA GUNA PAKAI TUDUNG KALAU...

Semalam ada chat dengan sorang member perempuan di Facebook. Beliau sangat cun tahu. Aku dan beliau kawan rapat dan boleh sembang apa sahaja. Dan cakap lepas tak ingat sebab masing-masing kepala masuk air.

Sembang punya sembang, aku dan dia melalut borak pasal trend budak-budak perempuan sekarang yang pakai tudung, tapi macam hampeh! Beliau kata, baik bogel saja lagi baik. Macam mana?

Pakai tudung tapi baju ketat
Tudung kat atas selempang baik punya. Baju ketat nampak segala macam bonjol dan lemak-lemak. Beliau kata, kalau macam ni baik saja tarik tudung tue, campak masuk dalam api.

Pakai tudung pakai lengging
Ada jugak macam ni. Beliau kata, beliau nak pakai legging masa tidur pun beliau rasa segan, bukan sebab apa takut tiba-tiba rumah masuk pencuri, memang senang beliau akan kena rogol. Jadi beliau kata beliau tidur pakai jeans. Haha..

Beliau tambah, inikan pula untuk pakai legging kemudian jalan lenggang lenggok kat bandar tayang lemak di bontot. Yang tambah jahil, siap pakai tudung, baju lepas sikit dari pinggang selamba sarung legging.

Aku tambah kepada beliau, laki kalau perempuan pakai legging, memang syok abis. Kadang-kadang kami akan cuba teka perempuan itu pakai spenda warna apa.

Kawan aku kata beliau sedang tepuk dahi!

Pakai tudung baju lengan pendek
Tangan itu aurat kata beliau.

Pakai tudung jalan dengan boyfriend pegang-pegang tangan
Pakai memang dah sopan habis dah. Tudung lengkap, baju kurung, amboi cantik sungguh. Tapi, jalan dengan pakwe pegang-pegang tangan plak. Camna? Aku cakap kepada beliau, no komen sebab aku pun bukan baik sangat.

Pakai tudung buat maksiat
Ini memang hampeh. Selalunya situasi dalam kereta lah. Aku cakap kepada beliau, masa aku tinggal di dekat dengan McD Seksyen 2 Shah Alam, pemandangan itu adalah sangat biasa.

Beliau sekali lagi ketawa dan kata beliau tepuk dahi.

Sekejab pakai, sekejab tidak
Kadang-kadang, manusia ni hendak berubah. Jadik pakai tudung on off. Ataupun, pakai tudung cuma pada waktu tertentu. Beliau kata, tudung itu adalah wajib, jadik apa salahnya kalau dah mula pakai, mula pakai terus? Jangan on off.

Aku cakap kepada beliau, slow-slowlah.. Menda ni amik masa kot.

Beliau kata beliau setuju.

Fesyen melampau
Beliau kata kepada aku, beliau tidak bersetuju kalau orang cakap pakai tudung akan menghadkan seseorang itu untuk berfesyen. Dan beliau pun gariskan lah beberapa jenis fesyen yang applicable.

Beliau kata kepada aku, bila pakai tudung wanita seharusnya tutup keseluruhan bahagian dada. Kalau di selempang nampak jugak dada kata beliau. Mcam tak pakai je.

Beliau tambah, ada plak sekarang ni jenis pakai tudung yang cuma pakai serkup di kepala. Apa kejadah kata beliau. Tudung bukan sekadar menutup rambut. Leher jinjang, dan bahagian dada juga perlu ditutup.

Aku katakan kepada beliau, memang betul.

Tudung datin
Yang ni, aku dan beliau sama-sama gelak. Pakai tudung cuma sejemput. Tinggal plak sejemput biar nampak rambut. Mak datin kedekut kata beliau. Haha..

Banyak lagi sebenarnya. Tapi aku rasa cukup setakat ini aku boleh kongsi. Sebab yang lain banyak mengarut saja.

Akhir sekali kepada beliau aku katakan, kalau pakai tudung jangan rosakkan imej muslimah yang dibawa. Besar tangggungjawab tue.

Pertanyaan last aku kepada beliau:

"Ko bila nak pakai tudung Nani?"





Read Users' Comments (22)

22 Response to "APA GUNA PAKAI TUDUNG KALAU..."

  1. Unknown says:
    July 10, 2010 at 11:17 PM

    doa2kanlah cik Nani terbuka hati utk pakai tudung....huhuhu

  2. Anonymous Says:
    July 10, 2010 at 11:26 PM

    wahh, gud entri..soalan last tu yg best tuh..hehehe :P

  3. CIKGU NAMAN says:
    July 10, 2010 at 11:45 PM

    aku pun tak pakai tudung nih..hoho

    Entri terbaru chekgu

    Kesan Piala Dunia Terhadap Pelajar

  4. kurawk says:
    July 10, 2010 at 11:55 PM

    kalau yg pakai tudung mawi tu dah boleh nyanyi aduh saleha dah..hahaha

  5. Unknown says:
    July 11, 2010 at 1:58 AM

    selalu org ckp, nak berubah tu slow2 la..
    tp risau jugak sbenanye.. kalau dah asyik slow2..buatnye x smpt nanti mcm mana? hoho~ ;p

  6. namia cinta says:
    July 11, 2010 at 8:16 AM

    buat sesuatu kerana kita yang mahu bukan kerana terpaksa... untuk apa hanya mengikut fesyen....

  7. Makbed says:
    July 11, 2010 at 9:14 AM

    pakai dulu tudung tu, baru tau camne rasanya.....

  8. farah si monster says:
    July 11, 2010 at 1:55 PM

    ekekekeke. aku gelak guling2 sambil kaki tepuk dahi adik aku. eh??

    :D

  9. semut lelabah says:
    July 11, 2010 at 2:05 PM

    zihnun: tak lama lagilah tue. Insyaallah..

    miss eleanor: sentap bukan? haha

    naman: jangan mengada.. hahaha

    kurawk: hahahah.. ada ke tudung mawi? camna?

    haura: betul.. aku setuju..

    namia cinta: kalo tak ikut fesyen nanti orang kata kolot plak..

    simawar hitam: ko nak suh aku pakai tudung ke? haha

    farahh: anon ko tue cam tak bley blah je... :)

  10. Faiz says:
    July 11, 2010 at 4:29 PM

    aduyai..ending xbleh blah...haha...dah sembang pnye baik pasal tudung..last2..haha...
    p/s: thanks komen kat blog..=) setiap komen anda amat dihargai...
    ***Hit My Latest Update Here***

  11. Umie Nadhirah says:
    July 11, 2010 at 5:14 PM

    Mostly Orang yang pakai tudung slalu camni..huhu:(

    Follow anda :)

    HAVE A NICE DAY !

  12. Husna Hadzarami says:
    July 11, 2010 at 7:22 PM

    owkay.

    aku rasa semua hujah tu memang banyak kebenarannya, tapi bila ianya disampaikan oleh orang yang tak bertudung, aku dengan lantangnya mengatakan itu semua hanyalah justification untuk tutup dosa sendiri yang tak bertudung.

    jangan jadi bodoh. hukum tetap hukum. dia pakai tudung tapi yang lain2nya tak tutup aurat, dia ada dosa sendiri. kau tak pakai tudung tapi kau dakwa kau tutup semua aurat lain, kau tetap ada bahagian kau.

    jangan mudah menilai orang tanpa ilmu dan akal. pucuk pangkalnya diri sendiri juga. kau nak ikut contoh yang baik ke yang tak baik. punyalah banyak contoh2 orang yang bertudung yang tutup sepenuhnya, jaga amalan, jaga aurat, yang tu taknak pulak disebut dan dijadikan contoh.

    hukum tetap hukum. dia pakai tudung tapi pakai legging, dia berdosa. kau tak pakai tudung tapi tak pakai legging. kau pun berdosa. so sama teruk jelah kau dengan dia. kau nak sama teruk atau kau nak jadi lebih baik? so pakailah tudung dan kekalkan jangan pakai legging. kan kau jadi lebih baik. lepas tu barulah kau boleh berhujah seperti di atas.

  13. Hidayati Farhan says:
    July 11, 2010 at 9:00 PM

    hurmm, soalan last tuh terpulang pd diri masing2 kan? nk pakai tudung ke xnk pkai ke kan masing2 dah di beri pendidikan. ada akal boleh fikir sendiri :)

  14. semut lelabah says:
    July 11, 2010 at 11:16 PM

    faiz: huhuhuhu.. tapi dia sangat baik.

    umie: terima kasih sebab follow

    husna: no komen. she's my best friend. aku kenal hati budi dia.

    poyati: akal yang waras kadang-kadang salah..

  15. Umie Nadhirah says:
    July 12, 2010 at 9:01 AM

    sama-sama

  16. Mellyana Sara says:
    July 12, 2010 at 2:03 PM

    isu tudung~ baru cite2 ngan ayah masa on the way nak g kelas~

    pakai tudung baju ketat ayah kata baik bogel~

    :)

  17. semut lelabah says:
    July 12, 2010 at 3:59 PM

    camelia: tau xpa..

  18. Unknown says:
    July 14, 2010 at 4:25 PM

    erk?
    nani tu pun x pakai tudung la?
    hurm

  19. ferienza hezra fara says:
    July 14, 2010 at 7:13 PM

    doakan cik para jua
    lembut hati untuk berhijab terus
    sebab masih lagi dlm proses cuba2 lg
    kekuatan belum ada.


    =)

  20. jannsheffie says:
    July 14, 2010 at 7:43 PM

    gud entry..suke2..pengajaran ade disitu..oyeh2 berpikir untuk jadi lebey baekk...hurmmm

  21. semut lelabah says:
    July 14, 2010 at 9:42 PM

    ferianza: Insyaallah.. Boleh punya..

    Jann: Aku pun usaha ke arah itu juga..

  22. tiafazunia says:
    July 15, 2010 at 2:03 PM

    persoalan2 kat ats tu la tia buat tia pk 2 3 kali b4 nk pakai tdong. :))

    mungkin satu hari nnt. amin!