Showing posts with label Hilang Kerja. Show all posts
Showing posts with label Hilang Kerja. Show all posts

BILA JATUH SILA BANGUN BALIK

Pernah dalam hidup kamu, kamu, dan kamu semua "jatuh tersungkur" lepas tersungkur "sesuatu" pulak rasanya macam hempap kepala kamu, kamu dan kamu semua?

Pernah putus cinta?
Rasanya seperti sedikit bangang kan? Hidup rasa kononnya macam tiada makna langsung. Dengar lagu jiwang pulak. Rasa seperti mahu bunuh diri terjun dari bangunan KLCC?

Itu normal. Kalau putus cinta, dan tak rasa apa-apa mungkin salah satu fius di otak tidak berfungsi. Ataupun anda seperti memang harapkan hubungan itu putus sebab menyampah tengok muka boyfriend ataupun girlfriend. Ataupun, anda memang sejak mula memang terpaksa bercinta sebab bosan tak tahu dan buat apa, kemudian rasa jemu dan jumpa pulak dengan pasangan yang lebih baik.

Pernah kena buang kerja? Menganggur.
Pernah kena fitnah dan semua orang benci anda?
Pernah gagal exam dan rasa macam hidup akan berakhir? Aha, itu adalah gila.
Pernah gagal interview walau rasa konfiden gila nak lulus?

Semua itu aku dah lalui.

Hidup memang macam roda. Kadang-kadang kita di atas, dan kadang di bawah (bukan posisi hubungan kelamin, sila jangan salah sangka).

Bila kita di atas ramai yang datang terhegeh-hegeh, dan bila kita di bawah, yang terhegeh-hegeh tadi hilang, mungkin terjun lombong. Itu biasa.

Mana kawan? Mana sahabat? Mana kawan sejati? Ada, tapi tidak banyak. Kalau ada kawan bersama anda saat ini, sila jaga beliau dengan baik kerana beliau kawan sejati.

Kalau ada kawan anda tikam anda dari belakang saat ini, sila tinggalkan beliau laju-laju sebab beliau memang tak guna.

Biasanya (umum, tidak spesisfik), bila kita ditimpa bala bertimpa cuma yang ada satu jenis manusia yang akan ada kat tepi kita. Siapa?

KELUARGA

Keluarga, terutama mak@ibu@umi yang akan duduk, dengar baik-baik masalah kita dan kemudian senyum sedikit (walaupun beliau tengah sibuk basuh kain, memasak atau menyapu). Senyum itu saja sudah cukup buat hati lega.

Jadi, kalau aku ataupun anda jatuh, sila bangun balik. Sila jangan ada perasaan kecewa melampau sampai menyeksa diri. Kecewa seminggu dua takpa,tapi jangan melarat sampai sebulan dua. Sudahlah kecewa, sila jangan tambah beban kecewa dengan:

a. Memerap dalam bilik
Sampai bilik berkuap bau macam bangang

b. Makan tak mahu
Sampai mak susah hati sebab badan macam penagih dadah. Sangat kering.

c. Tidak mandi
Gila bau macam haram.

d. Dengar lagu jiwang
Sampai rasa nak bunuh diri (Sila dengar lagu My Chemical Romance: I'am not OK)

JANGAN, JANGAN DAN JANGAN!

Nota kaki:

Kalau sekalipun aku atau anda tidak mahu jugak ingat Tuhan masa susah macam ni, sila fikir yang anda masih ada keluarga, masih ada ibu, masih ada ayah, masih ada adik beradik yang akan sama-sama dengan anda susah atau senang.

Ingat jugak yang anda ada hidup yang perlu anda teruskan.

Bunuh diri akan buat aku atau anda mati dan kemudian dihantar straight terus ke neraka (perumpamaan)

Dan penyokong Belanda jangan terlalu kecewa. Haha..









Read Users' Comments (19)