BILA JATUH SILA BANGUN BALIK

Pernah dalam hidup kamu, kamu, dan kamu semua "jatuh tersungkur" lepas tersungkur "sesuatu" pulak rasanya macam hempap kepala kamu, kamu dan kamu semua?

Pernah putus cinta?
Rasanya seperti sedikit bangang kan? Hidup rasa kononnya macam tiada makna langsung. Dengar lagu jiwang pulak. Rasa seperti mahu bunuh diri terjun dari bangunan KLCC?

Itu normal. Kalau putus cinta, dan tak rasa apa-apa mungkin salah satu fius di otak tidak berfungsi. Ataupun anda seperti memang harapkan hubungan itu putus sebab menyampah tengok muka boyfriend ataupun girlfriend. Ataupun, anda memang sejak mula memang terpaksa bercinta sebab bosan tak tahu dan buat apa, kemudian rasa jemu dan jumpa pulak dengan pasangan yang lebih baik.

Pernah kena buang kerja? Menganggur.
Pernah kena fitnah dan semua orang benci anda?
Pernah gagal exam dan rasa macam hidup akan berakhir? Aha, itu adalah gila.
Pernah gagal interview walau rasa konfiden gila nak lulus?

Semua itu aku dah lalui.

Hidup memang macam roda. Kadang-kadang kita di atas, dan kadang di bawah (bukan posisi hubungan kelamin, sila jangan salah sangka).

Bila kita di atas ramai yang datang terhegeh-hegeh, dan bila kita di bawah, yang terhegeh-hegeh tadi hilang, mungkin terjun lombong. Itu biasa.

Mana kawan? Mana sahabat? Mana kawan sejati? Ada, tapi tidak banyak. Kalau ada kawan bersama anda saat ini, sila jaga beliau dengan baik kerana beliau kawan sejati.

Kalau ada kawan anda tikam anda dari belakang saat ini, sila tinggalkan beliau laju-laju sebab beliau memang tak guna.

Biasanya (umum, tidak spesisfik), bila kita ditimpa bala bertimpa cuma yang ada satu jenis manusia yang akan ada kat tepi kita. Siapa?

KELUARGA

Keluarga, terutama mak@ibu@umi yang akan duduk, dengar baik-baik masalah kita dan kemudian senyum sedikit (walaupun beliau tengah sibuk basuh kain, memasak atau menyapu). Senyum itu saja sudah cukup buat hati lega.

Jadi, kalau aku ataupun anda jatuh, sila bangun balik. Sila jangan ada perasaan kecewa melampau sampai menyeksa diri. Kecewa seminggu dua takpa,tapi jangan melarat sampai sebulan dua. Sudahlah kecewa, sila jangan tambah beban kecewa dengan:

a. Memerap dalam bilik
Sampai bilik berkuap bau macam bangang

b. Makan tak mahu
Sampai mak susah hati sebab badan macam penagih dadah. Sangat kering.

c. Tidak mandi
Gila bau macam haram.

d. Dengar lagu jiwang
Sampai rasa nak bunuh diri (Sila dengar lagu My Chemical Romance: I'am not OK)

JANGAN, JANGAN DAN JANGAN!

Nota kaki:

Kalau sekalipun aku atau anda tidak mahu jugak ingat Tuhan masa susah macam ni, sila fikir yang anda masih ada keluarga, masih ada ibu, masih ada ayah, masih ada adik beradik yang akan sama-sama dengan anda susah atau senang.

Ingat jugak yang anda ada hidup yang perlu anda teruskan.

Bunuh diri akan buat aku atau anda mati dan kemudian dihantar straight terus ke neraka (perumpamaan)

Dan penyokong Belanda jangan terlalu kecewa. Haha..









Read Users' Comments (19)

19 Response to "BILA JATUH SILA BANGUN BALIK"

  1. namia cinta says:
    July 13, 2010 at 11:57 PM

    Sangat tidak mahu lalui semua itu lagi.... mungkin hanya untuk satu hari saja kot berfikiran gila begitu... tapi bila dah boleh fikir dengan waras maka teruskan hidup seperti biasa malan berusaha untuk jadikan lebih baik

  2. kay-N says:
    July 13, 2010 at 11:59 PM

    haha...nk berkurung lam blik smpi xkuar2 mcm tkut gk laa..kg lam blik ade..uh uh..mlm2 ni xley pk..hish!

  3. Sara says:
    July 14, 2010 at 12:06 AM

    'Mana kawan? Mana sahabat? Mana kawan sejati? Ada, tapi tidak banyak. Kalau ada kawan bersama anda saat ini, sila jaga beliau dengan baik kerana beliau kawan sejati.'

    memang benar.
    saya mmg tgh jaga betul kawan sejati yg saya ada kini.
    terima kasih utk entri sebegini.
    saling ingat mengingati.
    :)

  4. velasrizal says:
    July 14, 2010 at 12:16 AM

    klo yg xbgn tu yg parah kan..

    Pesta Meraikan Kejayaan Spain Julang Piala Dunia 2010

  5. Anonymous Says:
    July 14, 2010 at 1:31 AM

    aku pernah kantoi paper. sangat disaster perasaan itu. but, keep movin' lg better.. and now i be where i want to be.. dan berada di jalan yang benar disebabkan aku pernah kantoi paper..

    anyway.. bilik aku berbau wangi ok..
    gagaga

  6. Un Phat Lee says:
    July 14, 2010 at 2:20 AM

    spe nak dengar lagu jiwang.blog gua blh jawabkan.spe nak bunuh diri,korang jwb sendiri dengan tuhan.(amacam tuan punyablog cantek ayat atas nih?haha)

  7. semut lelabah says:
    July 14, 2010 at 3:14 AM

    namia: aku dua minggu. haha

    sarah: sama-sama.. aku jugak sedang jaga kawan-kawan yang baik macam ni..

    velasrizal: tau xpa..

    azreen: itulah hikmahnya.. :)

    unphatlee: hohoho... sangat chantek!

  8. kurawk says:
    July 14, 2010 at 3:28 AM

    aku bukan stakat putus cinta jek bro..dah laa putus then masalah keluarga yang besar lagi..peh tuhan jek tau berat giler otak aku time 2..giler punye down lah cakap kaw..

  9. yayahidayah says:
    July 14, 2010 at 8:32 AM

    apa2 pom life must go on...bak kata anda

    BILA JATUH SILA BANGUN BALIK!

    anda bnyak mende yg menanti kat depan kita enn!

  10. tiafazunia says:
    July 14, 2010 at 10:14 AM

    (bukan posisi hubungan kelamin, sila jangan salah sangka)
    oke, sempat lagi buat lawak! haha!

    tia penah down sbb kne tikam blakang dgn member,
    downn sangggatttt! tp ble pk2 blk,
    who cares ? so, bangon blk! :)
    jangan pk2 da sume tuh! tade gne pon!

  11. hamzah ian says:
    July 14, 2010 at 11:11 AM

    cinta oh cinta.. nice entry..

  12. semut lelabah says:
    July 14, 2010 at 12:04 PM

    kurawk: SAMALAH KITA..

    tia: kawan macam tue bukan kawan.. abaikan saja..

    hamzah: thanks

  13. LiFe KaMi says:
    July 14, 2010 at 1:06 PM

    relax ,pmpuan bukannya satu,dunia makin kiamat ,so makin ramai le pmpuan. yang penting dapat cari yang beriman..

  14. Unknown says:
    July 14, 2010 at 4:22 PM

    bab keje belom penah lalui
    wuuuu~

  15. semut lelabah says:
    July 14, 2010 at 5:42 PM

    life kami: memang bukan seorang, tapi nak dapat yang sama payah..

    ery farieha: so siap sedia.. :)

  16. Husna Hadzarami says:
    July 14, 2010 at 6:58 PM

    semua dah lalu. tapi yang kena fitnah sampai semua benci tu belum lagi. kena fitnah biasa, tapi tak la semua benci. sebab orang pandai nilai sendiri kot.

    life's short. jangan sia siakan masa yang pendek ni dengan benda sia2. manfaatkan.

  17. semut lelabah says:
    July 14, 2010 at 9:44 PM

    husna: kena fitnah sakit sebenarnya..

    moral: jangan zalimi diri jika kecewa. sila zalimi barang-barang seperti besi buruk, kerusi hampir patah dan sebagainya..

  18. Anonymous Says:
    July 15, 2010 at 1:46 AM

    wah, cam terasa je ngan entri ni..skang tengah down sebab kaciwa dlm cinta, but sometimes je la..tapi mmg sakit wooooo..juz need more spirits n supports from surrounding ppls.cane2 pon, life must go on!! kan kan kan?

  19. semut lelabah says:
    July 15, 2010 at 2:47 AM

    mrs elaeanor: bwak sabar banyak2..

    hidup kena terus!