CARA TERBAIK MINTAK HUTANG
Entri ringan di petang Ahad. Maaf sebab lama sangat tak update blog.
Kamu dan kamu semua mesti pernah berdepan dengan member-member, kawan-kawan, saudara-mara dan jugak bos yang sangat liat nak bayar hutang. Serius sangat hampeh. Masa nak meminjam ayat bukan main manis. Tapi bila nak bayar... Hampeh!
Paling tension bila beliau yang dihutangi sudah menunjukkan ura-ura hndak melarikan diri. SMS tak balas, call tak angkat. Ini memang bikin hati panas. Seriusly, bab duit ni memang sangat sensitif, dan boleh buat saudara mara, even adik beradik sekalipun bermasam muka selama puluh-puluh tahun.
Mungkin idea bangang aku ni dapat bantu kamu dan kamu semua mintak hutang dengan lebih mudah. Ini bukan stail along. Tak main la ugut-ugut.. :)
Dapatkan no awek beliau, pakwe, tunang, mak atau adik beradik beliau
Sebelum kamu semua bagi duit kepada si penghutang, sila dapatkan nombor orang-orang penting dalam hidup beliau. So, kalau kamu dan kamu semua terdesak sangat nak pakai duit dan si penghutang liat sangat nak bayar, laporkan saja kepada orang-orang yang terdekat berkenaan.
Perjanjian
Sebelum bagi duit kepada si penghutang, sila buat surat perjanjian hitam putih siap dengan saksi sekali. Lebih afdal kalau tok imam surau jadik saksi.
Tetapkan tempoh
Tetapkan tempoh kepada si penghutang untuk bayar hutang beliau. Contohnya sebulan ke, dua bulan ke, tiga bulan ke, 10 tahun ke..
Terus-terusan call dan sms
Kalau si penghutang sangat liat nak bayar, call secara berterusan selama 1000 kali sehari, dan hantar sms mintak hutang kira-kira 2000 sms. Lebih afdal tagged gambar beliau di Facebook dengan tagline "sila bayar hutang aku".
Persetankan segala alasan
Orang yang berhutang selalu sangat beri seribu satu alasan. Tengok keadaan, kadang-kadang segala alasan tue harus dipersetankan saja.
Mintak selagi boleh
Mintak je. Duit itu kan duit kamu. Jangans egan untuk mintak. Tapi jangan sampai gaduh pulak!
-habis-
Nota kaki:
Paling banyak berapa orang berhutang dengan kamu? Sila jawap di komen.
Harap-harap, sila jauhkan diri anda daripada Along.

