CARA TERBAIK MINTAK HUTANG

Entri ringan di petang Ahad. Maaf sebab lama sangat tak update blog.

Kamu dan kamu semua mesti pernah berdepan dengan member-member, kawan-kawan, saudara-mara dan jugak bos yang sangat liat nak bayar hutang. Serius sangat hampeh. Masa nak meminjam ayat bukan main manis. Tapi bila nak bayar... Hampeh!

Paling tension bila beliau yang dihutangi sudah menunjukkan ura-ura hndak melarikan diri. SMS tak balas, call tak angkat. Ini memang bikin hati panas. Seriusly, bab duit ni memang sangat sensitif, dan boleh buat saudara mara, even adik beradik sekalipun bermasam muka selama puluh-puluh tahun.

Mungkin idea bangang aku ni dapat bantu kamu dan kamu semua mintak hutang dengan lebih mudah. Ini bukan stail along. Tak main la ugut-ugut.. :)

Dapatkan no awek beliau, pakwe, tunang, mak atau adik beradik beliau
Sebelum kamu semua bagi duit kepada si penghutang, sila dapatkan nombor orang-orang penting dalam hidup beliau. So, kalau kamu dan kamu semua terdesak sangat nak pakai duit dan si penghutang liat sangat nak bayar, laporkan saja kepada orang-orang yang terdekat berkenaan.

Perjanjian
Sebelum bagi duit kepada si penghutang, sila buat surat perjanjian hitam putih siap dengan saksi sekali. Lebih afdal kalau tok imam surau jadik saksi.

Tetapkan tempoh
Tetapkan tempoh kepada si penghutang untuk bayar hutang beliau. Contohnya sebulan ke, dua bulan ke, tiga bulan ke, 10 tahun ke..

Terus-terusan call dan sms
Kalau si penghutang sangat liat nak bayar, call secara berterusan selama 1000 kali sehari, dan hantar sms mintak hutang kira-kira 2000 sms. Lebih afdal tagged gambar beliau di Facebook dengan tagline "sila bayar hutang aku".

Persetankan segala alasan
Orang yang berhutang selalu sangat beri seribu satu alasan. Tengok keadaan, kadang-kadang segala alasan tue harus dipersetankan saja.

Mintak selagi boleh
Mintak je. Duit itu kan duit kamu. Jangans egan untuk mintak. Tapi jangan sampai gaduh pulak!

-habis-

Nota kaki:

Paling banyak berapa orang berhutang dengan kamu? Sila jawap di komen.

Harap-harap, sila jauhkan diri anda daripada Along.





Read Users' Comments (11)

11 Response to "CARA TERBAIK MINTAK HUTANG"

  1. +d.O.Y.A.h+ says:
    August 1, 2010 at 7:57 PM

    weh2.ex aku utang xbayo lagi.cmne nak mitak?die kate nak bayo.tapi tak jugak bayo2.haishh.ratus tu.arrr!kalo ko..ko halal ke? =p ngahahhaa

  2. Hapiz Rahman says:
    August 1, 2010 at 7:58 PM

    mana buleh halal. Mintak aja la. Itu sense of reponsibility wei..

  3. +d.O.Y.A.h+ says:
    August 1, 2010 at 7:59 PM

    cuma aku taktaw cara yg sbnarnya camanaaa..arrrr!!

  4. SiHatiMerah says:
    August 1, 2010 at 8:15 PM

    Terus-terusan call dan sms
    Kalau si penghutang sangat liat nak bayar, call secara berterusan selama 1000 kali sehari, dan hantar sms mintak hutang kira-kira 2000 sms. Lebih afdal tagged gambar beliau di Facebook dengan tagline "sila bayar hutang aku"
    hahaha..xbleh blah~tp cadangan yg bagus jgk..
    bekas tunang aku ada hutang x bayar2 lagi,dua bulan lepas selalu jgk aku tagih tp susah sgt nk bayar,alasan duit xcukup,buat belanja study lah blabla...
    last2 aku diam je lah,pernah jgk aku ugut dia nk bgtau keluarga dia tp kesian dan x sampai hati plak.
    ada lah 2-3 org yg berhutang duit x bayar lg,tp aku sabar je lah dulu,aku pun ada berhutang dgn org jadi aku faham=)

  5. cik panadol says:
    August 1, 2010 at 9:58 PM

    aku selalu bg org pinjam duit...tp tak pandai nk mintak...kalo kira2 mau beribu juga aku dah bg org pinjam, tp seko pon takde yang pulangkan balik....

    aku mls nk mintak2 ni...sbb bg aku kalo dah tau pinjam duit org, pandai2 la pulangkan....jgn la smpi di cop duit tu sbg duit haram...

  6. LiFe KaMi says:
    August 1, 2010 at 10:40 PM

    jangan bg pinjam jer bia le nak kate aper dr ckp pinjam tp tak byar pun..brapa ratus da lesap.. bila org kate nk pinjam kita kate dulu byk hutang nk byar,mesti dia segan juge..

  7. .:Azreen:. says:
    August 1, 2010 at 11:35 PM

    sampai sekarang aku segan gile nak mintak duet yang orang hutang aku. haish..

    susah betul~

    bukan apa takut dia kata ape plak nanti..

    =.=

  8. Ummi Hanie says:
    August 2, 2010 at 8:27 AM

    alhmdllh kami xterlibat dgn along..before,now n forever insyaAllah..kesian kat keluarga kan?
    pemberi loan kami ialah ayahanda tersyg sy sendiri...syukur...:)

  9. tia says:
    August 2, 2010 at 1:05 PM

    kenape ek ?
    bila orang pnjam duet or barang kte, bila kita nk dye bayar or bg blk, kte yg malu nk mntak,
    eventhough dorang yang patot malu sbb tanggoh2, ye dak ?

  10. makbed says:
    August 5, 2010 at 1:35 AM

    ada award utk awak...!

    http://blekros.blogspot.com/2010/08/award-dari-cik-yana.html

  11. miss lolly a.k.a luvfareda says:
    August 7, 2010 at 10:01 PM

    l0lly la manusia paling susah nak mintak hutang ngan orang. hohoho :(