Showing posts with label Keputusan SPM. Show all posts
Showing posts with label Keputusan SPM. Show all posts

JANGAN CEPAT MENILAI

Entri agak bersifat pelik. Sila baca dengan teliti.


Pernah tak kamu semua tengok seseorang, dan pandangan mata kamu semua macam agak sinis, dan mulut ala-ala mencebik? Mesti pernah kan?

Perempuan merokok
"Harap muka je lawa. Tapi isap rokok. Macam hampeh! Buruk sungguh"!

Perempuan seksi
"Ini mesti senang kena hangkut mat rempit nih!"

Lelaki selekeh
"Hadoooii.. Selekeh gila. Ada ke perempuan nak? Konfem miskin nih!"

Bangla busuk
"Busuk gila bangla nih! Harus tak mandi lapan hari nih!"

Macam-macam situasi lagi sebenarnya. Tapi cukup kalau aku bagi beberapa contoh saja.

Aku berkawan dengan pelbagai tahap manusia. Ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang kuat berhutang, ada yang hensem, ada yang muka pecah pecah rumah, dan macam-macam lagi. Berkawan dengan pelbagai jenis manusia banyak ajar aku supaya:

JANGAN CEPAT MENILAI!

Aku adalah jenis yang sangat cepat menilai. Contohnya macam ni:

Perempuan cun
"Alahai.. Cunnya beliau. Mesti sebelah mata pun beliau tak akan pandang aku.. :("

(Padahal aku tak tegur pun beliau lagi)

Contoh la kan.

Pernah satu ketika, aku jalan balik kerja dengan seorang senior aku. Seksi boleh tahan dan beliau merokok. Tapi beliau bawak satu beg kecil yang aku tengok terlipat di dalam adalah telekung sembahyang dan jugak sejadah kecil.

Aku jadik terkedu.

Banyak jugak aku kawan dengan manusia yang aku rasa sehabis baik (lelaki dan jugak perempuan), sembahyang tak tinggal semua, kira baik la selalu tegur aku yang hampeh nie. Tapi jalan dengan awek/pakwe siap pegang-pegang tangan dan jugak laga-laga pipi. Macam mana?

Banyak juga kawan aku yang muka pecah rumah, gila muka macam samseng kampung dusun. Tapi bila berhadapan dengan sesuatu situasi beliau cepat menangis.

Selalu jugak aku dalam bas, muka mamat indon pecah rumah, bengis, macam nak tetak orang dengan parang, tapi kemudian perempuan tua naik bas dan beliau cepat-cepat bangun dan bagi tempat duduk beliau. Ada dua tiga kerat juga jejaka Melayu terakhir bajet hensem dan best hanya buat bodoh(nasib baik aku suka duduk belakang. Jadi aku adalah berkecuali.. hahahah)

Sebab itulah, kita jangan terlalu cepat menilai. Sebab selalunya yang cepat ternilai itu barangkali mungkin adalah salah.

Tapi dalam sesuatu kondisi, kita jugak harus cepat menilai dan tidak boleh jadik lembab. Contoh:

"Seorang anak gadis sedang berjalan lenggang lenggok di jalan yang sunyi dan di hadapan beliau ada kelihatan seekor dua makhluk yang berupa agak celaka dan mencurigakan sedang menghampiri beliau".

Dalam kondisi macam ni, anak gadis tersebut harus pantas memikirkan untuk sama ada

a. Patah balik dan lari laju-laju
b. Keluarkan pistol daripada beg tangan
c. Keluarkan penyembur lada daripada beg tangan
d. Jerit kuat-kuat
e. Lari ke jalan besar atau ke tempat yang ramai orang
d. Ataupun terus jalan buat dek macam takdak apa-apa berlaku

Dalam kondisi macam ni, setiap langkah pencegahan adalah sangat kritikal dan menentukan sama ada:

a. Anak gadis itu dirogol atau tidak
b. Anak gadis itu dicabul atau tidak, atau
c. Anak gadis itu disamun atau tidak

Jadi, dalam sesetengah situasi, kita harus menilai dengan cepat juga dan untuk sesetengah situasi, penilaian kita adalah sangat ta perlu dan sedikit pun tak mendatangkan kesan.

Betul atau tidak?

Bersambung.......

Nota kaki:

Berlaku adil adalah meletakkan sesuatu betul pada tempatnya.

Jangan terlalu cepat menilai

dan Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa





Read Users' Comments (17)