JANGAN CEPAT MENILAI

Entri agak bersifat pelik. Sila baca dengan teliti.


Pernah tak kamu semua tengok seseorang, dan pandangan mata kamu semua macam agak sinis, dan mulut ala-ala mencebik? Mesti pernah kan?

Perempuan merokok
"Harap muka je lawa. Tapi isap rokok. Macam hampeh! Buruk sungguh"!

Perempuan seksi
"Ini mesti senang kena hangkut mat rempit nih!"

Lelaki selekeh
"Hadoooii.. Selekeh gila. Ada ke perempuan nak? Konfem miskin nih!"

Bangla busuk
"Busuk gila bangla nih! Harus tak mandi lapan hari nih!"

Macam-macam situasi lagi sebenarnya. Tapi cukup kalau aku bagi beberapa contoh saja.

Aku berkawan dengan pelbagai tahap manusia. Ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang kuat berhutang, ada yang hensem, ada yang muka pecah pecah rumah, dan macam-macam lagi. Berkawan dengan pelbagai jenis manusia banyak ajar aku supaya:

JANGAN CEPAT MENILAI!

Aku adalah jenis yang sangat cepat menilai. Contohnya macam ni:

Perempuan cun
"Alahai.. Cunnya beliau. Mesti sebelah mata pun beliau tak akan pandang aku.. :("

(Padahal aku tak tegur pun beliau lagi)

Contoh la kan.

Pernah satu ketika, aku jalan balik kerja dengan seorang senior aku. Seksi boleh tahan dan beliau merokok. Tapi beliau bawak satu beg kecil yang aku tengok terlipat di dalam adalah telekung sembahyang dan jugak sejadah kecil.

Aku jadik terkedu.

Banyak jugak aku kawan dengan manusia yang aku rasa sehabis baik (lelaki dan jugak perempuan), sembahyang tak tinggal semua, kira baik la selalu tegur aku yang hampeh nie. Tapi jalan dengan awek/pakwe siap pegang-pegang tangan dan jugak laga-laga pipi. Macam mana?

Banyak juga kawan aku yang muka pecah rumah, gila muka macam samseng kampung dusun. Tapi bila berhadapan dengan sesuatu situasi beliau cepat menangis.

Selalu jugak aku dalam bas, muka mamat indon pecah rumah, bengis, macam nak tetak orang dengan parang, tapi kemudian perempuan tua naik bas dan beliau cepat-cepat bangun dan bagi tempat duduk beliau. Ada dua tiga kerat juga jejaka Melayu terakhir bajet hensem dan best hanya buat bodoh(nasib baik aku suka duduk belakang. Jadi aku adalah berkecuali.. hahahah)

Sebab itulah, kita jangan terlalu cepat menilai. Sebab selalunya yang cepat ternilai itu barangkali mungkin adalah salah.

Tapi dalam sesuatu kondisi, kita jugak harus cepat menilai dan tidak boleh jadik lembab. Contoh:

"Seorang anak gadis sedang berjalan lenggang lenggok di jalan yang sunyi dan di hadapan beliau ada kelihatan seekor dua makhluk yang berupa agak celaka dan mencurigakan sedang menghampiri beliau".

Dalam kondisi macam ni, anak gadis tersebut harus pantas memikirkan untuk sama ada

a. Patah balik dan lari laju-laju
b. Keluarkan pistol daripada beg tangan
c. Keluarkan penyembur lada daripada beg tangan
d. Jerit kuat-kuat
e. Lari ke jalan besar atau ke tempat yang ramai orang
d. Ataupun terus jalan buat dek macam takdak apa-apa berlaku

Dalam kondisi macam ni, setiap langkah pencegahan adalah sangat kritikal dan menentukan sama ada:

a. Anak gadis itu dirogol atau tidak
b. Anak gadis itu dicabul atau tidak, atau
c. Anak gadis itu disamun atau tidak

Jadi, dalam sesetengah situasi, kita harus menilai dengan cepat juga dan untuk sesetengah situasi, penilaian kita adalah sangat ta perlu dan sedikit pun tak mendatangkan kesan.

Betul atau tidak?

Bersambung.......

Nota kaki:

Berlaku adil adalah meletakkan sesuatu betul pada tempatnya.

Jangan terlalu cepat menilai

dan Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa





Read Users' Comments (17)

17 Response to "JANGAN CEPAT MENILAI"

  1. IERA HAJERAH AZMAN says:
    August 14, 2010 at 12:22 AM

    aku slalu bagi tahu diri sendiri, ambil baik org tu, jangan takat nak dassss kan buruk die semata sebab manusia sifat die x sempurna.

  2. SiHatiMerah says:
    August 14, 2010 at 12:47 AM

    betul3...
    bersangka baik lah..jgn cepat sgt menilai org lain,kalau kita belum mengenali org tu lg=)

  3. jann sinuja says:
    August 14, 2010 at 1:42 AM

    so don't judge a book by its cover la kan :) nobody perfect..

  4. yayahidayah says:
    August 14, 2010 at 1:46 AM

    xsemestinya yg cantik itu lawa...dan yg buruk itu hodoh!

  5. Hapiz Rahman says:
    August 14, 2010 at 2:02 AM

    iera: biasalah manusia. bila buat baik mana ada orang nak pandang. buat buruk? cepat je.. tambah2 skang dah ada facebook. haha

    sihati merah: tau xpa. (apa kabar mu di sana?)

    jann: betul!!!

    yayahidayah: tapi kalau muka buruk plus hodoh plak perangai memang orang cakap pakej la. haha

  6. SiHatiMerah says:
    August 14, 2010 at 2:29 AM

    Khbar baik saja bah,haha..
    Wuit,lawa x template bru aku?kehkeh..
    Bru2 nie aku da hampir putus asa utk berbelog,susah xda lappy nie T_T

  7. LiFe KaMi says:
    August 14, 2010 at 3:01 AM

    betul tu yang paling klakar muka bukan main ganas tapi tgk citer hindustan siap menangis lg..hehe.. yg penting menilai org melalui hati mereka bukan luaran.

  8. *cik azeya* says:
    August 14, 2010 at 7:45 AM

    bekesan di hati kot.. huu.. :)

  9. Lindonut says:
    August 14, 2010 at 11:42 AM

    btul2. tp kdg tuh first impression mmg akan dtg on its own kn. tp pastu pttnye ignore je la impression tu.

  10. cik shabah says:
    August 14, 2010 at 2:22 PM

    cik shabah pun sama,cpt sgt menilai seseorg tu...org laen pun cpt sgt menilai cik shabah.he3 =)

  11. DgurLinReD says:
    August 14, 2010 at 9:43 PM

    betull..betull.betul.. don't judge a book by it cover!!tak kenal ka tak cinta!

    feel free to drp mine:

    http://aszdgurlinred.blogspot.com

  12. Cik Bucken says:
    August 15, 2010 at 9:53 AM

    aku pn sgt cpt mnilai org doww..hehe.xbaek btol prangai tu..-_-"

  13. nuRuL aZieRa says:
    August 15, 2010 at 11:48 PM

    award unt kamo0...take a look k....=)

  14. Namia Cinta says:
    August 16, 2010 at 2:10 AM

    mihahahhaha cerita yang menarik

  15. Hapiz Rahman says:
    August 16, 2010 at 2:10 AM

    sihatimerah: lawa.. berapa banyak kali tukar da.. :) good luck tempat keja baru

    life kami: tau xpa. haha

    cik azeya: berkesan kat buah pinggang. :P

    lindonut: normal la tue. kalau takdak maknanya tak normal. hahah

    cik shabah: ye ke? wei the sabah sedap x? haha

    dgurlinred: alah,, tak kenal pun cinta gak. haha.. contoh macam aku jatuh cinta kat nora nadish. hahah just kidding

    cikbucken: ye ke? tapi itu normal

    nurukl aziera: ok akan dicheck.. :)

  16. Hapiz Rahman says:
    August 16, 2010 at 2:15 AM

    namia: tQ

  17. sulaiman says:
    August 16, 2010 at 2:44 AM

    first impression xsmesti nye btol...kenali diri sendiri terlebih dulu sblm kenali org len...setiap manusia ad personality tersendiri...so, better not judge a book by it cover...a good product usually come with a small package...hehehe