Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

ADAKAH ANDA PEMANDU YANG BERHEMAH?


Entri ini agak kasar dan 18 PL. Hanya untuk bacaan 18 tahun ke atas.

Aku sudah hidup lebih kurang 24 tahun di atas muka bumi Allah ini dan selepas aku hidup lebih kurang jangka hayat dua dekad setengah ni, baru sekarang aku terhegeh-hegeh belajar memandu a.k.a ambil lesen kereta. Tadi petang adalah kelas terakhir sebelum aku ambik test JPJ.

Secara peribadi, aku merasakan bahawa waktu pembelajaran kelas teori dan praktikal sebenarnya tak cukup. Kalau dalam kelas teori, beberapa jam pertama dihabiskan dengan tidur, dan beberapa jam selepas tue dihabiskan pulak dengan mengelamun (ini aku, bukan orang lain).

Bila penceramah tunjuk gambar-gambar ngeri eksiden, ok memang ada kesedaran. Tapi setakat cuma dua minit dan selepas tue tahap kesedaran tue akan hanyut macam dilambung ombak.

Belajar teori pun bagi aku semata-mata nak cukupkan syarat, dan lulus ujian berkomputer. Tapi sekurang-kurangnya, dengan adanya ujian berkomputer tue, maka aku dan kamu-kamu sekalian akan alert dengan simbol dan tanda-tanda seperti: (Gambar ihsan Google.com)




Aku sebenarnya tak layak untuk bebel pasal hal ini, tapi kan aku nak bebel juga.. haha.

Sebenarnya kan, buatlah apa kejadah kempen, iklan kat TV macam iklan MYEG yang hampeh tue (maaf aku sangat tak suka iklan MYEG Astro yang ada nyanyi-nyanyi dan menari tue), OPS Sikap sampai 1000 kali ke, kalau mentaliti kita sebagai pemandu masih ditahap ketiga, memang tak akan berhasil (kita itu adalah termasuk aku).

Contoh paling mudah:

Mat rempit dengan rempitnya
No komen!

Modified kereta
Hambek ko modified! Kereta Proton Saga tahun1986 pun nak modified. Haa, letak tenjin turbo! Kasi laju! Malam minggu buat jalan macam mak bapak kita punya, drift sana, drift sini sampailah masuk longkang

Rasuah Polis bila eksiden
Serius ini bukan main-main. Eksiden, rasuah polis supaya kes cepat selesai. Perkara ini adalah berlaku dengan jayanya!

Bawak kereta laju-laju
Pelik dowh aku dengan orang yang bawak kereta laju-laju. Adakah anda dan anda dan anda yang membawa kereta dengan laju tidak memikirkan akan masa depan diri, keluarga, serta anak-anak?

Aku betul
"Mentaliti aku tak salah", "Siapa salah", "Perempuan bawak kereta lembab" memang jadik bangkai dan buatkan negara kita terus menghuni antara tempat teratas kadar kemalangan maut paling tinggi di dunia. Daripada mempunyai mentaliti semacam itu, adalah lebih baik kalau kita mempunyai mentaliti seperti "Adakah aku yang salah", "Adakah aku memandu secara merbahaya", dan "Adakah aku cuai".

Aku bayar cukai, lantaklah aku nak bawak kereta laju!
Orang macam ni memang elok humban dalam Sungai Klang!

Ramai yang cakap rakyat Malaysia sangat berbudi bahasa, tapi cuma ada satu tempat saja yang di mana rakyat Malaysia akan begitu cepat berubah perwatakannya: DI JALANRAYA!

Sebab apa ya? AKu jugak tak tahu sebab apa. Mungkin sebab masalah genetik atau kromosom tak betul.

Nota kaki:

1. Peringatan untuk diri sendiri saja

2. Aku fobia kalau berada dalam kerata yang dipandu laju. Serius! Sebab aku penah eksiden teruk dengan member aku dan sejak tue sangat takut kalau duduk dalam kereta yang dipandu laju.

3. Aku juga tak boleh tidur dalam kereta.

4. Maaf hari nie aku tak dapat publish Cinta Hati Kamu. Aku kesuntukan masa.

Kalau kita hati-hati bawak kereta atau apa sahaja kenderaan sekalipun, kalau orang lain perangai macam hampeh, bawak kereta macam jalan diorang punya, kemungkinan besar kita juga memang akan jadik mangsa.

Oleh itu, sila hati-hati dan kalau sanggup menunggu dan bersesak-sesak, sila naik pengangkutan awam. :)






Read Users' Comments (16)