ADAKAH ANDA PEMANDU YANG BERHEMAH?


Entri ini agak kasar dan 18 PL. Hanya untuk bacaan 18 tahun ke atas.

Aku sudah hidup lebih kurang 24 tahun di atas muka bumi Allah ini dan selepas aku hidup lebih kurang jangka hayat dua dekad setengah ni, baru sekarang aku terhegeh-hegeh belajar memandu a.k.a ambil lesen kereta. Tadi petang adalah kelas terakhir sebelum aku ambik test JPJ.

Secara peribadi, aku merasakan bahawa waktu pembelajaran kelas teori dan praktikal sebenarnya tak cukup. Kalau dalam kelas teori, beberapa jam pertama dihabiskan dengan tidur, dan beberapa jam selepas tue dihabiskan pulak dengan mengelamun (ini aku, bukan orang lain).

Bila penceramah tunjuk gambar-gambar ngeri eksiden, ok memang ada kesedaran. Tapi setakat cuma dua minit dan selepas tue tahap kesedaran tue akan hanyut macam dilambung ombak.

Belajar teori pun bagi aku semata-mata nak cukupkan syarat, dan lulus ujian berkomputer. Tapi sekurang-kurangnya, dengan adanya ujian berkomputer tue, maka aku dan kamu-kamu sekalian akan alert dengan simbol dan tanda-tanda seperti: (Gambar ihsan Google.com)




Aku sebenarnya tak layak untuk bebel pasal hal ini, tapi kan aku nak bebel juga.. haha.

Sebenarnya kan, buatlah apa kejadah kempen, iklan kat TV macam iklan MYEG yang hampeh tue (maaf aku sangat tak suka iklan MYEG Astro yang ada nyanyi-nyanyi dan menari tue), OPS Sikap sampai 1000 kali ke, kalau mentaliti kita sebagai pemandu masih ditahap ketiga, memang tak akan berhasil (kita itu adalah termasuk aku).

Contoh paling mudah:

Mat rempit dengan rempitnya
No komen!

Modified kereta
Hambek ko modified! Kereta Proton Saga tahun1986 pun nak modified. Haa, letak tenjin turbo! Kasi laju! Malam minggu buat jalan macam mak bapak kita punya, drift sana, drift sini sampailah masuk longkang

Rasuah Polis bila eksiden
Serius ini bukan main-main. Eksiden, rasuah polis supaya kes cepat selesai. Perkara ini adalah berlaku dengan jayanya!

Bawak kereta laju-laju
Pelik dowh aku dengan orang yang bawak kereta laju-laju. Adakah anda dan anda dan anda yang membawa kereta dengan laju tidak memikirkan akan masa depan diri, keluarga, serta anak-anak?

Aku betul
"Mentaliti aku tak salah", "Siapa salah", "Perempuan bawak kereta lembab" memang jadik bangkai dan buatkan negara kita terus menghuni antara tempat teratas kadar kemalangan maut paling tinggi di dunia. Daripada mempunyai mentaliti semacam itu, adalah lebih baik kalau kita mempunyai mentaliti seperti "Adakah aku yang salah", "Adakah aku memandu secara merbahaya", dan "Adakah aku cuai".

Aku bayar cukai, lantaklah aku nak bawak kereta laju!
Orang macam ni memang elok humban dalam Sungai Klang!

Ramai yang cakap rakyat Malaysia sangat berbudi bahasa, tapi cuma ada satu tempat saja yang di mana rakyat Malaysia akan begitu cepat berubah perwatakannya: DI JALANRAYA!

Sebab apa ya? AKu jugak tak tahu sebab apa. Mungkin sebab masalah genetik atau kromosom tak betul.

Nota kaki:

1. Peringatan untuk diri sendiri saja

2. Aku fobia kalau berada dalam kerata yang dipandu laju. Serius! Sebab aku penah eksiden teruk dengan member aku dan sejak tue sangat takut kalau duduk dalam kereta yang dipandu laju.

3. Aku juga tak boleh tidur dalam kereta.

4. Maaf hari nie aku tak dapat publish Cinta Hati Kamu. Aku kesuntukan masa.

Kalau kita hati-hati bawak kereta atau apa sahaja kenderaan sekalipun, kalau orang lain perangai macam hampeh, bawak kereta macam jalan diorang punya, kemungkinan besar kita juga memang akan jadik mangsa.

Oleh itu, sila hati-hati dan kalau sanggup menunggu dan bersesak-sesak, sila naik pengangkutan awam. :)






Read Users' Comments (16)

16 Response to "ADAKAH ANDA PEMANDU YANG BERHEMAH?"

  1. Anonymous Says:
    July 4, 2010 at 11:50 PM

    public transport is the way to go. in KL at least.

  2. Pinky Pixie says:
    July 5, 2010 at 12:54 AM

    betul2.. sayangi diri anda dan keluarga.. hehe

  3. Roxy zai says:
    July 5, 2010 at 12:57 AM

    wuuu..dh biasa duk dlm kreta yg di bwak laju..tpi still ngeri!!=(

  4. IRAH HAJERAH AZMAN says:
    July 5, 2010 at 1:38 AM

    malaysian bersopan memandu time nak amek ujian JPJ.percaya la sebab aku pon macam tuh T_______________T

  5. doyah says:
    July 5, 2010 at 2:48 AM

    tak suka kereta rapat ngn kereta dpn.aku geli2.agagga

  6. semut lelabah says:
    July 5, 2010 at 3:04 AM

    j.love: yerp. tapi kalau sanggup bersesak-sesak dengan bangla, nepal, indon.. sangat sesak terutama waktu puncak.

    pinxie: ingat orang tersayang.. wah? :P

    Roxy zai: aku biasa.. dan memang sangat ngeri. Aku tak tau sampai bila la perasaan tue nak ada dalam diri aku..

    iera: heheh.. tepat sekali!

    doyah: hahah.. elehh, kalo pakwe hensem punya kereta rapat ko suke kan doyah? :P

  7. Nur Suaidah Bachok says:
    July 5, 2010 at 3:06 AM

    ah polis malaysia. hahaha. tak masal aku nk salahkan polis. hehe :)

  8. semut lelabah says:
    July 5, 2010 at 3:40 AM

    cik su'aidah: tapi xley salahkan polis juge. kalo xde polis, hura-hara juge negara nie!

  9. dgurlinred says:
    July 5, 2010 at 12:40 PM

    <--- pemandu berhemah :D

  10. yayahidayah says:
    July 5, 2010 at 5:45 PM

    berhati2 lah di jalan raya!

  11. semut lelabah says:
    July 5, 2010 at 9:05 PM

    drill red: ye ke? :P

    yayahidayah: yeah! :)

  12. hcvvorld of Travels, Lifestyle and Photography says:
    July 5, 2010 at 9:12 PM

    memang pun mentaliti pemandu malaysia nih teruk..dahlah nak rasuah lagi..lagi2 myeg iklan kat astro..teruk la..ada ke buat tari menari..sebelum tuh satu orang perempuan masuk ambil lesen..ada ke masuk akal nak promote myeg tuh..

  13. semut lelabah says:
    July 5, 2010 at 9:45 PM

    of travel: tau xpe. aku pun tak tahu kenapa lah singkat akal benar buat iklan myeg tue ada perempuan nyanyi2, pastue menari. Singkat benar akal sapa yang buat iklan tue, then yang approve iklan tue. Mesej tak sampai kot.

    aku harap aku tak akan tergolong dalam kategori pemandu yang mempunyai mentaliti yang teruk..

  14. Ken Wooi says:
    July 6, 2010 at 1:24 AM

    there are many types of drivers out there.. =/

  15. LiFe KaMi says:
    July 6, 2010 at 2:51 PM

    rasa nyer bawa keta tak jarang nk tgk sign board..hehe

  16. semut lelabah says:
    July 7, 2010 at 10:36 PM

    of travel: aku pun hangen dengan iklan myEG tue. tak sampai langsung mesej..

    kenwooi: agreed! so what type of driver are u?

    life kami: akak memang.. haha