Showing posts with label Merepek. Show all posts
Showing posts with label Merepek. Show all posts

TIADA TAJUK

Seminggu aku tak update blog. Mood nak update ada. Tapi malas menjadi-menjadi. Tiba-tiba bukak tadi, sesuatu tak kena terjadi kepada template blog aku. Tak sempat aku nak print screen. Dan aku dengan senang hati dan tiada rasa bersalah menukar template baru. Haha..

Cool tak? (Sila jangan menyampah sebab aku sedang cuba untuk membangga diri)

Aku rasa mungkin blog ni merajuk dengan aku sebab lama sangat tak bukak beliau.

Kesian beliau...

Hati riang

Sekarang hati bunga-bunga riang. Sebab apa? Nanti aku cerita bila aku rasa nak cerita.

Selamat berpuasa dan jangan..

Hari ini telah puasa. Kepada semua, sila jangan gatal tangan seluk seluar masa tidur atau kalau bosan. Nanti tak pepasal puasa batal.

Rindu

Serius sangat rindu nak bukak puasa kat rumah. Rindu oo air tangan dan jugak kaki mak aku. Beliau masak memang sedap. Kalau aku balik memang selalu aku order je. Mesti dapat. Haha..

Rindu jugak kat anak sedara aku yang sorang tue. Serius rindu beliau!

Cuti Raya

Raya tahun ni aku cuti dua hari saja. Malam raya balik kampung dan mungkin pertama kali dalam sejarah aku akan drive balik raya. Agaknya cool tak?

Suka

Serius aku sekarang sangat suka dengan kerja aku. Enjoy gila walaupun masa memang sangat terhad. Bayangkan masa aku di dalam bas untuk perjalanan pergi balik saja dah dekat 4 jam. Kerja 9 jam.

Jatuh Cinta

Serius sekarang telah jatuh cinta jugak kepada seseorang.. Hahah

dan.....

Selamat Berpuasa


Nota kaki:

Mengidam nasi kerabu dengan daging bakar. Tapi tadi abis plak.. Esok kena pergi lagi awal lah.

Tak sabar untuk itu... :)









Read Users' Comments (10)

Merepek Meraban: Loghat Orang Batu Kurau, Perak!


Tengah carik idea untuk hupdate blog sambil tunggu macth World Cup, tetiba terfikir entri nie.. Hahah..

Aku orang kampung.. Tak malu aku katakan yang aku memang asal dari kampung. Kampung aku nun di Batu Kurau Kurau, Perak.

Sebut pasal Batu Kurau, paling popular adalah buah durian. Seriusly aku cakap, buah durian Batu Kurau memang yang terbaek sekali.

Satu lagi yang best pasal Batu Kurau, loghat bahasa yang besh dan unik. Kalau sekali dengar, ala-ala macam cakap Kelantan, tapi bukan. Kalau ikut peribadi, bagi aku loghat bahasa batu Kurau ada sikit kait mengait dengan loghat orang Pattani. Ni cuma pendapat peribadi aku saja.

Contoh dari Facebook member yang jadik bahan.. Sori. Hahaha... (gelak setan)


Sambungan...

Aku x tau nak komen apa.. hahah

Ni aku nak offer korang semua (kecuali orang Batu Kurau), sapa yang dapat translate loghat ni kepada Bahasa Melayu Baku, boley claim kat aku untuk belanja makan hujung bulan bila gaji masuk. Hahaha.. Serius ni!



Read Users' Comments (12)