HARGA MINYAK DAN GULA NAIK? ADA HATI NAK BISING?
Ini adalah pandangan peribadi dan tidak langsung melibatkan mana-mana pihak. Harap maklum.
Harga minyak naik lagi. Bukan minyak urut atau minyak masak tapi diesel dan jugak petrol. Aku bukanlah orangnya untuk borak pasal hal macam ni. Cuma terfikir, wajarkah kita bising jika?
Satu rumah tiga kereta
Jangan bising sekiranya anda sekeluarga ada tiga biji kereta di rumah. Cuba fikir itu satu keperluan atau apa? Anak remaja dibekalkan kereta buat apa?
Student = Kereta
Aku tak nampak apa keperluan seorang student untuk berkereta. Untuk berlagak? Untuk mudah bawak makwe? Untuk mudah romen-romen? Motorsikal ya perlu bagi lelaki. Perempuan rasanya lebih baik naik bas ramai-ramai kot. Aku respek dengan perempuan yang sanggup susah payah jalan kaki, naik bas masa zaman belajar. Sebab tue perempuan ni bijak-bijak.
Traffic jam = Cool je
Jangan bising-bising minyak naik kalau korang sanggup duk melepak dalam kereta masa traffik jammed. Dah tau jammed, jangan bawak kereta. Dah tahu jammed jangan la satu kereta satu orang. Boleh kot kongsi kereta.
Masa Raya Semua Galak Nak Berkereta
Kemalangan jalan raya meningkat masa musim perayaan. Kenapa? Sebab bertambahnya bilangan kenderaan di jalan-jalan raya. Jadik raya tahun ni ramai-ramai balik kampung naik keretapi, bas ekspress (kecuali yang berkeluarga).
Galak Modified Kereta
Jangan bising harga minyak naik kalau kamu dan kamu semua cukup suka modified kereta. Kereta standard je modified bukan main. Buat bising saja. Modifikasi berlebihan kereta tentu-tentu buatkan kereta kamu dan kamu semua kuat makan minyak. Kecuali kalau modified enjin untuk tukar pakai enjin yang guna NGV. Hahaha..
Bawak Kereta Macam ****
Jangan sekali-kali bising harga minyak naik kalau kita bawak kereta macam ****. Tekan minyak selagi boleh. Macam jalan raya bapak kamu punya. Tentu-tentu kereta akan makan minyak banyak kalau kamu dan kamu dan aku tekan minyak macam ****. Reti?
Income Tiap Bulan Juta-juta
Jangan bising harga minyak naik kalau income kamu adalah juta-juta atau puluh ribu tiap-tiap bulan. Kamu sikit pun tidak terjejas.
Ketagih Gula
Jangan mengada nak bising harga gula naik kalau kita sendiri takdak usaha nak kurangkan pengambilan gula. Serius gula bukan keperluan. Pengambilan gula berlebihan sama macam ketagihan. Aku banyak buat artikel pasal gula masa kerja sebagai penulis di THE COOK. Pengambilan gula rakyat Malaysia adalah sangat tinggi!
Bagi aku, kategori-kategori manusia di atas tidak ada hak untuk bising kalau harga minyak naik. Yang wajib bersuara adalah mereka-mereka yang hidup secara sederhana, anak ramai dan sangat terkesan jika sikit pun harga barang-barang naik.
Lepas ni tentu-tentu harga barang lain akan naik jugak. Itu aku sangat tidak suka! Hampeh!
Nota Kaki:
Padan muka aku sebab hujung bulan ni rancang nak angkat kereta. Hahaha

