HARGA MINYAK DAN GULA NAIK? ADA HATI NAK BISING?

Ini adalah pandangan peribadi dan tidak langsung melibatkan mana-mana pihak. Harap maklum.

Harga minyak naik lagi. Bukan minyak urut atau minyak masak tapi diesel dan jugak petrol. Aku bukanlah orangnya untuk borak pasal hal macam ni. Cuma terfikir, wajarkah kita bising jika?

Satu rumah tiga kereta
Jangan bising sekiranya anda sekeluarga ada tiga biji kereta di rumah. Cuba fikir itu satu keperluan atau apa? Anak remaja dibekalkan kereta buat apa?

Student = Kereta
Aku tak nampak apa keperluan seorang student untuk berkereta. Untuk berlagak? Untuk mudah bawak makwe? Untuk mudah romen-romen? Motorsikal ya perlu bagi lelaki. Perempuan rasanya lebih baik naik bas ramai-ramai kot. Aku respek dengan perempuan yang sanggup susah payah jalan kaki, naik bas masa zaman belajar. Sebab tue perempuan ni bijak-bijak.

Traffic jam = Cool je
Jangan bising-bising minyak naik kalau korang sanggup duk melepak dalam kereta masa traffik jammed. Dah tau jammed, jangan bawak kereta. Dah tahu jammed jangan la satu kereta satu orang. Boleh kot kongsi kereta.

Masa Raya Semua Galak Nak Berkereta
Kemalangan jalan raya meningkat masa musim perayaan. Kenapa? Sebab bertambahnya bilangan kenderaan di jalan-jalan raya. Jadik raya tahun ni ramai-ramai balik kampung naik keretapi, bas ekspress (kecuali yang berkeluarga).

Galak Modified Kereta
Jangan bising harga minyak naik kalau kamu dan kamu semua cukup suka modified kereta. Kereta standard je modified bukan main. Buat bising saja. Modifikasi berlebihan kereta tentu-tentu buatkan kereta kamu dan kamu semua kuat makan minyak. Kecuali kalau modified enjin untuk tukar pakai enjin yang guna NGV. Hahaha..

Bawak Kereta Macam ****
Jangan sekali-kali bising harga minyak naik kalau kita bawak kereta macam ****. Tekan minyak selagi boleh. Macam jalan raya bapak kamu punya. Tentu-tentu kereta akan makan minyak banyak kalau kamu dan kamu dan aku tekan minyak macam ****. Reti?

Income Tiap Bulan Juta-juta
Jangan bising harga minyak naik kalau income kamu adalah juta-juta atau puluh ribu tiap-tiap bulan. Kamu sikit pun tidak terjejas.

Ketagih Gula
Jangan mengada nak bising harga gula naik kalau kita sendiri takdak usaha nak kurangkan pengambilan gula. Serius gula bukan keperluan. Pengambilan gula berlebihan sama macam ketagihan. Aku banyak buat artikel pasal gula masa kerja sebagai penulis di THE COOK. Pengambilan gula rakyat Malaysia adalah sangat tinggi!

Bagi aku, kategori-kategori manusia di atas tidak ada hak untuk bising kalau harga minyak naik. Yang wajib bersuara adalah mereka-mereka yang hidup secara sederhana, anak ramai dan sangat terkesan jika sikit pun harga barang-barang naik.

Lepas ni tentu-tentu harga barang lain akan naik jugak. Itu aku sangat tidak suka! Hampeh!

Nota Kaki:

Padan muka aku sebab hujung bulan ni rancang nak angkat kereta. Hahaha






Read Users' Comments (15)

15 Response to "HARGA MINYAK DAN GULA NAIK? ADA HATI NAK BISING?"

  1. PEJUANG KESENIAN EXTREME says:
    July 19, 2010 at 10:47 PM

    Nak hidup lama kurangkanlah gula..haha

    Pesanan kepada Umat Islam

  2. Unknown says:
    July 19, 2010 at 10:47 PM

    artikel yg menarik..bnyk yg betul..dan kene ingat, bkn org yg berkereta shj akan kena effect kenaikan ini, tp sume rakyat marhein..sbb, kenaikan harga minyak akan mmbtkan harga barang lain akan meningkat..:)

  3. ayin~weeweet says:
    July 19, 2010 at 10:56 PM

    hah,betol.padan muka.padan muka saya sebab saya br je dump kancil dan angkat vios.menanges tak berlagu!

  4. namia cinta says:
    July 19, 2010 at 11:01 PM

    sebenarnya tak perlu bising bila harga minyak dan gula naik.. merugut macam mana pun kita tetap juga akan beli gula dan isi minyak kereta... Rasanya ak lh teruk sangat jika nak di bandingkan dengan negara lain yang harganya lagi mahal dari sini....

  5. LiFe KaMi says:
    July 19, 2010 at 11:06 PM

    kat umah mmg le kurang pakai gula.masalah nyer kt kedai mamak mana bole kurang gula kurang harga..harga mknan naik la bang..

  6. www.dunialandax.com says:
    July 19, 2010 at 11:21 PM

    haah,x payah bising kan bile HARGA barang naik,sume naik kan??

  7. _cik.laling_ says:
    July 19, 2010 at 11:58 PM

    huhuhhu....
    macm uitm kt segamat student yg dpt kolej x dibnrkn bawak kereta...dan yg luar dibekalkn bas...
    mudah dan sng..

  8. Ummi says:
    July 20, 2010 at 12:48 AM

    nampak cam marah je..tp nak beli keta satu lagi camna tu hapiz.....
    betul tu...ummi sedikit terasa lah ngan kenaikan minyak dan gula...gula naik camno tu ummi nak bikin kuih tiap2 ptg...minyak termasuk gas pun...ish seksa gak wooo...laki bukan gaji puluh ribu pun....

  9. semut lelabah says:
    July 20, 2010 at 1:32 AM

    pejuang: tau takpa..

    mr namiruz: domino effect..

    ayin: hhohoho.. dari kancil ke vios.. jauh tue

    namia: memang harga kat negara lain lagi mahal. tapi sila jangan bodoh compare dengan venezuela

    life kami: jangan la makan kat mamak.. :P

    enchix landhak: kena bising juga sebab kesian plak kat rakyat biasa yang kurang mampu

    teyha: lagi nak naik keta ke kalo camtue.. huhhu

    ummi: sabar kak. pasni kena kurang sikit la guna gula la..

  10. Nur Suaidah Bachok says:
    July 22, 2010 at 10:19 AM

    tak efek pape. sebab baba masih tanggung ku :D

  11. azimask says:
    July 22, 2010 at 3:26 PM

    wahh.. mau angkat keta.. ok la tuh... meh tomong mie ngan 8888

    // klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //

  12. Cik Bucken says:
    July 23, 2010 at 9:54 PM

    hoiiyyoo maun angkat kerete meh??
    kehkeh..weh..ko dpt award..sile ambik ye..aku heran, apsal ko x pakai chat lg dah?

  13. Anonymous Says:
    July 24, 2010 at 1:28 AM

    disebabkan ko cakap ko respek nganperempuan yang sanggup bersusah payah jalan kaki, naik bas masa zaman belajar, aku terus tak jadi nak beli motor..
    hahaha..

    jd kepada lelaki yang nak jadi bijak silala naik bas..

    haha >.<

  14. miss lolly a.k.a luvfareda says:
    July 24, 2010 at 3:29 PM

    sebenarnya naik harga ni ada kebaikan gak.


    jgn boros!

  15. semut lelabah says:
    July 25, 2010 at 4:15 AM

    cik bucken: heheh bukan apa. saja ja. macam semak je chatbox tue.

    azreen: sikit sangat kot lelalki yang nak naik bas. aku pun sama.. hahah

    Miss Lolly: tau xpa..