Showing posts with label Tidur. Show all posts
Showing posts with label Tidur. Show all posts

Apabila Tapak Kaki Berbicara- Alang-alang Tak Leh Tidur Jom Skodeng Anak Orang!


Jam sekarang tepat pukul 4.51 pagi, hari Isnin 7 Jun 2010..

Macam siut aku rasa sebab masih tak boleh tidur sampai sekarang padahal hari ni hari pertama aku kerja. Jom kongsi sebab kenapa mata tak boleh lelap (pendapat peribadi aku).

1. Minum minuman berkafein (Kopi, Cocoa, dsb)
Banyak kajian tunjukkan yang kafein menyebabkan seseorang tue rasa gampang dan aktif semacam. Sudahnya kalau amik terlebih sudah sebelum tidur maka kebarangkalian untuk tak dapu tidur adalah tinggi. Haha..
Gambar: sheknows.com

2. Tekanan
Tekanan boleh mempengaruhi mood, dan ini tidak membantu tubuh badan untuk relaks. Jadi, bila tubuh badan tak relaks sebelum tidur jadik mata susah nak lelap LOL!
Gambar: kosmo.com

3. Gangguan Perasaan
Pernah gaduh dengan awek, atau kemudian esok nak exam, dan kemudian apa pun sepatah haram tak baca lagi? Haa, ini salah sebab yang buatkan mata tak boleh pejam.
Gambar: www.koleksicinta.co.cc

4. Jiwang Tak Habis Cam Siut
Ni lagi bagus terjun lombong. Bergayut sampai telefon terbakar kat telinga lagi tak sedar, lagi mau bising cakap tak boleh tidur.

Gambar: www.abc.net.au
5. Ketagih Facebook, YM
Ni la satu menatang yang buat orang sekarang tak boleh tidur malam. Facebook, tak pun YM. Orang pegi berkebun waktu pagi, ni pegi berkebun tengah malam.

Gambar: www.flickr.com/photos/agrd_sn/34...3588346/
6. Mat Rempit Bising
Ni lagi satu lahabau kadang-kadang buat orang tak bole tidur. Memepak tak hengat-hengat. Yang bengang sambil memekak ada plak awek duk tenggek kat belakang. Ni kalau malam jumaat mat rempit buat bising, mau ada keluar muka depan Metro "Mat Rempit di Tetak Mati Katak". (Korang faham tak?)

Gambar:AFP

7. Tak ada dah..Itu saja...

Korang ingat, aku tak bley tidur, aku nak ajak korang pegi mengendap anak dara orang ke? Nak makan tapak kaki?

Salam dari tapak kaki aku..



Read Users' Comments (6)