Showing posts with label Tip Facebook. Show all posts
Showing posts with label Tip Facebook. Show all posts

TIP UNTUK WANITA: JAUHI LELAKI SEPERTI INI DI FACEBOOK!


Entri ini di tulis tepat jam 5.35 pagi, 28 Jun 2010, tatkala mata segar bugar macam haram walaupun esok kena pegi keja tepat jam 7.30 pagi. Sangat hampes!

Pagi atau malam tadi, masa tengok bola Argentina vs Mexico , aku ada chat dengan sorang bloggers. Sememangnya, setiap bloggers punyai cara dan kehidupan yang berbeza. Apa yang menjadikan kita (bloggers) sama adalah keinginan untuk berkongsi apa yang kita rasa melalui medium berbeza, iaitu penulisan.

Perbincangan kami hangat (tapi tak lah sampai cerita dalam kelambu.. hahaha) dan aku mengutarakan topik tentang jenis-jenis lelaki yang patut wanita jauhi di Facebook. Mengapa? Sebab aku merasakan wanita, anak gadis, anak dara, ibu tunggal, dan juga datin harus tahu tentang jenis-jenis lelaki yang harus mereka jauhi di Facebook. Sebabnya? Kerana Facebook sekarang telah menjadi satu fenomena ataupun boleh dikatakan sebagai satu cara hidup untuk kebanyakan masyarakat di seluruh dunia. Ibarat kata, macam makan nasi tiap-tiap hari!

Ramai orang bertemu jodoh melalui Facebook, ramai juga yang yang bercerai kerana Facebook, ramai juga yang bermusuh kerana Facebook, ramai juga yang ditipu dan dimalukan melalui Facebook.

Untuk entri kali ini, oleh kerana perbincangan aku dan juga rakan bloggerz tadi hanya merujuk kepada isu cerai-berai, clash, dan juga putus tunang, aku fokuskan isi kandungan entri ini kepada jenis-jenis lelaki yang harus kaum hawa jauhi supaya tidak menjadi spare tyre, bini kedua, skandal, atau seangkatan dengannya. Kredit juga entri ini kepada rakan bloggerz ini.

Perhatian: Tip-tip ini tidak boleh diaplikasikan kepada rakan lelaki yang anda kenali, ataupun saudara mara)

Facebook lelaki yang friend listnya adalah 80 peratus dan lebih adalah wanita
Kepada wanita, jika terjumpa friends request daripada lelaki seperti ini, adalah lebih baik anda jangan approve. Sebabnya, lelaki seperti ini adalah comfirm-comfirm pantang tengok perempuan cun, mesti dia add. Anda nilaikan sendiri.

Status: Married, In Relationship
Untuk tip ini, ia tidak dapat diaplikasikan kepada lelaki yang tidak mengaku dirinya sudah berpunya (tipu status daa).

Mengapa perlu dijauhi? Status seperti ini menunjukkan lelaki tersebut telah berpunya ataupun berkahwin. Buat apa nak kacau daun dan melayan lelaki yang dah berpunya. Bak kata pepatah "sudah terang lagi bersuluh". Nanti tak pasal-pasal kena serang. Ramai kan lagi still single. Contohnya aku -----> muka serius! (-:-).

Komen di gambar: Awak cantik lah, cutenyerrr..., Indahnya ciptaan Tuhan, dan seangkatan dengannya
Ini satu lagi. Wanita memang suka dipuji. Bila dipuji kembang semangkuk. Namun, tahukah anda wahai wanita, jika lelaki senang-senang sahaja memuji anda (walaupun baru beberapa kali komen di wall) maka dia senang-senang saja menghamburkan pujian itu kepada wanita lain? Pujian itu sekadar nak buat anda kembang semangkuk, dan rasa best. Maaf lelaki, pujian seperti itu seperti tiada nilai. Sila jangan buat (peringatan kepada diri sendiri).

Komen di wall anda bersayang-sayang
Kalau jumpa lelaki seperti ini, elok delete saja daripada friend list. Kata-kata sayang sekurang-kurangnya hanya layak untuk insan tersayang, maksud aku awek atau teman wanita (patutnya lebih layak kepada yang muhrim). Namun, sila abaikan jika rakan lelaki itu adalah seorang nyah ataupun lelaki lembut.

Kacau di chatbox
Serius aku juga pernah melakukan ini kepada seorang rakan facebook wanita yang tersangatlah cute. Tapi, kacau aku cuma sekadar say: Hi, Salam... Dan selalunya tidak berbalas dan aku akan stop sampai ke situ saja.

Seorang rakan aku juga pernah mengadu dia dimaki kerana tidak melayan chat seorang lelaki. Haha.. Boleh plak maki-maki. Lantaklah orang nak layan ke tak. Bengong!

Kalau dah tension sangat asyik kena kacau di chatbox, invisible saja. Kan senang?

Posting di wall anda jiwang-jiwang
Lelaki jiwang karat seperti ini eloklah dijauhi. Kalau dia boleh berjiwang karat dengan anda, dia juga boleh berjiwang karat dengan orang lain. Oleh itu, sila jauhi. (owh, aku juga jiwang karat kadang-kadang, oleh itu sila jauhi aku di Facebook).

Lelaki berumur dan kelihatan meragukan
Ok, tak dapat dinafikan seseorang itu mungkin membuka akaun Facebook kerana ingin mencari networking. Ok it just fine.

Tapi, sila berikan perhatian teliti sekiranya lelaki tersebut:
a. Seakan-akan mahu mengorat anda
b. Seakan-akan mahu mengorat anda
c. Seakan-akan mahu mengorat anda
d. Seakan-akan mahu mengorat anda

Maksud meragukan bagi statement di atas adalah seperti kelihatan beristeri.

Nasihat aku, sila jauhi lelaki berumur dan kelihatan seperti sudah beristeri. Ramai kot yang masih single dan muda-muda. Contohnya aku-----> muka serius! (-:-) sekali lagi.

-Habis-

Entri ini adalah pendapat peribadi aku hasil daripada perbincangan dan temuramah dengan rakan bloggerz tadi. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan marah.

Kepada lelaki, sila jangan tetak aku dengan parang.







Read Users' Comments (33)