Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

SEBAB LELAKI MENYAMPAH DENGAN WANITA

Entri ini adalah kesinambungan daripada entri lepas. Sila klik sini untuk entri: Sebab perempuan menyampah dengan lelaki. Kelik jangan tak kelik.

Aku lelaki. Dan sebagai lelaki, sungguh kadang-kadang rasa sangat annoy dengan sesetengah jenis wanita. Maaf, bukan nak berlagak baik, sebab aku bukan baik pun. Aku menulis berdasarkan pengalaman peribadi dan pemerhatian disekeliling. Itu saja. Rasa nak kongsi, aku kongsilah. Macam jugak entri lepas, aku bahagikan alasan-alasan sebab tajuk entri di atas kepada dua: sebab logik dan sebab tak logik.

SEBAB LOGIK

Mengada
Lelaki sangat tak suka dengan perempuan yang mengada-ngada melebih. Itu tak boleh, ini tak boleh. Merengek sana, merengek sini. Ok fine kalau pakwe beliau boleh tahan dan fine jugak kalau muka beliau cun tahap Nora Danish. Mengada tak sama dengan manja ya. Mengada lebih kepada sesuatu yang dibuat-buat. Manja pulak lebih kepada perangai semulajadi.

Mulut Puaka
Sungguh aku sebagai lelaki sangat annoy dengan perempuan yang mulut puaka tak ingat. Aku rasa lelaki lain pun macam tue jugak. Mulut puaka ni bukannya busuk bau mulut. Tapi mengumpat tak ingat. Mengumpat 24 jam. Mengumpat normal la kalau sikit-sikit. Biasa benda tue. Kalau lebih-lebih sampai dalam mimpi pun mengumpat, tak tau la nak kata apa.

Mulut puaka jugak adalah jenis perempuan yang mulut lancang tak ingat. Main lepas je cakap. Pedihnya tak ingat. Perli siap dengan jeling mata. Pergh, sangat makan dalam dan tak boleh blah.

Dengki
Dengki yang negatif. Dengki sebab pakwe member hensem, then usaha untuk rampas. Dengki sebab member dapat result ok dalam exam, then bakar nota member (hahah.. ada ke?). Dengki sebab member disukai ramai, then usaha untuk burukkan member kat belakang. Sangat annoy! Tambah-tambah kalau kantoi.

Malas
No komen.

Asyik Cerita Pasal Pakwe
Ni pun kadang-kadang aku pun selalu jugak terlepas. Manusia jugak kan. Tapi tidak sekarang sebab single. Haha..

Aku ada member macam ni sorang dulu. Gila rimas. Kalau borak je mesti cerita pasal pakwe beliau. Aku yang baik hati ni layan angguk je walaupun terpaksa berlakon suka dengar (selit-selit jugak cerita pasal aku. haha).

Kuat Maki
Salah sikit maki. Tak kena sikit maki. Kira perkataan-perkataan buruk tue jadik kebiasaan. Lelaki yang banyak cakap maki-maki pun sangat annoy (aku pun kadang-kadang banyak jugak termaki hamun.. Manusia kan?), inikan pulak wanita ayu bertudung penuh dengan tatasusila.

Tapi yang peliknya, aku tak rasa heran plak kalau sesetengah bloggerz perempuan yang kuat maki-maki. Entah. Complicated.

Bajet Best
Beliaulah yang paling xun, dialah yang paling menawan. Beliaulah yang paling vogue. Tak ada orang lain boleh lebih dari beliau. Sangat menyampah gila-gila.

Gedik
Ini satu lagi. Hadoooiiii!

SEBAB TAK LOGIK

Tak Cantik
Paras rupa bukan ukuran untuk menyampah kat seseorang.

Kuat Nangis
Lelaki tak menyampah kat seorang perempuan yang kuat nangis. Lemah lagi adalah. itu senjata. Anda wanita kena ingat.

Kuat MakanBold
Apa punya reason kod ni da?

Kuat Berak
Mana ada!!!! hahaha

Kuat Kentut
Tanya Doyah. Hahaha.. Tau sapa Doyah?

Kurang Pandai
Kurang pandai ni aku lebih fokus kepada istilah blur-blur. Comey apa!

Kuat Shopping
Ada lelaki yang menyampah. Ada yang tak. Depend. Kalau aku, tak suka ikot! Even mak aku or kaklong or kakngah aku ajak shopping pun aku malas.

Selekeh
Tak menyampah. Tapi tak berapa best. Sebab laki suka usha sesuatu yang best. Haha.. Kenyataan. Tapi kelakar jugak kalau sekali sekala tengok perempuan mata sembab, muka laju, baju tak iron, sebab bangun lambat dan tak sempat.

CUKUP MENGARUT!

Nota kaki:

Pandangan peribadi aku saja. Sila terima dengan hati terbuka. Maaf andai ada terkasar bahasa.

Apa yang korang semua menyampah dengan perempuan? Tak kisah la apa saja. Kongsi di komen!

Sama-sama cuba baiki diri yang tak sempurna..

























Read Users' Comments (25)

SILA JANGAN PERCAYA WANITA

Bagi yang blur-blur tentang apa yang aku cuba bebelkan ini, cuba klik sini untuk entri sebelumnya. Jika lepas aku cuba sampaikan mengapa lelaki tidak harus dipercayai, kali ini adalah yang sebaliknya iaitu:

Sila Jangan Percaya Wanita Laju-Laju

Bagi aku, wanita adalah makhluk Allah paling "indah". Tiada yang seindah wanita. Memang gila habis la kalau seorang lelaki itu memilih jalan kelam untuk bantai bontot kaum sejenis. Itu bukan naluri, itu adalah nafsu songsang yang ditunggang syaitan.

Tapi, wanita tidak harus dipercayai laju-laju oleh kerana beberapa sebab (cuba fokus kepada elemen cinta untuk lebih faham). Aku senaraikan sikit-sikit:

Salah guna "keindahan"
Tidak sedikit wanita menggunakan "keindahan" dirinya untuk berlaku tidak baik, bukan saja kepada lelaki, tapi juga kepada wanita. Contoh?

a. Kikis harta lelaki
b. Rampas suami orang

Betul ke tak?

Ayat Menggoda
Kalau lelaki ayat putar belit, wanita sangat ampuh dengan ayat menggoda. Wanita boleh bikin hati lelaki cair dengan hanya guna suara lunak, lemah lembut (sampai rasa kadang-kadang nak lekeh laju-laju). Contoh?

"Abangggggggg... Tolonglah beli Handbag Prada tue.. Lawa sangatttt.. Beli ye banggggg..." (sila guna nada paling mengada dan lemah lembut).

Mungkin Meninggalkan
Wanita akan carik lelaki yang terbaik dan sesuai dengan beliau. Tidak sedikit wanita yang bermain kayu tiga, empat atau lima semata-mata untuk carik yang terbaik. Banyak kawan-kawan wanita aku sendiri yang secara sengaja atau tak telah bermain kayu tiga semata-mata untuk carik yang terbaik. Dan ada seorang kawan secourse mate aku dulu (yang aku cuba tackle tak dapat-dapat.. haha) walau berlambak gila laki duk ayat dia, sikit pun dia tak goyang. Aku tanya sebab apa? Beliau selamba jawab: "Aku payah nak setia dan aku takut aku tak setia".

Jadi para lelaki termasuk aku, sila jadi yang terbaik.

Perempuan Adalah Materialistik
Jangan salah faham. Aku tidak katakan kepada semua. Segelintir saja. Ada wanita yang sangat-sangat memandang kebendaan. Nak yang ada kereta, nak yang mampu adakan itu dan ini. Bagi aku, memandang kebendaan tidak salah. Ye lah, tak kan nak makan pasir kot bila kahwin kan? Tapi jangan lebih-lebih sudah.

Perempuan Mulut Kadang-kadang....
Ada beberapa jenis wanita yang suka sangat menjaja cerita pasal keburukan orang lain. Lelaki pun ada. Tapi lelaki agak kurang sebab kami cool. Haha...

Jadi sila hati-hati bila wanita mula bercerita.

Pandai Sandiwara
Perempuan jugak terkenal dengan sandiwara. Terutama sandiwara air mata. Memang kebanyakkan lelaki sangat alah dengan air mata wanita, termasuklah aku. Jadi tak sedikit wanita gunakan kelebihan ni.

Tak tetap Pendirian
Bagi aku, ramai wanita yang agak tak tetap pendirian. Cepat goyang, Cepat nangis. Cepat jugak melenting. Tapi, ada jugak wanita yang sangat kukuh pendirian, dan sangat gagah. Contohnya macam ibu tunggal yang berjaya.

Wanita yang tak tetap pendirian biasanya sangat mudah dipermainkan. Sama jugalah dengan lelaki.

Nota kaki:

Tak semua wanita macam ni. Harap maklum.
Aku agak tak sihat. Maaf kalau tak faham kalau ayat tunggang langgang.

Wanita jangan banned blog aku. Haha..








Read Users' Comments (24)

Wanita Pilihan

Entri ini bersifat agak-agak jiwang. Oleh itu, cepat sediakan beg plastik sebelum anda muntah.. :P

Seingat aku, sepanjang aku aku hidup, aku tak pernah secara spesifik@terperinci menceritakan kepada sesiapa tentang bagaimana jenis wanita yang aku tunggu-tunggu dalam hidup aku. Mak aku pun tak penah aku cerita. Kalau general biasalah..

Tapi, oleh sebabnya aku berasa sangat tak sihat hari ni, angin kentut aku pun nampaknya tak stabil, dan mood mengada-mengada inginkan belaian kasih sayang naik memuncak.. Adakah normal? Haha..

Jesteru itu... (cheewaah macam bagi ucapan plak) aku teringin nak kongsi kepada anda, anda dan anda semua yang sama ada singgah disini secara sengaja, atau tak sengaja (carik laman web blue, sesat) bagaimana jenis perempuan yang aku carik-carik untuk dijadikan teman hidup.. (wei kenapa tetiba aku rasa loya nie). Ni pun aku rasa general guideline je (tapi agak lengkap).

(Mak, kalau baca blog nie, mak tolong carik untuk abang.. Hahah)

Baik macam malaikat?
Aku ni taklah baik. Tapi taklah jahat. Aku cuma mencarik beliau yang sederhana dalam segala segi.

Cantik macam bidadari?
Aku nie taklah hensem. Biasa-biasa saja. Jadik, tak pernah langsung mimpikan dapat beliau yang macam bidadari.

Lembut hati macam J.love? (Suka suki petik)
Aku nie jenis yang sangat keras hati, but certain part hati aku boleh jadik lembut macam bubur nasi. Aku harap beliau yang lembut hati akan dapat mencairkan hati aku yang keras nie.

Lembut tutur kata?
Tak kisah. Kalau lembut sangat risau plak aku nanti aku tak tahan nak kan beliau tiap-tiap malam. :P

Pakai tudung labuh?
Terus terang aku cakap, aku tak la kisah sama ada beliau bertudung, bertudung labuh, atau tidak bertudung. Tapi, kalau tudung labuh ok gak sebab cuma aku saja usha dia. She's mine!

Seksi macam Angelina Jolie?
Tidak sama sekali!

Saiz badan?
Aku ni kecik comel je orangnya. Harapnya beliau juga kecik comel. :P

Putih macam kapas?
Aku berkulit gelap. Jadik aku nak beliau agak cerah sikit kulitnya. Barulah tangerine!

Tinggi macam Kavita Kour?
Aku ni rendah je orangnya, jadi harapnya beliau taklah tinggi sangat. Haha..

Pandai masak?
Aku siyesly tak kisah sama ada beliau pandai masak atau tak. Tapi, yang pentingnya, beliau harus rajin ke dapur. Masak tak sedap pun takpe! Lagi satu, beliau juga mesti willing untuk masak sarapan dan boleh kejutkan aku bangun pagi dengan lembut.

Iron baju
Beliau mesti willing untuk ironkan baju aku sebab aku sangat malas nak iron baju. Kecuali kalau beliau tak sihat, aku akan ironkan baju sendiri. Ataupun ketika beliau mengandung dan dalam pantang. Beliau adalah raja dan boleh buli aku sesuka hati.

Bebel?
Harapnya, beliau bukan jenis yang kuat bebel. Pedih telinga woo..


Melengkapi aku dan beliau
Ni yang last. Aku tak harapkan yang pelik-pelik, tapi paling penting beliau mestilah melengkapi aku, dan aku melengkapi beliau?

-tamat-

Nota kaki:

Aku masih SINGLE, ada sesiapa sudi? :P

Entri ini buat anda yang baca loya dan rasa nak muntahkah? Hahahah..
















Read Users' Comments (18)

TIP UNTUK WANITA: JAUHI LELAKI SEPERTI INI DI FACEBOOK!


Entri ini di tulis tepat jam 5.35 pagi, 28 Jun 2010, tatkala mata segar bugar macam haram walaupun esok kena pegi keja tepat jam 7.30 pagi. Sangat hampes!

Pagi atau malam tadi, masa tengok bola Argentina vs Mexico , aku ada chat dengan sorang bloggers. Sememangnya, setiap bloggers punyai cara dan kehidupan yang berbeza. Apa yang menjadikan kita (bloggers) sama adalah keinginan untuk berkongsi apa yang kita rasa melalui medium berbeza, iaitu penulisan.

Perbincangan kami hangat (tapi tak lah sampai cerita dalam kelambu.. hahaha) dan aku mengutarakan topik tentang jenis-jenis lelaki yang patut wanita jauhi di Facebook. Mengapa? Sebab aku merasakan wanita, anak gadis, anak dara, ibu tunggal, dan juga datin harus tahu tentang jenis-jenis lelaki yang harus mereka jauhi di Facebook. Sebabnya? Kerana Facebook sekarang telah menjadi satu fenomena ataupun boleh dikatakan sebagai satu cara hidup untuk kebanyakan masyarakat di seluruh dunia. Ibarat kata, macam makan nasi tiap-tiap hari!

Ramai orang bertemu jodoh melalui Facebook, ramai juga yang yang bercerai kerana Facebook, ramai juga yang bermusuh kerana Facebook, ramai juga yang ditipu dan dimalukan melalui Facebook.

Untuk entri kali ini, oleh kerana perbincangan aku dan juga rakan bloggerz tadi hanya merujuk kepada isu cerai-berai, clash, dan juga putus tunang, aku fokuskan isi kandungan entri ini kepada jenis-jenis lelaki yang harus kaum hawa jauhi supaya tidak menjadi spare tyre, bini kedua, skandal, atau seangkatan dengannya. Kredit juga entri ini kepada rakan bloggerz ini.

Perhatian: Tip-tip ini tidak boleh diaplikasikan kepada rakan lelaki yang anda kenali, ataupun saudara mara)

Facebook lelaki yang friend listnya adalah 80 peratus dan lebih adalah wanita
Kepada wanita, jika terjumpa friends request daripada lelaki seperti ini, adalah lebih baik anda jangan approve. Sebabnya, lelaki seperti ini adalah comfirm-comfirm pantang tengok perempuan cun, mesti dia add. Anda nilaikan sendiri.

Status: Married, In Relationship
Untuk tip ini, ia tidak dapat diaplikasikan kepada lelaki yang tidak mengaku dirinya sudah berpunya (tipu status daa).

Mengapa perlu dijauhi? Status seperti ini menunjukkan lelaki tersebut telah berpunya ataupun berkahwin. Buat apa nak kacau daun dan melayan lelaki yang dah berpunya. Bak kata pepatah "sudah terang lagi bersuluh". Nanti tak pasal-pasal kena serang. Ramai kan lagi still single. Contohnya aku -----> muka serius! (-:-).

Komen di gambar: Awak cantik lah, cutenyerrr..., Indahnya ciptaan Tuhan, dan seangkatan dengannya
Ini satu lagi. Wanita memang suka dipuji. Bila dipuji kembang semangkuk. Namun, tahukah anda wahai wanita, jika lelaki senang-senang sahaja memuji anda (walaupun baru beberapa kali komen di wall) maka dia senang-senang saja menghamburkan pujian itu kepada wanita lain? Pujian itu sekadar nak buat anda kembang semangkuk, dan rasa best. Maaf lelaki, pujian seperti itu seperti tiada nilai. Sila jangan buat (peringatan kepada diri sendiri).

Komen di wall anda bersayang-sayang
Kalau jumpa lelaki seperti ini, elok delete saja daripada friend list. Kata-kata sayang sekurang-kurangnya hanya layak untuk insan tersayang, maksud aku awek atau teman wanita (patutnya lebih layak kepada yang muhrim). Namun, sila abaikan jika rakan lelaki itu adalah seorang nyah ataupun lelaki lembut.

Kacau di chatbox
Serius aku juga pernah melakukan ini kepada seorang rakan facebook wanita yang tersangatlah cute. Tapi, kacau aku cuma sekadar say: Hi, Salam... Dan selalunya tidak berbalas dan aku akan stop sampai ke situ saja.

Seorang rakan aku juga pernah mengadu dia dimaki kerana tidak melayan chat seorang lelaki. Haha.. Boleh plak maki-maki. Lantaklah orang nak layan ke tak. Bengong!

Kalau dah tension sangat asyik kena kacau di chatbox, invisible saja. Kan senang?

Posting di wall anda jiwang-jiwang
Lelaki jiwang karat seperti ini eloklah dijauhi. Kalau dia boleh berjiwang karat dengan anda, dia juga boleh berjiwang karat dengan orang lain. Oleh itu, sila jauhi. (owh, aku juga jiwang karat kadang-kadang, oleh itu sila jauhi aku di Facebook).

Lelaki berumur dan kelihatan meragukan
Ok, tak dapat dinafikan seseorang itu mungkin membuka akaun Facebook kerana ingin mencari networking. Ok it just fine.

Tapi, sila berikan perhatian teliti sekiranya lelaki tersebut:
a. Seakan-akan mahu mengorat anda
b. Seakan-akan mahu mengorat anda
c. Seakan-akan mahu mengorat anda
d. Seakan-akan mahu mengorat anda

Maksud meragukan bagi statement di atas adalah seperti kelihatan beristeri.

Nasihat aku, sila jauhi lelaki berumur dan kelihatan seperti sudah beristeri. Ramai kot yang masih single dan muda-muda. Contohnya aku-----> muka serius! (-:-) sekali lagi.

-Habis-

Entri ini adalah pendapat peribadi aku hasil daripada perbincangan dan temuramah dengan rakan bloggerz tadi. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan marah.

Kepada lelaki, sila jangan tetak aku dengan parang.







Read Users' Comments (33)