KALAU...

Kalau satu perkataan yang patut kita elak. Sebab?

Jarang berfikir

Orang yang gunakan perkataan kalau selalunya adalah orang yang jarang berfikir sebelum buat keputusan dan kemudian menyesal tak tentu hala kalau sesuatu jadik. Contoh:

-Lelaki: Kalaulah aku tak pancut dalam, mesti awek aku tak mengandung.. Silap betul!

-Perempuan: Kalaulah aku tak ikut pakwe aku balik rumah sewa dia sebelum balik raya hari tu, mesti dara aku masih ada

Tak hati-hati

Orang yang selalu menggunakan perkataan kalau jugak selalu adalah mereka yang tidak berhati-hati dan main hentam, kemudian menyesali takdir dan semacam tak percaya Qada' dan Qadar Ilahi. Contoh:

-Aku menyesal! Kalau aku tak bawa kereta laju-laju tempoh hari, mesti aku tak eksiden dan bini aku dan anak aku mungkin hidup lagi

Dalam hal di atas, sepatutnya si pelaku berhati-hati atau berusaha untuk elakkan kemalangan daripada berlaku (contoh bawak kereta perlahan-lahan, patuhi undang-undang).

Tapi, ajal maut itu adalah di tangan Allah. Itu adalah Qada' dan Qadar daripada Allah. Kita boleh mengelak, tapi jika berlaku juga itu memang ketentuan-Nya.

Kuat berangan

Orang yang selalu menggunakan perkataan kalau juga biasanya orang yang kuat berangan. Contoh:

-Kalaulah aku ni kaya....

-Kalaulah aku ni hensem...

-Kalaulah aku ni superhero...

-Kalaulah aku ni tak bodoh...

Pandang depan

Hidup kita kena terus pandang depan. Kalau sikit-sikit "kalaulah", kita macam patah balik menyesal tak sudah tentang apa yang dah jadik.

Lepas ni, mungkin kita boleh tukar perkataan "kalau" jadik macam:

Aku tak akan ulang lagi silap lepas

Aku mesti bertanggungjawab sebab mengandungkan awek aku

Aku mesti jadik kaya

Aku mesti mengorat dia

Kan nampak macam lebih positif? Hahah..


Nota kaki:

Aku pun selalu jugak guna perkataan "kalau". Peringatan kepada diri aku sebenarnya

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan jugak mangsa-mangsa yang terlibat..


Read Users' Comments (4)

4 Response to "KALAU..."

  1. cik shabah says:
    September 17, 2010 at 12:35 PM

    cik shabah suka betol part yang jarang berfikir tu!terbaekkk punya contoh!hehehehe =D

  2. Lizzie Yasmin says:
    September 20, 2010 at 2:23 PM

    memang betty tue bodoh, kne ayat sikit dah mula cair.. dia kne pikir panjang dlm hal nie, dan sekarang nie, menyesal pun tak guna... Just tumpu pada masa depan dia dah terabai..
    hope benda nie jd pengajaran pada saya dan orang lain jgk...

  3. Hapiz Rahman says:
    September 21, 2010 at 3:31 AM

    lizziw salah tempat komen,, :P

  4. M3r4k♥Put!h™ says:
    January 1, 2011 at 7:10 PM

    jom join contest ni http://www.warungchat.com/web_documents/konteslogowcfm.pdf ada hadiah misteri menanti anda semua!