SIAPA SALAH: LELAKI ITU @ PEREMPUAN ITU?

Maaf para wanita: Entri ini untuk menyedarkan anda..

Tadi, aku borak-borak dengan kawan lama kat Facebook.. Borak punya borak keluar satu strory yang aku rasa memang wajar kaum wanita jadikan pedoman.

Kawan aku berkongsi dengan aku pasal cerita beliau dengan rakan beliau yang sekarang sedang menjanda tak sudah. Ceritanya macam ni.. Aku namakan kawan kepada kawan aku yang bermasalah tersebut sebagai Betty (bukan Ugly Betty).

Betty ni seorang pelajar IPTA jurusan ********. Cantik, bergaya, manja, comel. Pendek kata semua yang best bagi kepada beliau.

Betty mula kenal dengan seorang lelaki agak-agak hampir separuh abad (rumah kata pergi, kubur kata mari-mari), aku namakan Ali, secara tak sengaja masa beliau dan ayah beliau nak beli kereta untuk kegunaan Betty ulang alik ke kelas. Konon jauh la kan (padahal naik bas pun boleh). Sejak dari mula pertemuan secara tak sengaja tue, Betty dan Ali mula rapat. Sebabnya, ayah Betty ni teman beliau sekali saja. Lepas tue semua hal pasal kereta tersebut Betty uruskan. Jadi, memang si Ali ni akan selalu contact Betty dan lama-lama makin rapat. Ditambah pulak si Ali ni bagi pulak pakej percuma, beli kereta percuma kelas memandu (macam cerita Impak Maksima) maka makin la rapat si Betty dengan Ali ni.

Ali memang terus terang katakan kepada Betty bahawa dia memang dah beristeri, anak dah nak masuk 5. Ali terus terang katakan kepada Betty dia tak bahagia dengan isteri beliau. Dan dalam hal ini, status Ali memang Betty tahu dari mula lagi.

Ayat punya ayat, lama-lama Betty ni cair dengan Ali. Maklumlah, Betty ni baru clash dengan pakwe beliau dan Ali macam isi kekosongan la kononnya. Sungguh, ayat lelaki separuh abad memang sangat power.

Tanpa fikir panjang, lepas kira-kira tiga bulan madu kasih, maka Ali dan Betty tekad kawin kat Siam. Yelah, comfirm-comfirm la kan keluarga Betty tak izinkan sebab Betty pun belajar lagi. Bini Ali pun memang tak kasi peluang punya. Maka mereka pun kawin di Siam. Gedebak gedebuk, perkahwinan tersebut entah mcam mana sah plak.

Lepas kahwin, si Ali sewakan satu rumah kepada Betty. Tak lama lepas tue, maka Betty pun mengandung. Ye lah kan, dah sedap-sedap buat mesti la mengandung. Pelajaran Betty entah ke mana hala.

Masuk bulan keempat Betty mengandung, Ali mula buat perangai. Telefon jarang. Datang lagi la jarang. Betty ajalah telefon. Mana taknya, Ali dah kantoi dengan bini pertama beliau sudah. Maka episod lepas tangan bermula (Ya lah kan. Madu yang dihajatkan dah dapat. Tunggu nak buang sepah sajalah). Cakap si Ali pun mula sudah tengking-tengking. Manja-manja hilang sudah.

Masuk bulan keenam Betty mengandung, Betty yang tinggal sorang-sorang jatuh masa mandi. Pendarahan sangat banyak dan dalam susah payah, Betty telefon Ali. Ali macam endah tak endah. Dalam susah payah, Betty berjaya jugak buka pintu rumah dan kebetulan jiran beliau (lelaki bujang) nampak. Maka lelaki tersebut la hantar Betty ke hospital. Si Ali masa sampai kat hospital bukan nak kesiankan Si Betty, dihamunkan pulak si Betty an Ali tuduh Betty main kayu tiga dengan lelaki tersebut dan masa tue Ali jugak tuduh Betty berzina dengan lelaki bujang tersebut. Lelaki bujang tersebut macam bengong tiba-tiba kena tuduh dan blah sebab tak mau cerita panjang.

Betty keguguran. Sepanjang Betty kat hospital, sekali pun Ali tak jenguk (lepas hari tue). Betty balik pun tak berjemput. Naik teksi je.

Sampai je Betty kat rumah, Ali tunggu. Tanpa fikir panjang, Ali ceraikan Betty masa tue jugak. Maka terpinga-pinga Betty tak tahu hala tuju.

Tebalkan muk, Betty balik juga rumah keluarga. Tapi keluarga macam endah tak endah sangat walaupun tak halau Betty. Yelah, keluarga masih makan hati sebab Betty kawin lari...

Macam tuelah nasib Betty. Nasib baik Betty kuat. Dan akhirnya sambung balik belaja kat kolej swasta.

.........................................................

Pendapat korang tentang cerita ni? Siapa salah sebenarnya?

Pendapat aku macam ni.

-Aku simpati dengan Betty, tapi dalam dalam hal ni, Betty tanggung akibat atas kebodohan beliau.

-Bagi aku, Betty sangat bodoh sebab dari mula lagi Ali dah terus terang bahawa beliau dah kawin.

-Betty patut tahu batas dan dalam hal ini, Betty endahkan batas tersebut.

-Jodoh memang Allah tentukan, tapi kita harus berusaha carik yang terbaik. Kalau penagih dadah yang di carik, maka anda akan dapat penagih dadah. Jika anda carik kasanova, maka anda akan dapat kasanova. Kalau anda carik laki orang, maka anda akan dapat laki orang.

-Keadaan ni samalah macam ajal. Ajal memang Allah tentukan. Tapi kita harus berusaha elakkan. Contohnya, kalau korang sengaja baring atas landasan KTM, maka jika KTM lalu 99.9999999999999999 peratus korang akan mati dan badan korang akan hancur atau sekurang-kurangnya putus dua dilanggar KTM.

-Macam tu jugaklah dengan cinta. Cinta harus ada batas dan akal yang Allah berikan harus kita gunakan sebaik-baiknya untuk menilai yang mana baik dan mana buruk.

-Buang jauh-jauh bidalan "buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan", sebab itu adalah mengarut. Walau apa pun, restu mak bapak kita sangat penting.

-Jangan menggatal dengan laki orang. Punyalah banyak jantan single, laki orang jugak nak dikebas. Bingung.

Tentang Ali

-Ali hanyalah seorang lelaki normal yang tahu ambil kesempatan yang terhidang.

-Lepas tanggungjawab itu perkara biasa dan perempuan memang selalu jadik mangsa.

-Ali tidak rugi apa-apa, beliau sudah dapat itu "Madu"



Read Users' Comments (10)

10 Response to "SIAPA SALAH: LELAKI ITU @ PEREMPUAN ITU?"

  1. LiFe KaMi says:
    September 20, 2010 at 3:13 AM

    citer ko memang selalu ade lawak jenaka ,hehe
    bg kami mak ayah Si betty yg salah sebab nampak sgt mereka tk mendidik betty dgn betul dr awal lg, betty yg telepas dr kawalan didikan agama yg ketat dr family dia tejerumus dlm godaan buaya tua..
    Nasi da jadi bubur, takpe betty masih laku lg..

  2. makbed says:
    September 20, 2010 at 4:04 AM

    bagi saya , betty la salah sebab dah ade akal pikiran takkan tak reti2 nak beza baik buruk. tapi kalau ckp awal-awak sure taknak dgr punya. biasalah, dia je yg betui. sebaiknya, biar rasa sniri penangan perbuatan sendiri, baru la tau sedap ka tak.

  3. AyuE SurihanyOt says:
    September 20, 2010 at 8:46 AM

    kesiannya...

    setiap manusia lakukan kesilapan...

  4. tiafazunia says:
    September 20, 2010 at 11:54 AM

    masing2 salah.
    yang betty da tau suami orang lagi nak tehegeh2, mate duitan la tuh! kne suappp je keje!
    ali plak da ade isteri nak menggatal lagi, tak reti nak betanggungjawab tp gyler nak poligami.

  5. Cik Bucken says:
    September 20, 2010 at 12:19 PM

    cinte tu konon2 bute la gamaknye...tp tolong la celik supaye tak merane..

  6. Teyha is daddy's girl says:
    September 20, 2010 at 6:49 PM

    betty x ptot mcm tu dan skrg dia sndri tggung atas kesilpn ne...tpi penglmn mngajar nyer so hope dia da sdr...
    kawan sy pon ad mcmni.....dan sy nshtkn pon x nk dgr..kte sy jelez....
    so skrg sy da pts kwn dgn dia... sebb dia rse sy mnggu hdp dia dan laki org tu

  7. Azuan says:
    September 20, 2010 at 10:29 PM

    yang penting amik pengajaran dan jdikan pedoman untuk masa depan lebih baik...huhuu

  8. Hapiz Rahman says:
    September 21, 2010 at 3:30 AM

    life kami: Lawak ke? hahah.. Aku serius ni..

    makbed: sian kat betty. huhu

    Ayue: Tau tak pa!!!

    tia: betull.. Tapi salah betty agak sedikit kurang cerdik..

    cik bucken: Cinta tak buta. Kita yang buta..

    Teyha: Kepada kawan ko, suh dia baca cerita nie.. Mau dia sedar. Seronok lama mana sangat la..

    Azuan: Betul tue wan..

  9. Hapiz Rahman says:
    September 21, 2010 at 3:33 AM

    Lizzie Yasmin said...
    memang betty tue bodoh, kne ayat sikit dah mula cair.. dia kne pikir panjang dlm hal nie, dan sekarang nie, menyesal pun tak guna... Just tumpu pada masa depan dia dah terabai..
    hope benda nie jd pengajaran pada saya dan orang lain jgk...

    -komen dari lizzie tapi kat entri lepas yang tajuknya "Kalau"

    lizzie: dan si betty memang dah pandang epan, walau agak lwat tapi tak la sangat..

  10. Sofia says:
    September 21, 2010 at 7:41 AM

    kesian pd betty yg mengimpikan kebahagian.. xsalah mencari kebahagian bg pendapat aku.. bermadu juge 1kebahagian.. tp, pelaksanaan bermadu yg dibuat sang suami betty itu yg xbetul.. byk aje kes diluar aku tgk (bukan artis ya) bahagia jika jalan pelaksanaan yg sang suami buat cukup adil , dan diketahui umum oleh madu2nya yg awal...

    tp, klu dalam cerita ini, dua2 pun salah... hamikk.. yelah, cinta tnpa restu parents, xberkat sehh... padahal klu amik restu leklok dr parents n madu, aku rasa mesti anak dah berderet2 walopun suami dah tua!! yg penting RESTU IBUBAPA