SUDAH JATUH CINTA SAMA BETTY

Jalan hidup aku ni nak kata senang tak la senang. Tapi nak kata susah, tak la susah sangat. Sedaang-sedang saja.

Tapi, apa yang pasti, selalunya apa yang aku rancang memang tak akan pernah jadik kenyataan.

Jangan rancang nak kawin tak jadik sudah. Hahah...

Lepas aku grade dari UiTM, agak tak lama aku kerja sebagai penulis di Majalah Masakan The Cook. Malas nak ungkit sebab kebanyakannya selama tujuh bulan aku kerja kat sana, seriusly memang...........................

Tanpa dirancang la kan, aku yang tengah desperate carik kerja dicampak ke Maxis sebagai Customer Care Consultant (yang agak berhemah). Seriusly, sepanjang aku hidup, tak pernah aku terfikir aku kerja kat sini. Sungguh tak tipu...!!!

Dan aku percaya, semua ni memang ada hikmah..

Bagi yang tak tahu, Customer Care Consultant di Maxis adalah merangkap mangkuk atau minah hayun yang hari-hari tadah telinga dengar customer membebel, mengadu, kena hamun, pujian, hargaan dan sebagainya. Tapi hanya melalui telefon saja. Interaksi 100 peratus adalah bergantung kepada kepandaian, kecekapan serta nada suara. Lantaklah nak tunggang terbalik sekalipun.

Kerjaya sebagai Customer Care Consultant sangat mencabar dan kadar berhenti kerja sebelum masuk floor (real working area) adalah tinggi. Tak semua orang boleh buat kerja ni dan seriusly boleh kata mencabar jugak. Tapi yang paling best adalah tiada kerja dibawak balik rumah. Habis kerja habis. Titik.

Kerjaya ni perlukan kesabaran yang tinggi, dan juga tahap kawalan stress yang agak baik sebab kalau stress tak dapat dikawal maka akan anda akan huru-hara.

Lagi yang paling best adalah, tiap-tiap hari mesti ada customer yang telefon dan anda tak tentu pasal akan lena marah tanpa sebab. Mesti ada punya. Aku mula-mula hangin jugak tapi bila dah lama-lama aku rasa menda tue adalah natural dan interesting.

Manusia biasalah kan? Perangai seribu satu macam. Pelik, baik, pemarah, dan macam-macam lagilah! Jadi sebagai orang yang uruskan customer, maka harus belajar menadah telinga dan jadik pendengar yang baik. Dan bagi aku, yang paling best adalah bila customer cakap "anda telah berikan servis yang sangat baik".

Bagi aku, customer tak akan marah atau mengadu atau buat aduan tanpa sebab. mesti ada sebab. Conthnya macam charges "On Panas" ke, "On Jiwang" ke... dan lain-lain.

---------------------

Aku masih harapkan impian untuk jadik lecture jadik kenyataan. Tak akan aku give up. Tapi dengan kerja sebagai Customer Care Consultant ni aku akan bakal miliki kereta sebijik. Hahaha... (tak dapat-dapat lagi walau semua dah settle.. Cilakak sungguh!!)

Dan, sekarang aku mau tidur sebab esok keja pagi...

Salam..

Nota kaki:

Bilalah nak lepas temuduga lecture ni.. :(

-Love my Job!~!-

Read Users' Comments (5)

5 Response to "SUDAH JATUH CINTA SAMA BETTY"

  1. Sofia says:
    September 21, 2010 at 7:46 AM

    klu servis TM rosak , mesti call 100.. ahaaa, pastuh ada lelaki angkat.. ngeee..mungkinkah kamu?? hehehe.. tp, sampai sekarang tepon rumah xdpt gune lg.. adessss.. naseb baik gune prepaid aje..

  2. tiafazunia says:
    September 21, 2010 at 10:06 AM

    nnt aku nak kol ahh,
    tanak mengadu, tanak marah2, tanak puji.

















    errr .. nak ngorat bole ? haha! :D

  3. Roxy zai says:
    September 21, 2010 at 10:33 PM

    hahha..cian juga kalo dah kena maki hamun tuu..anyway,slamat bekerja^__^

    pstt: students xsabar2 nk masuk alam kerja, org bekerja pula minta2 dpt jadi students semula..heheheh^__^

  4. Anonymous Says:
    October 28, 2010 at 2:22 AM

    Hey, I can't view your site properly within Opera, I actually hope you look into fixing this.

  5. wan muhamad says:
    October 29, 2010 at 12:23 AM

    sabar yop..kwn aku selalu tepon customer servis maxis kalo dia boring dia borak2 sama consultant tu..selalunya consultant tu layan aje..terbaik hehe