TIP MENGAYAT 1: Caring @ Ambil Berat

Ni sebenarnya bukan tip daripda aku. Tapi daripada bos aku yang ada pengalaman luas bab mengayat perempuan. Haha...


Dan aku sudah declare kepada bos aku bahawa beliau adalah sifu aku. :)

Aku dengan selamba tanya beliau:

"Sir, macamana nak ayat perempuan?"

Bos aku jawab:

"Rupa paras tak la penting sangat, tapi u mesti caring..."

Aku tanya beliau lagi:

"Bos kalau beliau menyampah sebab kita ni terlebih "care" sangat?

Bos aku jawab dengan selamba:

"Lama mana sangat la beliau nak menyampah"?

Aku gelak sambil fikir?

CARING??

Caring atau dalam Bahasa Melayu "ambil berat"...

Macam mana tue?

Macam soalan-soalan ni ke:

1. Awak dah makan?
2. Awak dah minum?
3. Awak dah berak?
4. Awak dah istinjak?
5. Awak dah mandi wajib?
6. Awak dah ................................

Dan macam-macam lagi????

Susah gila kan nak caring ni...

Kalau macam ni pulak macam mana:

1. Beliau sedang ada masalah, kamu dengar dengan teliti: Caring tak?
2. Beliau takdak duit, kamu belanja beliau makan KFC: Caring tak?
3. Beliau sakit, kamu lawat beliau dengan bawak buah pisang setandan: Caring tak?
4. Beliau telefon kereta beliau terbabas cium divider jalan, kamu cepat-cepat pergi tempat kejadian: Caring tak?
5. Beliau sembelit, kamu belikan beliau julap: Caring tak?
6. Beliau kelihatan sakit sebab senggugut, kamu belikan beliau Penadol Menstrual: Caring tak?

Dan macam-macam lagi.....

Caring @ ambil berat bagi aku tak boleh dibuat-buat sebab kalau dibuat-buat maka si pelaku akan rasa terpaksa dan rasa tak best.

Bagi aku caring @ ambil berat bukan setakat kepada orang yang kamu nak ayat tapi lebih penting kepada keluarga, kawan-kawan, masyarakat dan negara.. Chheeewwahh!

Caring @ ambil berat tak sama dengan mengongkong. Mengongkong macam anjing yang sedang gonggong tulang tapi caring @ ambil berat ni kira macam makan nasi kandar kat penang. Sedap melampau.. (Cilaka apa aku merepek ni!!!)

Paling penting, caring @ ambil berat biasanya terjadi dengan natural dan ia bukan dibuat-buat. Kalau dibuat-buat itu namanya memaksa diri..

Sekian... (Sila jangan ambil port sebab aku sendiri tak dak awek!)

Nota kaki:

Laki biasanya akan cuba caring @ ambil berat sedaya upaya masa mengayat. Tanduk sebenar hanya akan terkeluar lepas beliau sudah berjaya memiliki kamu (perempuan).

Lebih baik kalau caring @ ambil berat kepada keluarga.

TIP HANYA KEPADA MEREKA YANG MERANCANG MENGAYAT SEBAB NAK CARIK CALON BINI TAPI BUKAN BUAT BENDA TAK ELOK!!

Read Users' Comments (4)

4 Response to "TIP MENGAYAT 1: Caring @ Ambil Berat"

  1. wan muhamad says:
    November 13, 2010 at 5:51 AM

    aku baca benda nie tergelak pun ada..btol tu saudara.. caring sgt pow x bleh nti dorang pikir ni mesti ada pape .

  2. iszieylyanziy says:
    November 21, 2010 at 7:38 PM

    caring ade mksd tuh,,ngee

  3. armie::parc::udinc says:
    November 21, 2010 at 11:24 PM

    haha ee xpayah la caring sgt sampai nak tanye dah mandi wajib ke belum ;p

    kalau aku la, caring ni maksudnye ambil berat yg ade limit nye...means bg ruang sket. jangan tanye2 selalu. takut org rimas...

    haa aku suke bab die xde duit, pastu kau belanja makan :)

  4. Hapiz Rahman says:
    November 24, 2010 at 1:16 AM

    wan: tak penah caring.. tak tau. hahahaha

    isziey: maksud sangat dalam..

    armie: lu macam banyak pengalamn je.. kongsi a bro.. haha