AKU SEBATANG PENSIL...

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Selangor. Warnaku kuning belang hitam macam harimau. Pada mulanya aku tumpul tiada mata. Selepas siap dipek, aku dibawa oleh lori ke satu pasaraya besar......

Nostalgia kan karangan macam ni? Bukan setakat "Aku Sebatang Pensil" tapi ada macam-macam lagi jenis karangan macam ni macam "Aku Sebiji Bola", "Aku Sehelai Baju" dan macam-macam lagi.

Zaman karangan ini masa UPSR pada mereka yang lahir pada kira-kira tahun 1983 dan ke atas. Cukup suka kalau dapat buat karangan ni.

Paling tak boleh blah masa ending.. Selalunya macam ni: "Akhirnya, aku dibuang tidak berguna lagi. Tuan aku sudah ada pensel baru dan oleh kerana aku makin kontot maka aku dbuang begitu saja. Itula nasib aku. Sebatang pensil".

Kadang-kadang aku suka jugak buat happy ending. Tapi happy ending macam tak best. Tak dramatik..

Karangan macam ni memang betul ingatkan aku tentang perjalanan hidup. Hidup kita juga ada tahap. Macam ni:

Tahap proses (sama ada secara sah atau tidak)

Tahap bersebati (sperma tambah ovum)

Tahap berkembang (dalam perut ibu)

Tahap dunia (dari lahir sampai la nak mampos)

Tahap nak mampos (nazak)

Tahap kubur (Sudah mati)

Tahap hisab (timbang amalan)

Syurga atau neraka................

Sama kan macam pensil tadi? Pensil pun ada tahap jugak la kan. Akhir sekali kena buang sebab dah takda guna.

Tutup cerita serius. Bukak cerita lawak. Haha..

Rasanya, karangan ni adakah masih relevan dengan zaman sekarang? Relevan kalau tukar tajuk kasi advance sikit macam:

Aku Sekeping Kondom..

Aku Sekeping CD Blue..

Kan?

Zaman berubah jadik karangan pun meti la berubah.. Betul?

Nota kaki:

Kering idea..

Jangan jadik macam "pensel".. hahah

Read Users' Comments (3)

3 Response to "AKU SEBATANG PENSIL..."