Perempuan Suka Lelaki Macam Mana?

Salam bloggerz.


Hari ni kepenatan. Tak tau kenapa tapi penat semacam. Aku kadang-kadang naik menyampah mengadap traffic jammed setiap kali pergi kerja, balik kerja. Sakit hati setiap kali tengok "makhluk-makhluk bukit" potong que. Sabar je.

Dan tadi satu lagi buat aku terkejut, masa tengah tunggu parking kat kawasan rumah aku yang sentiasa penuh, sempat lagi online.

Berita paling buat aku terkejut beruk,

Top 'Opposition leader' caught on sex video (Update)- Klik link dibawah-

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2011%2F3%2F21%2Fnation%2F20110321124525&sec=nation


Aku harap tak la betul. Dan aku bukanlah orang orang yang suka berbicara pasal hal macam ni. Aku hanya berminat pada Tun M saja.

Berbalik kepada tajuk entri.....

Perempuan sukakan lelaki macam mana?

Penat gila aku memikir. Sungguh. Sangat sukar dan payah nak ditafsirkan dengan kata-kata. Kompeks macam susunan DNA dalam badan.

Memikir tentang ini buatkan aku pening kepala. Telan 3 biji penadol active fast pun tak jadik apa-apa.

Cuba fikirkan..

Adakah perempuan sukakan lelaki yang baik?



Jawapan? Tidak dan Ya.

Contoh? Kalau perempuan sukakan lelaki yang baik, kenapa ramai lagi perempuan kat luar sana terkejar-kejar dengan lelaki yang hidung belang. Laki anak tiga, umur 45 layak dipanggil ayah dan hampir pasti bini kat rumah macam jadik tunggul kayu tak tahu apa laki dia buat kat luar.

Kebanyakan perempuan ini tahu bahawa lelaki tersebut adalah mempunyai isteri, tapi yang pelik ramai perempuan kat luar sana terkejar-kejar lelaki jenis ini. WTF!Q


Adakah perempuan sukakan lelaki kacak?



Jawapan: 90 percent Ya!

Dari mata turun ke hati. Yang penting ensem. Mulut busuk belakang cerita. Haha. Biasanya tahap hensem ni cuma perempuan suka usha. Bila dah kenal, rasanya fikir dua kali jugak la. Lelaki yang hensem plus baik adalah pakej. Tapi hati-hati juga perempuan, lelaki kacak a.k.a hensem sekarang jangan percaya sangat. Tambahan kalau smart semacam. Kemungkinan gay adalah tinggi.

Adakah perempuan sukakan lelaki kaya?




Jawapan: Ya lebih banyak dari tidak.

Sebab tue ramai perempuan muda sekarang carik lelaki yang lebih berumur. Kedudukan kewangan lelaki macam ni kukuh. Nak dibandingkan dengan lelaki yang muda belia, baru merangkak-rangkak.

Lagi, aku suka mencabar perempuan jika anda terpaksa membuat dua pilihan (kedua-dua ajak dinner) dari jejaka yang belum anda kenal betul (tahap kenal sama rata). Lelaki A pakai Mazda RX8, dan lelaki B pakai motosikal Honda 70 Petak. Yang mana anda akan pilih?

Adakah perempuan sukakan lelaki yang cool?


Jawapan: Ya kesemuanya.

Perempuan sukakan lelaki yang cool macam Sasuke. Kebanyakan perempuan tak sukakan lelaki yang clumsy macam aku.

Adakah perempuan sukakan lelaki yang kelakar



Jawapan: Ya. Perempuan sukakan lelaki yang boleh buatkan mereka ketawa. Tapi jangan melebih sebab nanti dikatakan poyo.

Adakah perempuan sukakan lelaki yang alim?


Jawapan: Semua akan mengatakan ya. Tapi tipu.

Salah satu contoh: Cuba lepak shopping compleks masa hari Jumaat. Ramai kot couple berdating. Masalahnya, tak malu ke diaorang berdating masa hari Jumaat?

..........

Sikit-sikit sudah ye. Banyak-banyak buat pening kepala. Kadang-kadang apa yang aku tulis bukan boleh percaya sangat kan?

Kadang-kadang mengarut boleh buat kita rasa enjoy! Sungguh.


Nota kaki:

Kadang-kadang pelik dengan perempuan. Sungguh cinta itu orang kata Buta. Dan kadang-kadang rasanya orang Buta adalah lebih bermakna untuk dicintai sebab orang Buta biasanya Buta Mata tapi Celik Hati..

Read Users' Comments (8)

8 Response to "Perempuan Suka Lelaki Macam Mana?"

  1. ♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ says:
    March 22, 2011 at 9:02 AM

    emm..pndapat saya la ek..
    sy sndiri suka lelaki yg caring. hensem tak hensem lain cerita.

    n yg pntg die leh tolak ansur. huhu

  2. Makbed says:
    March 22, 2011 at 10:20 AM

    saya suka lelaki yang menggelabah sikit. boleh gelak guling-guling kalau tgk dia je.

  3. kay-N says:
    March 22, 2011 at 10:32 PM

    "Lagi, aku suka mencabar perempuan jika anda terpaksa membuat dua pilihan (kedua-dua ajak dinner) dari jejaka yang belum anda kenal betul (tahap kenal sama rata). Lelaki A pakai Mazda RX8, dan lelaki B pakai motosikal Honda 70 Petak. Yang mana anda akan pilih?"

    Saya pernah dalam situasi ni, lagi aneh..Lelaki B hanya ada sepasang kaki..hehe..

    dan saya pilih Lelaki B =)

  4. Heidi Shafiq says:
    March 25, 2011 at 6:14 PM

    aku pun x taw aku lelaki jenis yg mn satu.. haish..

  5. Hapiz Rahman says:
    March 26, 2011 at 12:16 AM

    ctiey: Jangan cakap kat mulut je.. Perempuan kadang-kadang jadik buta sebab cinta..

    makbed: Ouh? Ya ka? Baguih2.. Ingat tak dah dah yang suka laki jenis gelabah cam aku nie. haha

    kay-N: aku tau. mesti laki kaya tu x ensem kan? Hahah

    heidi: Asalkan ko straight sudah. haha

  6. ♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ says:
    March 26, 2011 at 12:37 PM

    HAPIZ RAHMAN >> yup perempuan mmg kdg2 buta sbb cinta. tp. siyes ah. hensem pon. kalau playboy bt pe.

  7. kay-N says:
    March 27, 2011 at 2:59 PM

    hahaahahhaa..gulp..dedue xnsem~ =p..hihi..

    memilih tanpa melihat upe..haha..pnjg cte klo nk gtau..=)

  8. Shawani says:
    June 4, 2014 at 12:03 PM

    aku x tahu jenis2 motor wei.. n aku x suka imam muda.. n aku nk kahwin dgn lelaki sebaya aku atau tua sikit dr aku.. limit beza umur 10 tahun ja!

    sbb aku x suka imam muda sbb aku free hair tp aku x nk kaki pukul. as long dia hormat n hargai aku..

    tang rupa tu, manis pd pandangan mata aku sbb aku prnh suka kat sorg mamat ni tp kwn2 sume kata muka mamat tu mcm tongkang pecah.. bg aku as long as aku selesa tgk muka kau tu dh ok dh :D