Lelaki dan Calon Isteri

Salam bloggerz

Semalam aku tengah stim2 layan facebook aku terbukak profil sorang member lama. Lama tak dengar cerita beliau. Dah nak kawen pun. Tahniah.

Member aku ni, masa dulu perangai mengalah jin. Nak kata jahat tue taklah jahat. Tapi nakal tue memang ya. Serius nakal sampai kalau ada ja muka budak sekolah nak kantoi merokok ke, apa ke, tak sah kalau beliau tak naik tapak perhimpunan kena sebat dengan cikgu.

Tue masa sekolah lah. Sekarang dah lost contact dan aku yakin beliau ni dah jadik insan berguna sekarang.

Berbalik kepada apa yang aku nak bebel pepagi ni. Lelaki dan calon isteri.

Semua sekarang sedia maklum bahawa lelaki sekarang memang kurang daripada kaum perempuan. Dah lah kurang, nak carik yang berguna pun susah. Maaf kalau orang lelaki marah. Tapi ini adalah kenyataan. Kalau tengok status kemasukan kat universiti sekalipun, memang dominasi kaum perempuan. Jawatan besar pun banyak perempuan yang pegang sekarang nie.

Kaum lelaki banyak mendominasi institut penjara, pusat serenti, sekolah juvana, bla.. bla..

Dan kaum lelaki yang sikit ni ada pulak yang menceburi arena cinta terlarang lelaki sama lelaki. Maka makin sikitlah golongan lelaki yang berguna.

Kaum lelaki yang masuk univerisiti pun belum tentu lagi berjaya tamatkan pengajian dan ini buatkan golongan lelaki berguna sekarang makin kurang. Boleh aku katakan bahawa perempuan yang kena memilih, bukan lelaki lagi sekarang.

Lelaki punyai pilihan yang pelbagai dan kurang sikit terdesak. Sekarang, kalau seorang kerani lelaki yang kawen dengan seorang pengurus bukan lagi benda luar biasa, dah jadik macam benda biasa.

Aku suka memerhati. Kebanyakan lelaki ni ada tengok macam ada trend. Trend berbeza antara calon isteri dan jugak awek.

Seorang lelaki kalau dia carik awek, bagi aku lebih cenderung untuk mencarik yang cantik, menarik, seksi, pandai bergaya..

Kalau tak percaya, cuba perati, Aku tak kata pandangan aku ni betul, tapi itu hanya pandangan peribadi.

Lelaki akan merasa bangga kalau awek beliau cantik, menarik, seksi.. Itu adalah lelaki. Lagi sekali, ini adalah pandangan peribadi.

Cuba pulak kalau ditanya lelaki macam mana beliau nak calon isteri beliau. Lelaki akan menjawab dengan lebih spesifik cth: bertudung, berbudi bahasa, hormat orang tua, sopan santun, lemah lembut...

Lelaki akan mencarik calon isteri terbaik untuk diri beliau, walau perangai beliau macam jin afrit.

Kalau ditanya perempuan, perempuan juga akan mencarik calon suami yang terbaik untuk diri mereka. Tapi dalam hal mencarik jodoh sekarang, bagi aku lelaki lebih banyak kelebihan disebabkan jumlah calon yang bersepah.

Perempuan sekarang memang sangat kena pandai jaga diri. Lelaki tak kisah sangat beb. Sebab lelaki adalah lelaki. Kalau umur lelaki meningkat sekalipun, itu tak jadik masalah sebab makin meningkat umur lelaki, maka "nilai tambah" beliau akan meningkat (tapi below 40 lah, kalau dah lepas 40 elok fikir kubur).

Perempuan pulak kalau umur makin meningkat, maka "nilai tambah" akan makin berkurang. Tak setuju? Itu adalah hak kamu.


Nota kaki:

Lelaki ini... Hakkkkk tuuiihhh!! hahah.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Lelaki dan Calon Isteri"