Bunuh diri sebab serabut kepala otak.

Salam bloggerz

Pernah tak kamu semua rasa serabut sangat kepala otak sampai rasa macam nak bunuh diri?

Atau serabut hanya setakat rasa macam nak hentak kepala ke dinding laju-laju?

Atau serabut sikit-sikit sampai tertidur masa drive kereta?

...

Punca serabut?

Banyak sebab yang buatkan kita serabut kepala otak. Sebab yang paling biasa adalah banyak kerja, hubungan (suami-isteri, pakwe-makwe, kawan-kawan) dll.

Kalau banyak kerja, serabut sampai tak tahu nak buat apa. Dah la banyak kerja, komputer pulak buat hal. lagi la haram.

Kalau student paling biasa sebab asignment yang sebenarnya tak lah banyak tapi sebab bertangguh, jadik kerja tue jadik macam banyak. Paling haram, dah siap suma tinggal nak hantar pergi print je laptop, pendrive masuk virus, abis hilang semua. Pulak tue tak dak back up file. Memang hampeh!

Korang semua pernah tak merasa zaman guna disket. Masa tue pendrive takdak atau tak popular lagi. Aku penah merasa zaman tue masa awal zaman diploma. Buat asignment kat cc. Faham-faham lah bila buat asignment kat cc tahap virus memang gaban. Masa tue virus brontok gila-gila mengganas. Jenis virus copy folder. Haha.

Ok. Kalau berkaitan hubungan pulak memang sangat biasalah.

Hubungan takdak sefahaman
Hubungan ada orang ketiga
Hubungan terlarang

Aku malas nak borak pasal hubungan ni. Letih!!

Lagi satu sebab utama kepala otak jadik serabut adalah sebab jauhnya hubungan kita dengan Allah. Sungguh sebab aku pernah rasa dan tengah rasa.

Nak atasi serabut?

Tak payah sebenarnya nak atasi serabut ni. (Cilakak cakap senang la der... hahaha)

Kalau masalah berkenaan hubungan, bagi aku kita kena tahu apa punca masalah. Contoh, kalau suami serabut sebab isteri malas (hari-hari layan senetron indon sampai makan pakai tak terurus) suami kena la potong astro. hahah

Kalau hubungan isteri tension perangai lelaki yang pemalas, isteri kena la jadik pemalas gak. haha

Hidup suami isteri ni kena saling memahami. Memang la kadang-kadang kita jadik makin bosan sebab hadap muka dan perangai yang sama tiap-tiap hari. Jadik bagi aku suami dan isteri kena buat sesuatu yang berbeza untuk hadap tahap bosan tersebut. Contoh macam bulan madu kedua ke, apa ke.. (cilalak macam la aku dah kawen. haha)

Ok, kalau berkaitan dengan kerja, tak kiralah apa kerja apa pun kena buat on time (yeaaahh!!). Jangan bertangguh. Kalau banyak sangat cuba buat yang penting dulu dan yang nak kena hantar dulu. Setelkan satu-satu. Betul?

Kerja sebenarnya tak akan abis. Sungguh. jadik take it easy. Tak siap pun buat-buat lah macam siap. Betul? haha

Nota kaki: Aku yang serabut!


Read Users' Comments (0)

0 Response to "Bunuh diri sebab serabut kepala otak."