Showing posts with label Gagal. Show all posts
Showing posts with label Gagal. Show all posts

Kita Adalah Penentu



Gambar terkini anak buah kesayangan aku.. Nor Alma Juwairiyah.. Inspirasi untuk aku update blog hari malam ni.
.
Salam bloggerz.
.
Hari ni, setelah lebih kurang setahun setengah aku tak karaoke dan jugak main bowling, atas desakan member-meber sekerja yang kebosanan tak tahu nak buat apa, akhirnya aku telah menyumbangkan suara yang telah sedia sumbang (karaoke) dan jugak skill yang telah lama berkarat (bowling) di The Curve. Rasa dah macam tua sangat untuk buat benda macam gitu (padahal aku baru saja umur 25). Dalam perancangan untuk ajak bebudak tersebut ke Bukit Cerakah lepas nieh.. :)
.
Okey berbalik kepada apa yang aku nak kongsi hari ni. "Kita adalah Penentu".
.
Macam ni. Aku bagi contoh..
.
Apa akan jadik kalau seorang remaja belasan tahun, merewang tak tentu hala tiap-tiap malam, kerja sekolah tak buat, pemalas, dalam kelas tidur, tiap-tiap hari kena maki dengan cikgu? Apa akan jadik?
.
Peratusan untuk remaja tersebut berjaya dengan cemerlang dalam exam boleh dikatakan akan menurun. Kecuali kalau dia adalah genius..
.
Dan remaja tersebut selepas gagal dalam exam, telah sedar dan mula mengubah diri sedikit demi sedikit. Mula belajar balik, kerja part time untuk sara kolej, dan belajar dengan bersungguh-sungguh.
.
Dengan izin Allah, mungkin dia dapat mengubah nasib hidup menjadi seorang yang lebih berguna.
.
Baik, sekarang kita ubah balik kemungkinan tersebut.
.
Selepas remaja tersebut gagal dalam exam, dia sangat kecewa. Kecewa dengan segala-galanya. Untuk ubati kecewa tersebut, dia makin liar dengan kehidupan malam. Tak peduli lagi akan larangan mak dan ayah, buat aktiviti mengarut macam lumba haram, hisap dadah dan macam-macam lagi..
.
Apakah kesudahan hidup beliau?
.
Dan cuba bayangkan apa akan jadik kalau remaja tersebut adalah seorang gadis atau perempuan? Titik.
.
Sebenarnya, selagi kita bernafas kita masih ada peluang untuk ubah apa yang tidak patut. Cuma kita kena ada usaha dan jugak keazaman untuk buat.
.
Tapi kita (TERUTAMA AKU) selalu saja alpa. Kadang-kadang bila gagal, kita akan rasa seperti macam Allah itu tidak adil kerana menggagalkan kita. Itu tidak benar.
.
Kita adalah penentu. Kalau kita nak berubah, kita boleh buat selagi ada kemampuan dan keazaman.
.
Kalau kita terjelopok tanpa buat apa-apa selepas gagal, maka kita akan jadik insan yang terus gagal. Tapi kalau kita menjadikan gagal itu sebagai pengajaran, mungkin besar kemungkinan gagal tersebut tidak lagi kita ulangi dan kita akan jadik insan yang berjaya.
Titik.
.
.
.
Nota kaki:
.
.
Kita adalah penentu.. Dengan izin dan bantuan Allah Yang Maha Esa.

Read Users' Comments (4)

AKU YANG SELALU GAGAL

Ini cerita tentang kegagalan aku.. Hidup 24 tahun atas muka bumi dan memang banyak kali gagal. Ini sikit je. Kalau nak disenarai, bapak banyak sampai esok tak abis aku post entri nie..

1. Gagal UPSR (12 tahun)
Serius, result UPSR aku sangatlah tak bagus. Masa dapat result sangat kecewa tapi budak lagi masa tue mana tahu apa-apa.

2. Gagal cinta 1 (15 tahun)
First love aku adalah seorang yang sangat comel. Atiyah Rasnan nama dia. Masa kat sekolah, dia paling cunlah. Entah kenapa dia boleh suka kat aku. Beza umur dua tahun. Sempat couple kira-kira 6 bulan. Sebab dia terlalu cun, seorang member baik aku telah nayakan aku (ingat lawak ke) ayat dia dalam senyap. Dan aku ngan si Atiyah pun clash. Bebudak lagi wei!

3. Gagal PMR (15 tahun)
Reslut PMR aku jugak sangat so so. Sangat sederhana. Walhal aku rasa aku dah study abis dah. Kenapa entah aku pun tak tahu.

4. Gagal dapat tempat dalam jawatan pengawas di sekolah (17 tahun)
Pertama kali, cerita tentang kecewanya aku pasal tak dapat tempat dalam jawatan pengawas sekolah nie aku cerita kat orang. Aku tak penah cerita kat sapa-sapa pasal ni. Aku sangat kecewa sebenarnya masa tue, tapi seorang pun tak tahu, kecuali seorang cikgu kaunseling kat sekolah aku, nama beliau Cikgu Rani.

5. Gagal SPM (17 tahun)
Siyes, result SPM aku jugak sangat so so. Yelah, masa add math tidur (add math aku dapat 7d), masa fizik main-main ( fizik dapat 6c), kimia sepatah haram tak ingat formula (kimia dapat 5c), dan biologi aku malas nak baca (biologi 4B). Banyak main sungguh!

6. Gagal dapat course first choice kat UiTM
Result so so, ada hati nak mintak course ok. Jangan mimpilah! Tapi course yang aku dah completekan ni pun bagus juga. Tapi bukan first choice lah.

7. Gagal dapat result bagus lagi
Masa belajar kat U, aku kuat tidur, main, tapi still study. Result so so jugak. Kadang-kadang nak samapi 3.5, tapi sipi-sipi. Budak-budak kelas kata aku cerdik, sebab tidur pun boleh belajar lagi, padahal depa tak tau aku masa nak exam memang tak tidur langsung.

8. Gagal Cinta 2
No komen.

8. Gagal Cinta 3
Yang ni anak lord. Gagal jugak! Sekarang sudah serik. Suh mak carik!

9. Gagal dapat kerja bagus
Lepas grade, aku tak menganggur. Tapi keja tak tentu hala. First job yang betul-betul job aku sangat minat. Menulis. Basic gaji: RM 1200. Tiap-tiap bulan dapat tak menentu plak. Hidup kat bandar, hadooi! Bikin sakit kepala.

10. Gagal tolong keluarga sepenuhnya
Sangat kecewa sebab aku anak lelaki sulung. Tanggungjawab sangat besar. Even kakak aku orang nak masuk meminang sekalipun aku adalah wakil keluarga. (Mak, tunggulah lagi sebulan dua... Sabar...).

11. Gagal ujian memandu
Ini sangat hampeh! Malas nak cerita..

12. Gagal Ujian Kerja
Hari ni dan semalam ada evaluation untuk kerja baru aku sekarang. Aku kerja apa? Hahah.. Rahsia. Dua-dua test aku gagal. Padahal aku tahu semua benda tue. Sangat kiciwa.

13. Gagal jadik hamba-Nya yang baik
Ini kegagalan yang aku rasa paling besar. Dan kalau dihitung dari langit 1 sampai langit ketujuh sekalipun, memang gagal inilah yang boleh dikatakan gagal segagal-gagalnya..

Nota kaki:

Kegagalan itulah yang jadikan kita seorang "manusia". Kalau kita tak gagal, kita bukan "manusia".

Korang banyak kali gagal?





Read Users' Comments (17)