AKU YANG SELALU GAGAL

Ini cerita tentang kegagalan aku.. Hidup 24 tahun atas muka bumi dan memang banyak kali gagal. Ini sikit je. Kalau nak disenarai, bapak banyak sampai esok tak abis aku post entri nie..

1. Gagal UPSR (12 tahun)
Serius, result UPSR aku sangatlah tak bagus. Masa dapat result sangat kecewa tapi budak lagi masa tue mana tahu apa-apa.

2. Gagal cinta 1 (15 tahun)
First love aku adalah seorang yang sangat comel. Atiyah Rasnan nama dia. Masa kat sekolah, dia paling cunlah. Entah kenapa dia boleh suka kat aku. Beza umur dua tahun. Sempat couple kira-kira 6 bulan. Sebab dia terlalu cun, seorang member baik aku telah nayakan aku (ingat lawak ke) ayat dia dalam senyap. Dan aku ngan si Atiyah pun clash. Bebudak lagi wei!

3. Gagal PMR (15 tahun)
Reslut PMR aku jugak sangat so so. Sangat sederhana. Walhal aku rasa aku dah study abis dah. Kenapa entah aku pun tak tahu.

4. Gagal dapat tempat dalam jawatan pengawas di sekolah (17 tahun)
Pertama kali, cerita tentang kecewanya aku pasal tak dapat tempat dalam jawatan pengawas sekolah nie aku cerita kat orang. Aku tak penah cerita kat sapa-sapa pasal ni. Aku sangat kecewa sebenarnya masa tue, tapi seorang pun tak tahu, kecuali seorang cikgu kaunseling kat sekolah aku, nama beliau Cikgu Rani.

5. Gagal SPM (17 tahun)
Siyes, result SPM aku jugak sangat so so. Yelah, masa add math tidur (add math aku dapat 7d), masa fizik main-main ( fizik dapat 6c), kimia sepatah haram tak ingat formula (kimia dapat 5c), dan biologi aku malas nak baca (biologi 4B). Banyak main sungguh!

6. Gagal dapat course first choice kat UiTM
Result so so, ada hati nak mintak course ok. Jangan mimpilah! Tapi course yang aku dah completekan ni pun bagus juga. Tapi bukan first choice lah.

7. Gagal dapat result bagus lagi
Masa belajar kat U, aku kuat tidur, main, tapi still study. Result so so jugak. Kadang-kadang nak samapi 3.5, tapi sipi-sipi. Budak-budak kelas kata aku cerdik, sebab tidur pun boleh belajar lagi, padahal depa tak tau aku masa nak exam memang tak tidur langsung.

8. Gagal Cinta 2
No komen.

8. Gagal Cinta 3
Yang ni anak lord. Gagal jugak! Sekarang sudah serik. Suh mak carik!

9. Gagal dapat kerja bagus
Lepas grade, aku tak menganggur. Tapi keja tak tentu hala. First job yang betul-betul job aku sangat minat. Menulis. Basic gaji: RM 1200. Tiap-tiap bulan dapat tak menentu plak. Hidup kat bandar, hadooi! Bikin sakit kepala.

10. Gagal tolong keluarga sepenuhnya
Sangat kecewa sebab aku anak lelaki sulung. Tanggungjawab sangat besar. Even kakak aku orang nak masuk meminang sekalipun aku adalah wakil keluarga. (Mak, tunggulah lagi sebulan dua... Sabar...).

11. Gagal ujian memandu
Ini sangat hampeh! Malas nak cerita..

12. Gagal Ujian Kerja
Hari ni dan semalam ada evaluation untuk kerja baru aku sekarang. Aku kerja apa? Hahah.. Rahsia. Dua-dua test aku gagal. Padahal aku tahu semua benda tue. Sangat kiciwa.

13. Gagal jadik hamba-Nya yang baik
Ini kegagalan yang aku rasa paling besar. Dan kalau dihitung dari langit 1 sampai langit ketujuh sekalipun, memang gagal inilah yang boleh dikatakan gagal segagal-gagalnya..

Nota kaki:

Kegagalan itulah yang jadikan kita seorang "manusia". Kalau kita tak gagal, kita bukan "manusia".

Korang banyak kali gagal?





Read Users' Comments (17)

17 Response to "AKU YANG SELALU GAGAL"

  1. mrs.eleanor says:
    July 10, 2010 at 1:18 AM

    banyak kali jugak!! huhu. biasala tuh, kalo tak gagal, sampai bila pun kita takkan ada pengalaman n cabaran untuk hidup. gagal la yg bg kita pengalam. kan kan kan? haha

  2. ijat_asni says:
    July 10, 2010 at 1:26 AM

    gagal is a best pengalaman.
    dont afraid to fail ~~~~

  3. TheStoryTeller says:
    July 10, 2010 at 2:04 AM

    peh...banyak tu...neway..gagal tu la belajar..tak shock sangat..klu berjaya terus berjaya then ttbe gagal..frust menongeng jgk..

  4. Zuriana bt Saad says:
    July 10, 2010 at 2:58 AM

    yg paling best no11..buat aku gelak, sbb bru balik blajar kete siang tdi..:)

    papepun ko manusia yg paling berjaye, sebab ko berjaye nilai setiap kegagalan yg lepas..

  5. @yuE says:
    July 10, 2010 at 3:31 AM

    aku gagal masa spm...meraung ko tahu aku masa tu...serius aku tak dapat terima kenyataan...masa trial aku dapat 7A 4B tapi masa spm betol aku dapat 4A 7B...haaa tak ke macam celaka perasaan aku masa tu...tuhan je la yang taw betapa kecewanya aku...huhu

  6. Hapiz Rahman says:
    July 10, 2010 at 5:54 AM

    mrs eleanor: betul.. (aku sependapat dengan ko atau ko spendapat dengan aku?)

    ijat: yang penting belajar dari gagal tue

    zurina:hahaha.. aku ketawakan ko.. :)

    @yue: bole plak?? terbalik tue! ko macam-macam. tapi sekarang ko belajar course bagus kan?

  7. J. Love says:
    July 10, 2010 at 10:03 AM

    gua fail subject strength of material tiga kali. kali ketiga dapat A- terus! kah kah kah kah!


    gagal bercinta tu benda remeh je pade gua. hehe!

  8. Cik Bucken says:
    July 10, 2010 at 2:12 PM

    opkosss byk kli..gagal men besukan dgn baek.gagal dpt result bes.1st 2nd yr kt U mne lepas 3 pointer. blur sgt. tp sume tu ade hikmah. klu x gagal,kite xkan usaha sgguh2.

  9. kay-N says:
    July 10, 2010 at 4:41 PM

    woooooo...xpe xpe..gagal pun best pe..=pp ble pas gagal dpt elok lg syiok~~ hehe

  10. IKLAN PERCUMA says:
    July 10, 2010 at 6:16 PM

    gagal adlah perkara biasa bagi mereka yang inginkan kejayaan.orang yang selalu gagal adalah orang yang berjaya,sebab mereka berani mencuba.anyway lu memang best..gagal i a one part of our life...

  11. Anwar Faiz says:
    July 10, 2010 at 6:18 PM

    Orang yang berjaya adalah orang yang kenal erti kegagalan..

    pengalaman gagal mengajar manusia untuk berjaya

  12. Hapiz Rahman says:
    July 10, 2010 at 6:53 PM

    j.love: lu gagal 2 je la.. kali ketiga kan lulus kan?

    remeh kot.. ahaha

    cik bucken: ko agak sama dengan aku la.. hahah

    kay-N: Self satisfaction.. huhu

    iklan percuma: kalo kite tak gagal, hilang satu nikmat dunia..

    anwar: betul!

  13. Husna Hadzarami says:
    July 10, 2010 at 10:26 PM

    hoy. gagal ujian kereta tu aku pun sama doh T_T
    dah la gagal, langgar kereta orang pulak tu masa JPJ test! superduper gagal. sampai sekarang isu tu jadi bahan jenaka among family and friends. haha. tak kisah pun.

    okay aku rasa kau kena berpegang pada kata kata ini:

    I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work.
    -Thomas A. Edison


    :)

  14. Hapiz Rahman says:
    July 11, 2010 at 2:08 PM

    husna: hohohohoo.. rabu depan. Harap xdak apa-apa halangan..

  15. Keretapi says:
    July 11, 2010 at 7:46 PM

    gagal cinta sampai 3 kali?

    mungkin kalo tak cuba, tak gagal kot. . . heheh.

  16. Hapiz Rahman says:
    July 11, 2010 at 11:17 PM

    keretapi: hahaha.. yang itu ko highlight yer.. huhuhuhu

  17. hmohdkhalil says:
    April 7, 2016 at 6:38 PM

    😂