APA ITU CINTA?
Ini bukan entri jiwang. Buang plastik untuk isi muntah jauh-jauh.
Aku pernah tanya seorang budak umur lima tahun. Apa yang dia faham tentang cinta? Jawapan beliau:
"Cinta tue sayang la bang"
Aku tanya lagi: "Sayang tue apa?"
Beliau jawab: "Sayang tue cinta la"
Aku gelak sambil gosok kepala beliau (rasa nak luku pun ada. Nasib anak orang).
Sekarang aku nak tanya kamu, kamu dan kamu semua:
Apa itu Cinta?
.........................
Ada jawapan?
Sila jangan garu kepala macam aku.
Adakah cinta itu ungkapan kata sayang bertubi-tubi?
Sila jangan garu pungkoq pulak.
Adakah cinta itu peluk cium tanpa henti-henti?
Sila jangan tongkat dagu sambil korek hidung.
Adakah cinta itu jiwang karat sampai tahap guling-guling?
Sila jangan buat muka comel sambil mata kedip-kedip.
Adakah cinta itu tentang pegang-pegang tangan semacam belangkas?
Tiada reaksi.
Bagi aku yang serba naif ini, cinta itu adalah tentang sesuatu yang sangat suci. Satu perasaan ikhlas yang tidak dipaksa, dan lahir dari hati yang suci.
Itu aku.
Aku selalu salah bila meletakkan keutamaan cinta. Sungguh, naif benar.
Seseorang pernah berpesan kepada aku. Letakkan cinta dalam keutamaan seperti ini:
Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasulallah S.A.W
Cinta kepada Ibu dan Bapa
Cinta kepada Keluarga
Cinta sesama Manusia
Cinta sesama Makhluk Allah
Beliau pesan lagi, kalau letakkan cinta dalam keutamaan seperti ini, maka cinta yang dibawah-bawah itu akan dapat dengan sendiri.
Contoh: Jika kita cintakan Allah sepenuh hati, kita akan cintakan Rasulallah juga dengan sepenuh hati. Begitulah seterusnya.
Aku sendiri termenung.. Mampukah aku?
Aku tanpa segan mengaku masih terkapai-kapai dalam meletakkan keutamaan ini. Kadang-kadang malu dengan diri sendiri. Paling malu, nun kepada Yang Maha Esa.
Nota kaki:
1. Aku bukan orangnya jika nak cakap tentang cinta.
2. Menulis kali ini sambil mata kedip-kedip, dan sekejab-sekejab tongkat dagu.

