Showing posts with label Tidak Mengarut. Show all posts
Showing posts with label Tidak Mengarut. Show all posts

Kegilaan yang Mengarut

Kegilaan maksudnya ketaksuban
Ketaksuban boleh jadik mengarut kalau akal tak dapat menilai dengan waras
Dan ketaksuban boleh buatkan seorang itu jadik gila.
Tak percaya?

Contoh 1

Ali menceraikan isterinya dengan talak 3 sekaligus.
Sekarang Ali telah gila bayang sasau sebab tak boleh nak rujuk balik kecuali jandanya itu kawin lain.
Ali langsung mencarik seorang "Cina Buta" (pak sanggup) untuk berkahwin dengan isteri beliau dan mahu isteri beliau diceraikan pada malam itu juga. Isterinya setuju.
Pada malam itu, "Cina Buta" tersebut telah memberikan "servis" yang tak pernah isteri beliau rasai dan oleh kerana itu isteri beliau tak mahu diceraikan.
Ali gila dan tak lama terjun dari jambatan dan bunuh diri dekat Sungai Klang...

Contoh 2

Ah Keok seorang yang gila judi. Beliau berjudi tak kira pagi dan petang, siang dan malam. Berjudi boleh dikatakan hobi Ah Keok.
Harta benda Ah Keok yang berjuta-juta hasil peninggalan nenek moyang habis Ah Keok gadai sebab taksub berjudi.
Lagi teruk, Ah Keok sanggup pinjam duit dari ALONG dan lagi teruk beliau tak mampu bayar balik sebab bisnes dah lingkup.
Konco-konco Along carik beliau dan ugut hari-hari sampai Ah Keok tak tahan lantas beliau bunuh diri dengan minum racun tikus.

Contoh 3

Abu seorang yang kuat dan taksub bekerja. Beliau seorang Manager di sebuah kilang. Beliau kerja kuat sampai kadang-kadang tak balik rumah langsung.
Beliau ada seorang isteri (umur dalam lingkungan 35 tahun), body masih bergetah dan boleh kata menjadik bual bicara anak muda kawasan perumahan tempat beliau tinggal. Abu jugak ada seorang anak dara umur 14 tahun.
Oleh kerana Abu jarang pulang rumah, isteri beliau selalu rasa sunyi. Bila balik isteri beliau "mintak" Abu selalu tolak sebab penat.
Tanpa pengetahuan Abu, isteri beliau main kayu tiga dengan seorang jiran sebelah rumah.
Anak dara Abu pulak kurang kasih sayang (bapak kuat kerja, mak kuat buat kerja lain). Anak Abu join Mat Rempit. Mat rempit tersebut pulak adalah jiran sebelah rumah yang selalu buat "kerja part time" dengan mak beliau.
Mat rempit tersebut dapat double. Mak dapat anak pun dapat. Untung sungguh.
Tak lama, anak Abu mengandung anak luar nikah. Sebab beliau masih muda dan tak cukup kuat, kandungan gugur. Kompilasi dari itu, anak Abu masuk hospital sebab pendarahan. Pada malam kejadian itu jugak, Isteri Abu terkantoi buat kerja dengan mat rempit terbabit (Abu baru balik dari hospital, isteri Abu ingat beliau kerja).
Abu ambik pisau kat dapur dan tikam isteri dan mat rempit terbabit.
Tak lama, Abu kena tangkap polis dan dituduh membunuh.
Ali dihadapkan ke mahkamah dan kena hukum penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh tanpa niat.
..........................

Sekarang percaya kan? Haha.

Apa pun yang kita buat, mesti seimbang. Kita tak boleh taksub sangat dengan sesuatu. Kalau taksub sangat, memang akan menjadi kegilaan yang mengarut.

Nota kaki:

Antara tiga cerita yang atas,yang mana paling best? Sila komen. :)

Read Users' Comments (4)

APA ITU CINTA?

Ini bukan entri jiwang. Buang plastik untuk isi muntah jauh-jauh.

Aku pernah tanya seorang budak umur lima tahun. Apa yang dia faham tentang cinta? Jawapan beliau:

"Cinta tue sayang la bang"

Aku tanya lagi: "Sayang tue apa?"

Beliau jawab: "Sayang tue cinta la"

Aku gelak sambil gosok kepala beliau (rasa nak luku pun ada. Nasib anak orang).

Sekarang aku nak tanya kamu, kamu dan kamu semua:

Apa itu Cinta?

.........................

Ada jawapan?

Sila jangan garu kepala macam aku.

Adakah cinta itu ungkapan kata sayang bertubi-tubi?

Sila jangan garu pungkoq pulak.

Adakah cinta itu peluk cium tanpa henti-henti?

Sila jangan tongkat dagu sambil korek hidung.

Adakah cinta itu jiwang karat sampai tahap guling-guling?

Sila jangan buat muka comel sambil mata kedip-kedip.

Adakah cinta itu tentang pegang-pegang tangan semacam belangkas?

Tiada reaksi.

Bagi aku yang serba naif ini, cinta itu adalah tentang sesuatu yang sangat suci. Satu perasaan ikhlas yang tidak dipaksa, dan lahir dari hati yang suci.

Itu aku.

Aku selalu salah bila meletakkan keutamaan cinta. Sungguh, naif benar.

Seseorang pernah berpesan kepada aku. Letakkan cinta dalam keutamaan seperti ini:

Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasulallah S.A.W
Cinta kepada Ibu dan Bapa
Cinta kepada Keluarga
Cinta sesama Manusia
Cinta sesama Makhluk Allah

Beliau pesan lagi, kalau letakkan cinta dalam keutamaan seperti ini, maka cinta yang dibawah-bawah itu akan dapat dengan sendiri.

Contoh: Jika kita cintakan Allah sepenuh hati, kita akan cintakan Rasulallah juga dengan sepenuh hati. Begitulah seterusnya.

Aku sendiri termenung.. Mampukah aku?

Aku tanpa segan mengaku masih terkapai-kapai dalam meletakkan keutamaan ini. Kadang-kadang malu dengan diri sendiri. Paling malu, nun kepada Yang Maha Esa.

Nota kaki:

1. Aku bukan orangnya jika nak cakap tentang cinta.
2. Menulis kali ini sambil mata kedip-kedip, dan sekejab-sekejab tongkat dagu.








Read Users' Comments (20)