APA ITU CINTA?

Ini bukan entri jiwang. Buang plastik untuk isi muntah jauh-jauh.

Aku pernah tanya seorang budak umur lima tahun. Apa yang dia faham tentang cinta? Jawapan beliau:

"Cinta tue sayang la bang"

Aku tanya lagi: "Sayang tue apa?"

Beliau jawab: "Sayang tue cinta la"

Aku gelak sambil gosok kepala beliau (rasa nak luku pun ada. Nasib anak orang).

Sekarang aku nak tanya kamu, kamu dan kamu semua:

Apa itu Cinta?

.........................

Ada jawapan?

Sila jangan garu kepala macam aku.

Adakah cinta itu ungkapan kata sayang bertubi-tubi?

Sila jangan garu pungkoq pulak.

Adakah cinta itu peluk cium tanpa henti-henti?

Sila jangan tongkat dagu sambil korek hidung.

Adakah cinta itu jiwang karat sampai tahap guling-guling?

Sila jangan buat muka comel sambil mata kedip-kedip.

Adakah cinta itu tentang pegang-pegang tangan semacam belangkas?

Tiada reaksi.

Bagi aku yang serba naif ini, cinta itu adalah tentang sesuatu yang sangat suci. Satu perasaan ikhlas yang tidak dipaksa, dan lahir dari hati yang suci.

Itu aku.

Aku selalu salah bila meletakkan keutamaan cinta. Sungguh, naif benar.

Seseorang pernah berpesan kepada aku. Letakkan cinta dalam keutamaan seperti ini:

Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasulallah S.A.W
Cinta kepada Ibu dan Bapa
Cinta kepada Keluarga
Cinta sesama Manusia
Cinta sesama Makhluk Allah

Beliau pesan lagi, kalau letakkan cinta dalam keutamaan seperti ini, maka cinta yang dibawah-bawah itu akan dapat dengan sendiri.

Contoh: Jika kita cintakan Allah sepenuh hati, kita akan cintakan Rasulallah juga dengan sepenuh hati. Begitulah seterusnya.

Aku sendiri termenung.. Mampukah aku?

Aku tanpa segan mengaku masih terkapai-kapai dalam meletakkan keutamaan ini. Kadang-kadang malu dengan diri sendiri. Paling malu, nun kepada Yang Maha Esa.

Nota kaki:

1. Aku bukan orangnya jika nak cakap tentang cinta.
2. Menulis kali ini sambil mata kedip-kedip, dan sekejab-sekejab tongkat dagu.








Read Users' Comments (20)

20 Response to "APA ITU CINTA?"

  1. Eyriqazz says:
    July 13, 2010 at 1:08 AM

    bercinta biarlah berpada dan kena pada tempatnya

  2. Cik Bucken says:
    July 13, 2010 at 1:21 AM

    cinta,.emmm...bergantung pade sebab dan akibat kite bercinte..
    (tbe2 aku boleh berkate2 dgn bernas)

  3. llizam says:
    July 13, 2010 at 1:33 AM

    apa itu chenta? zam pun tak tau apa itu chenta. mungkin zam dalam dilema barangkali sehingga tidak dapat mengupas erti chenta walaupun sedang "berchenta" kononnya.

    ~jawapan melalut lalut sampai ke laut kerana sudah mahu berlayar d alam mimpi. hihihih ;p

  4. Hapiz Rahman says:
    July 13, 2010 at 3:18 AM
    This comment has been removed by the author.
  5. Hapiz Rahman says:
    July 13, 2010 at 3:21 AM

    eyriqazz: betul tue..

    cik bucken: sebab dan akibat? hmmm..

    zam: ohohoh.. aku pun da kuyu mata.. (jam sudah pukul 3.20 pg)

  6. Adiza says:
    July 13, 2010 at 4:34 AM

    cinta itu adalah watak Dian Sastrowordoyo dalam 'Ada Apa Dengan Cinta'.. cinta juga menjadi subjek utama dalam lagu2 leleh seantero dunia, spt 'Ayat2 Cinta', 'Demi Cinta' dan tidak krgny dlm irama dangdutdut spt lagu 'Dangdut Cinta Satu Malam' oleh Melinda Saipul Jamil.. msh tidak terjwb soalanmu wahai Hapiz..? baiklah.. ini jwpn terbek yg mgkn kamu dapat dlm mengupas soal cinta ini.. cinta itu ialah perasaan kasih sayang yg agung yg dtg dr hati (bukan dr kaki sorg suami dayus yg mabuk pas minum vodka cmpr todi.. kekeke).. ble ia dtg, kamu akan merasakan gejolak di jiwamu seakan-akan kamu ingin bergelek ala2 Inul slps tertelan ubat gegat.. jadi, jgn curangi ia, jgn nodai ia, layari ia mengikut batas agama..!

  7. Nur Su'aidah says:
    July 13, 2010 at 9:02 AM

    setuju! :D
    utamakanlah cinta dan pandangan allah :)

  8. miMiE aZiMaSK ^V^ says:
    July 13, 2010 at 10:29 AM

    salam hapiz.. tak jumpa shout box.. hehe so shout sini laa.. ihihihi
    header ben dah tukar la.. tuh mmg dia buat ... heheheeh tak singgah blog dia ekkh..? takkan la mie nak pepandai buat gitu kat header org.. .. kih kih kih... :D

  9. cik shabah says:
    July 13, 2010 at 11:06 AM

    love is cinta...*huha,tolong jgn luku cik shabah ye*

  10. ijat_asni says:
    July 13, 2010 at 12:16 PM

    sgt suke cite cinta ; khabir bahtia
    (tetibe..)

  11. Husna Hadzarami says:
    July 13, 2010 at 1:40 PM

    pernah tak kau rasa macam ni.

    bila kau diberi satu anugerah, tak kiralah apa2 pun, tapi yang menggembirakan la, kau rasa kau sangat tak layak utk terima.

    then kau rasa malu gila dengan Allah. kau rasa yang kau dah buat macam2 dosa, tapi Dia masih lagi bagi kebahagiaan pada kau.

    aku selalu rasa macam tu.

    Allah memang paling baik :)

  12. tia says:
    July 13, 2010 at 3:11 PM

    susanya nk jwb.
    hmmm.. perasaan yang hadir dengan tiba2.
    then ? argh! ntah!

    garu kepala ...

  13. Hapiz Rahman says:
    July 13, 2010 at 8:55 PM

    adiza: hahah.. begitukah? agak konfius..

    nur su'iadah: hohohoh...

    cik shabah: aku tak luke.. sekeh laju-laju saja.. haha..

    ijat: hahah.. bab mengarut memang best..

    husna: belum pernah lagi rasa macam tue..

    tia: aku tengah garu bontot... hahah sangat kotor..

  14. Hapiz Rahman says:
    July 13, 2010 at 9:51 PM

    kak mimie: aku dah buang dah shoutbox..

    kadang-kadang saja singgah blog beliau..

    (curik idea.. haha)

  15. Faiz says:
    July 13, 2010 at 10:54 PM

    cinta itu terbahagi kepada 3..yang pertama (aku tak ingat pe dialog dia) yang kedua (aku pun tak ingat) yang ketiga cinta kerana ALLAH...petikan daripada cerita syurga cinta...hehe...
    p/s: thanks komen kat blog..=) setiap komen anda amat dihargai...
    ***Hit My Latest Update Here***

  16. Hapiz Rahman says:
    July 13, 2010 at 11:36 PM

    faiz: ala ingat2 lupa plak cerita syurga cinta nie..

  17. Haura Malina says:
    July 14, 2010 at 1:33 AM

    cinta itu boleh diumpama kan bagai makan sambal belacan., walau pedas hgga mengalir air mata namun mahu ditelan juga. ahha. ;p

    for some people, mgkn bila kenal cinta manusia dulu n then bru kenal cinta yg sbenar benarnya cinta <--- cinta ALLAH.

    love lead to LOVE. ;)

  18. kurawk says:
    July 14, 2010 at 3:30 AM

    ade betol jugak ape yang kaw ckp..bile bercinta semua lupa..bila ditinggal mula laa memohon doa.. (T_T)

  19. Ery Farieha says:
    July 14, 2010 at 4:23 PM

    betol tu.
    biar lah ape kite buat semua kerana Allah.
    tp tu la, mampu ke kite? T___T

  20. Hapiz Rahman says:
    July 14, 2010 at 5:44 PM

    haura: ye ke? camna tue?

    kurawk: sama la aku pun.. hmm..

    ery farieha: mampu, bukan tak mampu. nak atau tak dan kuat atau lemah saja..