Showing posts with label Kawen. Show all posts
Showing posts with label Kawen. Show all posts

Kenapa Masih Ada Spesies Itu?

Salam bloggerz.

Jarang benor dapat blogwalking. Rindu nak ada masa macam dulu tapi nak buat macam mana. Masa tak salah sebenarnya. Kita yang salah. Sebab tak pandai bahagikan masa.

Baru kejab tadi aku godek-godek facebook. Nah, beberapa lagi member aku telah kahwin. Tahniah kepada Norhafiza (coursemate masa kat UiTM), Iqbal (rakan coursemate masa kat UiTM), dan jugak Khairul Anuar (ex-SMKJ). Aku doakan korang bahgia sampai ke anak cucu, bahkan sampai ke nyawa dekat-dekat halkum. Haha..

Sorang lagi rakan sepemancingan, Wan Jinbit sudah selamat bertunang dengan Cik Sarina. Cepat-cepat kahwin la ye. (bukan kahwin, tapi nikah)..

Aku? Lambat lagi. Calon pun tunggang langgang lagi, Macam mana?

Berpasang-pasangan itu adalah fitrah dan nikmat yang Allah berikan kepada kita sebagai tanda sayang Dia kepada kita. Cukupkah kita bersyukur?

Aku manusia naif. Terkadang silap, terkadang tersadung. Tapi sebab silap itulah yang menjadikan aku manusia yang tidak ulang apa silap terdahulu.

Cukuplah kita bersyukur dengan nikmat fitrah tersebut?

Kita tidak bersyukur dengan menzalimi diri sendiri. Tersalah berkawan melampau batas sampai terlebih sudah terhilang dara bagi wanita.

Betulkah itu yang termaktub namanya CINTA? Kalau cinta mesti tak buat kan?

Beberapa minggu lepas, membe umah aku sendiri tengok dengan tragis percubaan bunuh diri sorang perempuan kat Seksyen 7 ni yang dengarnya sebab putus cinta. Tragis nasib baik tak mati.

Kalau aku kat tempat kejadian masa tue, dan yang nak bunuh diri itu adalah lelaki, aku akan siapkan video cam siap dengan pembesar suara cabar dia supaya terjun cepat-cepat. Gila kalau upload kat Youtube mahu dapat view juta-juta. Naseb la perempuan kan? Kalau terdaya tolong la sambut.

Bodoh ya amat la kalau putus cinta sampai nak bunuh diri.

Spesies..

Sejenis lagi manusia yang tak tahu rasa bersyukur adalah jenis manusia yang homoseksual. Baik gay atau lesbian.

Aku paling pantang kalau golongan ini dengan bangganya katakan bahawa itu adalah naluri.

Lainlah kalau kau tue dilahirkan khunsa, ada dua kemaluan. Itu mungkin adalah kecelaruan naluri.

Kalau yang normal, korang dengar depa cakap itu naluri, memang itu tak masuk akal.

Selalunya, keinginan golongan-golongan ni terdorong oleh beberapa faktor. Antaranya:

-Salah didikan daripada mak ayah:
Masa kecik manjakan sangat. Mak teringin sangat nak anak perempuan. Anak lelaki dikasi pakai baju perempuan, mainan perempuan. Bila besar, yang di salah anggap sebagai naluri itu makin menjana. Paling teruk, ada jenis mak dan ayah yang tak kisah anak-anak mereka lesbian atau gay. Ini memang tak dapat nak dibuat apa-apa.

-Pengaruh kawan
Ada sesetengah daripada kita yang dilahirkan dengan perangai yang agak bertentangan dengan jantina. Lelaki yang sepatutnya tegas, sedikit lembut. Perempuan yang sepatutnya lemah lembut macam tombo sikit. Tak salah sebenarnya. Tapi bila ruang lingkup pergaulan jadik lebih luas, maka pengaruh kawan-kawan amat mainkan peranan yang penting. Tengok jenis kawan la.

-Teringin nak cuba
Spesies suka cuba benda baru yang salah. Mula-mula cuba, lama-lama makin best (biasalah setan ni benda salah memang dia bagi rasa best sikit) jadik satu ketagihan. Sudah salah lubang....

-Mangsa keadaan
Benda ni betul-betul jadik ye. Tambah-tambahan budak sekolah yang satu spesies. Sekolah lelaki dan sekolah perempuan sahaja. Ada kes budak-budak baru masuk, nampak jambu sikit jadik bahan pemuas abang-abang dan kakak senior. Sungguh ini kawan aku yang penah kena cerita face to face dekat aku. Mula-mula mangsa keadaan, lama-lama biasalah jadik best. jadik mak ayah yang anaknya sekolah satu spesies sila hati-hati.

-Contoh tak baik dari public figure
Ramai kot artis-artis dan orang terkenal yang tergolong dalam spesies ni. Budak muda yang mentah biasalah mengikut.

-Saja carik nahas.
Yang saja carik nahas ni memang jenis mangkuk yang tak pernah sedar dan sengaja jadik spesies salah sebab nak carik duit lebih (gigolo) atau jenis suka carik kelainan. Nafsu semata-mata.

..............

Aku kadang-kadang pelik, sebab spesies salah ni kebanyakannya bukan jenis lekeh-lekeh, Ada yang berkerjaya tetap, gaji besar, tapi masih lagi carik benda yang salah. Sedap kat mana la..

Spesies-spesies ni agaknya lupa azab Allah turunkan kat kaum Nabi Luth. Memang kiamat sudah dekat sangat.. (harapnya sempat la aku kahwin.. :P)



Nota kaki:

Ingatkan diri sendiri saja..

Read Users' Comments (4)

Sampai Seru: Kawen juge Nora Danish dengan aku.. Haha




"Aku sudah sangap nak kawen.. Sampai tahap air meleleh keluar ikut telinga. Hahaha... Tup-tup pada suatu petang yang damai, tetiba saja ada satu rombongan meminang datang ke rumah dengan sireh pinang segala bagai. Aku ingat rombongan tue datang jual pinang dan jugak sireh, rupa-rupanya datang nak meminang, bukan datang nak pinang akak aku, tapi datang nak meminang aku? Haha? Aku lelaki LOL!"

Dan rupa-rupanya, rombongan itu adalah rombongan Nora Danish.. LOL!

Korang percaya cerita tue? Kalau korang percaya, korang adalah sangat sengal, dan perlu lebih hati-hati supaya korang tak kena tipu dengan syarikat MLM, Along, Pak Man Telo, dan lain-lain. Haha.. Aku kencing korang saja! Haha!

Saja entri kali ni aku nak menyemak sikit cerita pasal sampai seru nak kawen.

Apakah sampai seru nak kawen? Sampai seru nak kawen kalau ikut pemahaman aku yang sengal ini adalah apabila kita rasa dalam hati bahawa kita memerlukan seseorang dalam hidup untuk berkongsi kasih, berkongsi sayang, berkongsi bantal, berkongsi tilam dan seangkatan dengannya. Pendek kata, sudah tiba lah masanya untuk kita menyalurkan apa saja yang selama ni kita salurkan dengan cara yang salah, kepada cara yang betul. Haha!

Bila dah ada perasaan tue, maknanya kenalah masuk meminang (kalau dah ada couple), carik calon kat Facebook, atau suh saja mak korang carik. Jika tidak, korang akan mengalami masalah jiwa kacau dan mungkin akan separuh mereng! Haha!

Perasaan sampai seru ni aku rasa subjektif. Mungkin setiap orang merasakannya dengan cara yang berbeza. Mungkin ada yang:

a. Guling-guling atas tilam
b. Panjat pokok mempelam
c. Buat-buat rajin siram pokok bunga kat depan rumah
d. Rasa jiwa kosong
e. Sangap a.k.a gersang! Hahaah!

Aku tak pernah rasa perasaan ni. So aku kurang la pasti sangat. Tapi, ikut pengamatan dan juga cerita member-member, biasanya la kan perasaan "jiwa kosong" adalah tanda-tanda seru untuk kawen adalah sudah sampai! Betul ke tak? Korang yang rasa korang tau la! Haha..

Bagi aku sampai seru ni memang tanda-tanda yang kita perlu ada seseorang dalam hidup untuk dijadikan teman yang sah, tapi yang tak bestnya, sampai seru sampai pada timing yang tak betul. Antaranya:

a. Masa tak dak duit
b. Masa hutang keliling pinggang
c. Masa tak dak calon
d. Masa baru clash
e. Masa tengah belajar

Bila timing tak betul, ni yang masalah. Cuma tahap kesabaran dan iman sajalah benteng kukuh..

Soalan member:

Adakah hangat bercinta itu adalah perasaan sampai seru nak kawin?

Jawapan aku:

Tak, itu saja je korang gatai dan gedik. Hahaha!

Soalan budak sekolah:

Saya berumur 14 tahun, baru datang haid pertama dan ada seorang couple. Saya rasa sudah sampai seru untuk saya kawin. Betul ke tak?

Jawapan aku:

Meh aku tampar ko laju-laju. Itu bukan seru. Tapi adalah perasaan biasa orang baru cukup umur. Jangan jadik bodoh dan belajar betul-betul supaya dapat tolong family.

Soalan anak gadis yang couple dengan PATI:

Saya baru berumur 18 tahun dan teman lelaki saya seorang PATI dari Lambok, Indonesia. Teman lelaki saya, Suparjo mengajak saya untuk lari ke Lambok kerana katanya sudah sampai seru untuk dia dan saya kawin. Pendapat anda?

Jawapan aku:

Sebelum ko lari ke Lambok sama-sama dia, baik ko fikir beberapa perkara utama:

a. Keluarga
b. Corak kehidupan kat sana
c. Adakah sampai mampos ko nak duduk kat sana?

Cuba lenyapkan dulu perasaan cinta tue, then baru buat keputusan.

Soalan biasa:

Saya anak dara, couple dengan seorang lelaki berumur dan ada isteri dan 5 anak. Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya kawin. Bagaimana?

Jawapan aku:

Kalaulah lelaki itu ikhlas untuk kawin dan mengambil ko jadik isteri kedua, ketiga atau keempat, maka dia akan buat dengan cara yang betul iaitu:

a. Bersemuka dengan isteri atau isteri-isteri dia
b. Isteri dia bersetuju (ini tandanya dia adalah lelaki yang baik)
c. Dia berjumpa dengan keluarga ko dan terangkan hal sebenar
d. Dia tidak bersembunyi-sembunyi atau mengajak ko kawin di Siam

Sampai seru ni adalah perasaan subjektif. Akan tetapilah, aku selalu berharap kalau sudah ada teman di hati, atau teman istimewa, maka cepat-cepatlah kawin. Dapat pahala wooo..

Korang ada pengalaman pasal sampi seru ni? Jangan segan untuk share di komen ye.

p/s: Aku menggunakan istilah kawin. Tapi istilah yang lebih tepat adalah nikah..





Read Users' Comments (34)