Showing posts with label Palestine. Show all posts
Showing posts with label Palestine. Show all posts

Apabila Tapak Kaki Berbicara- Piala Dunia: Habis Lupa Penderitaan Satu Bangsa. Bengongkah Kita?





VS


Hanya sekadar nota kaki untuk diri sendiri...



Hari Sabtu ni, 11 Jun 2010 maka Piala Dunia akan bermula. Seluruh dunia akan terpaku, tercongok, dan jadik bengong seketika, tak lama cuma lebih kurang sebulan saja. Kejohanan empat tahun sekali ni betul-betul buat orang jadik lupa segala-galanya.

Seketika lepas, satu dunia terkejut siamang dengan serangan komando Israel ke atas kapal yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Satu dunia suarakan ketidakpuashatian. Satu dunia buat bantahan. Satu dunia macam sama-sama bersatu hati berkempen tunggang terbalik menentang tindakan ala-ala "khinzir" Israel. Yes, that was a good move.

Kita juga bangun membantah. Kita juga bangun berdemo. Kita juga bangun menentang. Kita juga bangun dan tanpa buat apa-apa. Kita bersama-sama bersatu hati, tak kira agama, tak kira bangsa, tak kira kedudukan. Sama-sama bangun menentang perilaku "khinzir" Israel. Yes, that was a good move too.. But?

Ada tapinya..

Percayalah cakap aku, dengan berlangsungnya Piala Dunia selama lebih kurang sebulan, maka kita juga akan sama-sama semakin lupa, kita juga akan sama-sama buat-buat lupa, kita juga akan sama-sama sekali lagi lupa, dan sekali lagi lupa, dan sekali lagi lupa akan segala tindak tanduk "khinzir" Israel ini. Selepas sebulan, Piala Dunia selesai, dan kita tak dapat apa-apa segala-galanya akan jadik seperti biasa, dan kita akan betul-betul terlupa. Percayalah...

Dan Israel seterusnya dan seterusnya akan terus-terusan menindas bangsa Palestine. Makin banyak nyawa yang melayang. Makin banyak para isteri di sana kehilangan suami. Makin banyak keluarga kehilangan anak-anak muda teruna, anak dara dan anak kecil. Nyawa mereka seakan tiada harga. Dihinjak, ditindas, dihenyak, dan dibunuh umpama takdak harga diri langsung. Dan kita yang masing-masing sudah alpa dan terpana dengan Piala Dunia akan lupa dan buat-buat lupa akan segala kempen, bantahan dan segala apa lagi mak nenek demo yang telah dibuat.

Wah? Bagus Sekali! haha.. Biasalah tue tipikal masyarakat kita tak terkecuali aku ni. Hanya "hangat-hangat tahik ayam" saja.

Ok, jom borak sikit pasal Piala Dunia.. Tapi sikit bersilang dan mungkin mampu menyakit hati. Haha..

Aku pelik juga sebab apa kita ni begitu "pulun" dengan Piala Dunia. Sebab? Bila difikir-fikir, layakkah kita?

Fikir sejenak pasal pasukan bola sepak kita...

Negara kita pasukan bolanya entah hapa-hapa, ranking mengarut, pemain sengal, bebal dan main tak penah nak bagus (kecualilah masa zaman Allahyarham Mokhtar Dahari dan yang seangkatan dengannya). Bila main saja menyakitkan hati. Bila main je ramai yang rasa nak carut-carutkan. Dengan adanya pasukan bola yang sehampes itu, layakkah kita turut sama bersusah payah, bersengkang mata, amik MC tak datang opis, dan macam-macam lagi perilaku yang ntah hapa-hapa.

Fikir-fikirkanlah.. Layakkah kita?

Ingat sekali lagi.. Tatkala kita bersorak, bersengkang mata tengok bola malam-malam buta, buat kedai mamak macam bapak kita punya, nah di Gaza sana, ada yang kena henyak, ada yang kena pijak, ada yang kena sepak dan ada yang kena tembak sesuka hati. Ingatlah kerana mereka adalah saudara seagama kita..

Salam dari tapak kaki aku..




Read Users' Comments (8)

KEMPEN KAMI BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL!

"Sesungguhnya kamu (Bani Israil) akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan kamu pasti akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. Maka apabila datang saat hukuman kejahatan yang pertama dari kejahatan itu, Kami mendatangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan besar, lalu mereka mencarimu keluar masuk kampung ke seluruh negeri. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana" (QS. Al Israa’ 4-5)


Aku sekadar ingin memperingati diri akan apa erti syukur.. Dan jika adalah yang singgah di blog ini, harapnya kita sama-sama berfikir tentang erti sebuah syukur.. Moga sekelumit doa kita untuk kebahagian mereka di Palestin akan diterima Allah S.W.T

"Mana mak? mana ayah? Mana kakak? Moga nanti ku takkan menangis lagi apabila ke temu kalian di syurga.."


"Jika Allah S.W.T berkehendakkan dengan balingan sebiji batu kecil akan memecahkan kereta yang kebal ini, maka akan pecah tanpa ada baki sebutir debu sekalipun".


"Ibu: Anakku jangan menangis"
"Anak: Aku bukan menangis kerana takutkan dia, namun aku menangis kerana aku belum membalas jasamu membesarkan aku.."


"Bunuhlah aku, namun jangan kau bunuh kedua-dua anakku kerana aku mahu mereka melihat akan kehancuran mu kerana Rasulallah S.A.W bersabda "Belum akan tiba kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi. Kemudian mereka akan diperangi oleh kaum muslimin sehingga batu dan pohon sampai berkata: ‘Hai kaum muslimin, wahai hamba Allah, inilah seorang Yahudi tersembunyi di belakangku, datangilah dan bunuhlah". (Seluruh alam akan berkata begitu), kecuali pohon Al Gharghad. Sebab, sesungguhnya ia (pohon itu) tergolong pohon (simpatisan) kaum Yahudi" (HR. Bukhari & Muslim).

Read Users' Comments (2)