Apabila Tapak Kaki Berbicara- Piala Dunia: Habis Lupa Penderitaan Satu Bangsa. Bengongkah Kita?





VS


Hanya sekadar nota kaki untuk diri sendiri...



Hari Sabtu ni, 11 Jun 2010 maka Piala Dunia akan bermula. Seluruh dunia akan terpaku, tercongok, dan jadik bengong seketika, tak lama cuma lebih kurang sebulan saja. Kejohanan empat tahun sekali ni betul-betul buat orang jadik lupa segala-galanya.

Seketika lepas, satu dunia terkejut siamang dengan serangan komando Israel ke atas kapal yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Satu dunia suarakan ketidakpuashatian. Satu dunia buat bantahan. Satu dunia macam sama-sama bersatu hati berkempen tunggang terbalik menentang tindakan ala-ala "khinzir" Israel. Yes, that was a good move.

Kita juga bangun membantah. Kita juga bangun berdemo. Kita juga bangun menentang. Kita juga bangun dan tanpa buat apa-apa. Kita bersama-sama bersatu hati, tak kira agama, tak kira bangsa, tak kira kedudukan. Sama-sama bangun menentang perilaku "khinzir" Israel. Yes, that was a good move too.. But?

Ada tapinya..

Percayalah cakap aku, dengan berlangsungnya Piala Dunia selama lebih kurang sebulan, maka kita juga akan sama-sama semakin lupa, kita juga akan sama-sama buat-buat lupa, kita juga akan sama-sama sekali lagi lupa, dan sekali lagi lupa, dan sekali lagi lupa akan segala tindak tanduk "khinzir" Israel ini. Selepas sebulan, Piala Dunia selesai, dan kita tak dapat apa-apa segala-galanya akan jadik seperti biasa, dan kita akan betul-betul terlupa. Percayalah...

Dan Israel seterusnya dan seterusnya akan terus-terusan menindas bangsa Palestine. Makin banyak nyawa yang melayang. Makin banyak para isteri di sana kehilangan suami. Makin banyak keluarga kehilangan anak-anak muda teruna, anak dara dan anak kecil. Nyawa mereka seakan tiada harga. Dihinjak, ditindas, dihenyak, dan dibunuh umpama takdak harga diri langsung. Dan kita yang masing-masing sudah alpa dan terpana dengan Piala Dunia akan lupa dan buat-buat lupa akan segala kempen, bantahan dan segala apa lagi mak nenek demo yang telah dibuat.

Wah? Bagus Sekali! haha.. Biasalah tue tipikal masyarakat kita tak terkecuali aku ni. Hanya "hangat-hangat tahik ayam" saja.

Ok, jom borak sikit pasal Piala Dunia.. Tapi sikit bersilang dan mungkin mampu menyakit hati. Haha..

Aku pelik juga sebab apa kita ni begitu "pulun" dengan Piala Dunia. Sebab? Bila difikir-fikir, layakkah kita?

Fikir sejenak pasal pasukan bola sepak kita...

Negara kita pasukan bolanya entah hapa-hapa, ranking mengarut, pemain sengal, bebal dan main tak penah nak bagus (kecualilah masa zaman Allahyarham Mokhtar Dahari dan yang seangkatan dengannya). Bila main saja menyakitkan hati. Bila main je ramai yang rasa nak carut-carutkan. Dengan adanya pasukan bola yang sehampes itu, layakkah kita turut sama bersusah payah, bersengkang mata, amik MC tak datang opis, dan macam-macam lagi perilaku yang ntah hapa-hapa.

Fikir-fikirkanlah.. Layakkah kita?

Ingat sekali lagi.. Tatkala kita bersorak, bersengkang mata tengok bola malam-malam buta, buat kedai mamak macam bapak kita punya, nah di Gaza sana, ada yang kena henyak, ada yang kena pijak, ada yang kena sepak dan ada yang kena tembak sesuka hati. Ingatlah kerana mereka adalah saudara seagama kita..

Salam dari tapak kaki aku..




Read Users' Comments (8)

8 Response to "Apabila Tapak Kaki Berbicara- Piala Dunia: Habis Lupa Penderitaan Satu Bangsa. Bengongkah Kita?"

  1. cik nurulain says:
    June 10, 2010 at 1:40 AM

    betul jugak tu. tapi bukan nak cakap apa lah, kita bising-bising pasal israel, apa je sumbangan kita kan? fikir fikir kan lah... :)

  2. semut lelabah says:
    June 10, 2010 at 2:20 AM

    itulah pasal.. sama lah aku pun.. :) just melalui penulisan dan sikt doa saja..

  3. miss lolly a.k.a luvfareda says:
    June 10, 2010 at 7:34 PM

    biasalah tuuuuu.

    ada isu baru, lupa isu lama. hurm.

  4. semut lelabah says:
    June 10, 2010 at 8:05 PM

    betui tue.. cik loly selamat pengantin baru semalam ad jengah blog kamoo...

  5. ong ong kedek kedek says:
    June 11, 2010 at 12:38 AM

    SALAM ZIARAH SAHABAT :)

  6. semut lelabah says:
    June 11, 2010 at 12:45 AM

    salam hasrul... konfem x baca nie.. hahah

  7. Anonymous Says:
    June 13, 2010 at 5:10 AM

    aku xstuju.. pd aku semua tu ats dri msing2.. aku follow je Piala Dunia.. mmg agak fanatik dgn bola sepak.. tapi aku xpenh lupa ap yg dilakukan Israel Laknatullah terhadap umat Islam.. cam ne nk lupe sbb kite ari2 ad kewajipan yg kite plu tunaikan.. ari2 kite tadah tgn memohon ap jua dariNya kn.. bg aku,, ap2 yg kite lakukan biarlh berpada2.. spt saranan agama Islam suh mengamalkan konsep wasadtiah dlm semua hal..

    ** just my opinion

  8. semut lelabah says:
    June 13, 2010 at 5:57 AM

    saudara captain.. thanks atas pendapat.. actually kan, it just a reminder for myself, sebab aku juga kaki bola.. Sebab ada reminder tue, kerana aku dan sesetengah daripada kita ni kadang-kadang cepat lupa dan hanya hangat2 tahi ayam sahaja..

    p/s: siut tadi EnGLAND SERI.. Bengang gue! :)