Showing posts with label Perempuan vs Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Perempuan vs Lelaki. Show all posts

"MEREKA" MUNGKIN CANTIK TAPI.....

Salam bloggerz..


Alhamdulillah mood nak update blog datang balik..

Harap aku lebih istiqamah lepas ni.

Satu lagi, kepada member-member bloggerz, aku mintak maap belum sempat blogwalking ke blog korang. Bayangkan sekarang aku kerja 10 jam sehari tanpa henti. Nanti cuti aku jalan ke blog korang semua. Terima kasih yang sudi singgah.

Tema minggu ini adalah jiwang. Hahah..

Ini perihal lelaki.......

Lelaki adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah dengan sedikit sifat malu berbanding perempuan. Tapi sekarang perempuan pun ramai yang kurang lebih rasa malu berbanding lelaki.

Lelaki paling suka usha perempuan cun, dahi licin, body mantop, dan lain-lain lagi. Dan perempuan sekarang makin suka tayang body macam seakan-akan melambai-lambai kepada mat rempit dengan ayat manja:

"Marilah rogol aku...." Titik. Bukan nak cerita pasal ini. Cuma nak cerita pasal perempuan lawa tapi.............

Aku suka usha perempuan lawa. Serius tak tipu. Tapi, oleh kerana aku ni banyak memikir, lepas mengusha dengan jayanya ibarat kata pepatah "habis madu sepah kena buang" aku selalu berfikir banyak perkara.

"Ya beliau cantik, tapi......

"Adakah pagi ini beliau mandi dan gosok gigi?"

"Pukul berapa beliau bangun?"

"Bilik beliau adakah macam sarang tikus macam bilik aku? Hahaha..."

"Adakah beliau hanya cantik dan hanya tahu make up saja tapi benda lain semua beliau tak tahu?"

"Adakah beliau ini tak boleh hidup kalau tiada lelaki"

"Adakah beliau seorang playgirl"

"Adakah beliau high maintenance?"

"Adakah beliau suka tengking-tengking dan hempas barang?"

"Adakah beliau kerja asyik menjiwang dengan pakwe saja?"

"Adakah beliau hormat mak ayah beliau?"

Dan macam-macam lagi yang aku fikir..

Aku pernah cakap kepada seorang rakan bahawa aku trauma bila tengok perempuan terlalu cantik sebab itu membuatkan aku banyak berfikir dan jadik tension. Member aku gelak guling-guling sampai lupa diri...

Aku selalu terfikir bahawa setiap orang dilahirkan tidak sempurna. Contohnya macam minah-minah mat saleh yang berambut blonde. Kalau di barat, minah-minah mat saleh berambut blonde sering dikatakan cantik tapi IQ nya agak kurang sikit. Itu di barat dan aku memang sangat-sangat tidak percaya.

Kecantikan bukan segala-galanya sebab kecantikan boleh luntur bila lanjut usia (kecualilah kalau suntik botox atau buat pembedahan plastik atau pakai susuk.. hahah)

Yang kekal adalah peribadi yang luhur dan murni.

Nota kaki:

Cantik, luhur serta murni sangat susah dicarik!

Cantik saja tidak guna... Akai kena kasi ada jangan duk merenyam ke hulu lihir dengan Mat rempit saja...

Esok aku update pasal LELAKI YANG KACAK TAPI........




Read Users' Comments (6)

SIAPA SALAH: LELAKI ITU @ PEREMPUAN ITU?

Maaf para wanita: Entri ini untuk menyedarkan anda..

Tadi, aku borak-borak dengan kawan lama kat Facebook.. Borak punya borak keluar satu strory yang aku rasa memang wajar kaum wanita jadikan pedoman.

Kawan aku berkongsi dengan aku pasal cerita beliau dengan rakan beliau yang sekarang sedang menjanda tak sudah. Ceritanya macam ni.. Aku namakan kawan kepada kawan aku yang bermasalah tersebut sebagai Betty (bukan Ugly Betty).

Betty ni seorang pelajar IPTA jurusan ********. Cantik, bergaya, manja, comel. Pendek kata semua yang best bagi kepada beliau.

Betty mula kenal dengan seorang lelaki agak-agak hampir separuh abad (rumah kata pergi, kubur kata mari-mari), aku namakan Ali, secara tak sengaja masa beliau dan ayah beliau nak beli kereta untuk kegunaan Betty ulang alik ke kelas. Konon jauh la kan (padahal naik bas pun boleh). Sejak dari mula pertemuan secara tak sengaja tue, Betty dan Ali mula rapat. Sebabnya, ayah Betty ni teman beliau sekali saja. Lepas tue semua hal pasal kereta tersebut Betty uruskan. Jadi, memang si Ali ni akan selalu contact Betty dan lama-lama makin rapat. Ditambah pulak si Ali ni bagi pulak pakej percuma, beli kereta percuma kelas memandu (macam cerita Impak Maksima) maka makin la rapat si Betty dengan Ali ni.

Ali memang terus terang katakan kepada Betty bahawa dia memang dah beristeri, anak dah nak masuk 5. Ali terus terang katakan kepada Betty dia tak bahagia dengan isteri beliau. Dan dalam hal ini, status Ali memang Betty tahu dari mula lagi.

Ayat punya ayat, lama-lama Betty ni cair dengan Ali. Maklumlah, Betty ni baru clash dengan pakwe beliau dan Ali macam isi kekosongan la kononnya. Sungguh, ayat lelaki separuh abad memang sangat power.

Tanpa fikir panjang, lepas kira-kira tiga bulan madu kasih, maka Ali dan Betty tekad kawin kat Siam. Yelah, comfirm-comfirm la kan keluarga Betty tak izinkan sebab Betty pun belajar lagi. Bini Ali pun memang tak kasi peluang punya. Maka mereka pun kawin di Siam. Gedebak gedebuk, perkahwinan tersebut entah mcam mana sah plak.

Lepas kahwin, si Ali sewakan satu rumah kepada Betty. Tak lama lepas tue, maka Betty pun mengandung. Ye lah kan, dah sedap-sedap buat mesti la mengandung. Pelajaran Betty entah ke mana hala.

Masuk bulan keempat Betty mengandung, Ali mula buat perangai. Telefon jarang. Datang lagi la jarang. Betty ajalah telefon. Mana taknya, Ali dah kantoi dengan bini pertama beliau sudah. Maka episod lepas tangan bermula (Ya lah kan. Madu yang dihajatkan dah dapat. Tunggu nak buang sepah sajalah). Cakap si Ali pun mula sudah tengking-tengking. Manja-manja hilang sudah.

Masuk bulan keenam Betty mengandung, Betty yang tinggal sorang-sorang jatuh masa mandi. Pendarahan sangat banyak dan dalam susah payah, Betty telefon Ali. Ali macam endah tak endah. Dalam susah payah, Betty berjaya jugak buka pintu rumah dan kebetulan jiran beliau (lelaki bujang) nampak. Maka lelaki tersebut la hantar Betty ke hospital. Si Ali masa sampai kat hospital bukan nak kesiankan Si Betty, dihamunkan pulak si Betty an Ali tuduh Betty main kayu tiga dengan lelaki tersebut dan masa tue Ali jugak tuduh Betty berzina dengan lelaki bujang tersebut. Lelaki bujang tersebut macam bengong tiba-tiba kena tuduh dan blah sebab tak mau cerita panjang.

Betty keguguran. Sepanjang Betty kat hospital, sekali pun Ali tak jenguk (lepas hari tue). Betty balik pun tak berjemput. Naik teksi je.

Sampai je Betty kat rumah, Ali tunggu. Tanpa fikir panjang, Ali ceraikan Betty masa tue jugak. Maka terpinga-pinga Betty tak tahu hala tuju.

Tebalkan muk, Betty balik juga rumah keluarga. Tapi keluarga macam endah tak endah sangat walaupun tak halau Betty. Yelah, keluarga masih makan hati sebab Betty kawin lari...

Macam tuelah nasib Betty. Nasib baik Betty kuat. Dan akhirnya sambung balik belaja kat kolej swasta.

.........................................................

Pendapat korang tentang cerita ni? Siapa salah sebenarnya?

Pendapat aku macam ni.

-Aku simpati dengan Betty, tapi dalam dalam hal ni, Betty tanggung akibat atas kebodohan beliau.

-Bagi aku, Betty sangat bodoh sebab dari mula lagi Ali dah terus terang bahawa beliau dah kawin.

-Betty patut tahu batas dan dalam hal ini, Betty endahkan batas tersebut.

-Jodoh memang Allah tentukan, tapi kita harus berusaha carik yang terbaik. Kalau penagih dadah yang di carik, maka anda akan dapat penagih dadah. Jika anda carik kasanova, maka anda akan dapat kasanova. Kalau anda carik laki orang, maka anda akan dapat laki orang.

-Keadaan ni samalah macam ajal. Ajal memang Allah tentukan. Tapi kita harus berusaha elakkan. Contohnya, kalau korang sengaja baring atas landasan KTM, maka jika KTM lalu 99.9999999999999999 peratus korang akan mati dan badan korang akan hancur atau sekurang-kurangnya putus dua dilanggar KTM.

-Macam tu jugaklah dengan cinta. Cinta harus ada batas dan akal yang Allah berikan harus kita gunakan sebaik-baiknya untuk menilai yang mana baik dan mana buruk.

-Buang jauh-jauh bidalan "buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan", sebab itu adalah mengarut. Walau apa pun, restu mak bapak kita sangat penting.

-Jangan menggatal dengan laki orang. Punyalah banyak jantan single, laki orang jugak nak dikebas. Bingung.

Tentang Ali

-Ali hanyalah seorang lelaki normal yang tahu ambil kesempatan yang terhidang.

-Lepas tanggungjawab itu perkara biasa dan perempuan memang selalu jadik mangsa.

-Ali tidak rugi apa-apa, beliau sudah dapat itu "Madu"



Read Users' Comments (10)