Showing posts with label jiwang. Show all posts
Showing posts with label jiwang. Show all posts

Aku Kahwin Bulan Depan? Part 2

Jeng2.. Lama tak update blog. Baru rasa nak update.

Salam bloggerz.

Ingat lagi entri aku pasal Aku Kahwin Bulan Depan? Kalau lupa nah amik klik sini http://cintahatikamu-novelonline.blogspot.com/2011/02/aku-kahwin-bulan-depan.html

Sambungannya agak sweet. Kira dalam hati aku sebenarnya bukan ada taman dah tapi ada fun fair. Haha.

Ok aku sambung.

Lepas kira-kira 3 atau 4 hari aku tunggu email balasan dari Cik M, akhirnya beliau balas jugak. Tapi tak macam apa yang aku harapkan.

Sebelum email aku berbalas, Cik M banyak bertanya kepada membe aku Ila kenapa aku nak kenal dengan beliau. Alasannya, sebab dia sederhana sangat. Ila menjadi posmen tidak rasmi dengan khabarkan setiap perkembangan (sebab Cik M hanya berinteraksi dengan Ila, dan bukan dengan aku).

Tak lama, Cik M balas email aku dengan soalan yang sama: "Kenapa aku nak kenal dengan dia?".

Aku balas: "Biarlah itu hanya aku yang tahu".

Dan Cik M balas email aku itu dengan jawapan yang kalau aku takdak pegangan hidup memang terjun bangunan 18.

Balasan Cik M: "Saya rasa kita stop sampai sini sajalah".....

Aku terkedu dengar jawapan beliau. Tapi sempat reply dengan jawapan: Ök".

Selepas peristiwa tersebut, aku memang tak harapkan apa-apa lagi. Cuma kadang-kadang bila terserempak dengan beliau aku cuma tunduk dan buat-buat tak perasan.

Sampailah suatu hari, lebih kurang seminggu lepas peristiwa tersebut jadual kerja Cik M sama dengan jadual kerja aku jadik workstation kami dekat-dekat. Cik M kat belakang aku. Dan aku kadang-kadang terperasan yang Cik M ni kejab-kejab bangun. Tak pasti mungkin sebab beliau bosan (kerja sebagai customer service memang kadang-kadang agak bosan sebab 9 jam kena layan masalah customer. Jadik kadang-kadang kami berdiri, pusing-pusing..)

Tak lama, aku dapat update dari Ila: "Kecik, Cik M hantar email aku, dia kata ko comel"..

Aku terkejut beruk. Aku tanya Ila apa gila plak nie? Ila tunjuk email yang Cik M hantar kepada beliau.

"Kak Zila, kawan Kak Zila yang nak kenal dengan saya tue yang kat depan nie, kecik-kecik ang comel tue ke?"..

Aku dapat saja update, cuba balik menangi hati Cik M nie.

Rupanya, Cik M nie silap orang. Nama Hapiz banyak sangat kot sampai dia tersilap orang.

Dan sejak dari itu, aku dengan Cik M makin rapat dan Cik M berikan respon yang sangat baik.

Tapi sampai hari ni, cuma email jadik medium perhubungan kami. Dan aku masih lagi belum borak dengan dia face to face. Tapi itu jadikan cerita tentang kami jadik sangat menarik.

Bayangkan, perasaan menunggu balasan email, tersenyum sorang-sorang baca email beliau. Takde kata-kata rindu, cuma itu ditafsirkan melalui email yang ada maksud. Thrill beb!

Bagi aku, kalau dapat balas surat lagi thrill dan best. Sebab sekarang, teknologi macam facebook, Twitter, sms, video call jadikan sesuatu hubungan tue sangat-sangat cepat dan kecoh. Tak thrill langsung!

Aku cuma boleh berharap, agar ada kot rezeki aku dengan Cik M. Dan kalau ditakdirkan takde rezeki, pasrah dan redha saja.


Nota kaki:

Serius dalam hati ada fun fair. Haha..

Read Users' Comments (3)

Aku Kahwin Bulan Depan?

Salam bloggerz..
.
Kerajinan untuk update datang lagi. Dan biasanya pada waktu dan ketika jam tunjuk lebih kurang pukul 3 pagi.
.
Tajuk entri saja bikin gempak. Nak cerita sikit pasal kerja part time rakan sekerja aku yang dengan rela hati cuba carikan jodoh (husihhh, tak sesuai lagi perkataan nie) untuk aku.
.
Rakan sekerja aku, Ila nama beliau dengan rela hati telah cuba mengkenenkan aku dengan seorang budak consultant freshie di tempat kerja aku. Nama beliau biar aku namakan sebagai M saja.

.

Aku sejak mula Cik M ni masuk, suka la kiranya aku mengusha beliau. Sebab beliau ni boleh dikatakan comel. Nak kata cantik tidak ler tapi comel tue memang ya la sangat. Perwatakan sederhana, kecik molek, pakai tudung labuh, stokin tak lekang kot dari kaki.
.

Tapi aku ni biasalah kan, aku memang sangat payah kalau nak buka mulut dengan perempuan yang aku tak berapa rapat. Bertambah segan aku dengan Cik M ni sebab satu peristiwa.
.

Ceritanya gini...

Pada satu tengahari tatkala orang pergi solat Jumaat, aku dan seorang lagi rakan setempat kerja mengambil inisiatif dengan memonteng solat Jumaat dengan alasan sudah lambat. Segan nak cakap tapi mengaku je lah sebab aku bukan baik sangat. Sedang aku dan rakan sekerja tadi enak menjamu selera kat Food Court Jusco Sunway Pyramid, sekonyong-konyong Cik M ni datang lenggang-lenggok masuk jalan boleh kata sangat dekat dengan kami. Aku tak tahu sama ada Cik M ni perasan atau tidak, tapi aku memang perasan la dia sebab aku suka usha dia. Sejak hari tue aku memang kiranya nak angkat muka tengok dia pun agak jarang la dan lama-lama bila dah busy kerja, jarang terserempak maka jaranglah aku mengusha dan makin lupalah aku kat dia.
.

Sampailah kira-kira 2 hari lepas, rakan sekerja aku, Ila mengusulkan kepada aku supaya aku mengkenenkan diri kepada Cik M. Aku serius bab-bab cenggini kalau la ada exam comfirm aku tak lulus. Dan Ila mengambil inisiatif dengan bercakap dengan Cik M.
.

Ila katakan kepada Cik M bahawa kawan dia (aku la) nak kenal dengan Cik M. Cik M terkejut dan katakan kepada Ila bahawa beliau tak cantik, kenapa pulak aku nak kenal dengan dia. Dalam pada segan dan malu, Cik M bagi jugak la alamat email dia.
.

Dan aku dengan segala susah payah dan penuh tawakkal hantarla email kepada Cik M. Tapi sampai sekarang email tersebut tak berbalas.
.

Ila kemudian tanya pada Cik M, kenapa dia tak balas email aku. Cik M katakan lagi dengan penuh rasa rendah diri:

"Kak Ila, saya ni asal dari kampung, tak cantik, datang kerja hari ni pun pakai track sut, kenapalah kawan Kak Ila nak kenal dengan saya"...
.

Ila balas: "Nak kenal je kan. Jangan la risau, kawan akak tue baik (Baik ke aku nie? Akupun konfius). Kawan akak tanya kepasa M tak balas email dia".
.

Cik M balas: "Saya segan la kak. Saya ni macam ni je. Tapi insyaallah dalam masa dua tiga hari lagi saya balas email kawan akak tue. Sekarang segan lagi".
.

Sifat rendah diri Cik M ni buatkan aku lebih berminat la sangat untuk kenal dengan dia. Tapi sampai sekarang email balasan aku tak dapat lagi dari Cik M nie.
.

Ila dan kawan-kawan kerja aku awal-awal lagi dah warning, kalau kiranya jadik, kalau aku mainkan Cik M, memang nahas la aku. Tapi, rasanya aku bukan jenis macam tue kot. Insyaallah.
.

Persoalannya disini, identiti aku sekarang Cik M memang belum tahu lagi. Adakah dia akan sudi kawan dengan aku kalau sekiranya beliau ingat peristiwa aku kantoi memonteng Solat Jumaat tersebut? Biarlah Allah tentukan. Terlalu berharap tue tidak la. Tapi berharap tue memang ya sebab sejak hari aku hantar email kepada Cik M tempoh hari, sekejab-sekejab aku akan refesh email. Sekejab-sekejab refresh email. Mana la tahu Cik M terbuka hati nak balas email aku.
..........


Nota kaki:

Ajal dan maut, pertemuan adalah di tangan Allah. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang.
.

Setiap kali Cik M lalu dekat work area aku, aku rasa berdesup je merah telinga aku. Kalau lah aku ni kulit putih, mesti blushing.. Hahahah.. Naseb gelap.

Read Users' Comments (7)