Showing posts with label rumah urut gay. Show all posts
Showing posts with label rumah urut gay. Show all posts

TARAM BELAKANG

Salam maal hijrah..


Macam-macam jadik.. Lepas satu dan satu. Dah malas nak merungut. Mak cakap tak baik.

Laptop akhirnya mengalami kerosakan yang fatal. Dem!

Kurang lagi la aku mengupdate blog. Sabar je lah.

Dan lagi satu, KENA TARAM BELAKANG.. :(

Macam ni..

Selasa lepas, aku dalam perjalanan yang huru hara mencari sebuah kedai tinted cermin kereta kat Shah Alam. Kenapa huru-hara? Sebab aku carikkedai tersebut takjumpa-jumpa@ sesat. Padahal aku dah dekat 3 tahun lebih kat Shah Alam.

Tengah melilau-lilau, di satu "roundabout"@ bulatan kat Seksyen 25, dengan tidak semena-mena satu van taram belakang kereta aku.. Aduh!

Aku turun..

Aku: Aduh bro... Macam mana boleh langgar nie.. (sambil tepuk dahi)

Bro: Sori la, ingat tadi lu nak terus.. Tetiba lu berenti plak..

Aku: Yela, kan ada kereta tue. Mesti la aku berenti..

Bro: Jom park tepi dulu...

Aku dan bro tadi pun park kat tepi jalan...

Aku: Hmmm... Macam mana ni bro. Nasib tak kemik nie.

Bro: Itulah pasal.. Hmm.. Aku ada RM 30 je ni. Gajipun belum masuk.

Aku: (Tengok muka bro tue atas bawah.. Umur dalam lingkungan 30 ke atas. Sure dah kawen. Keja bawak van ni. Comfem.)

Hmm... Takpalah bro. Tak kemik calar sikit je. Halal je la..

Bro: Betulke?

Aku: Ye lah..Nak buat macam mana.. Dah nak jadik.

---settle----

Sambil aku melilau lagi drive sambil carik kedai tinted aku terfikir. Kalaulah aku yang langgar, mau kena pau tak ingat ni. Situasi yang memang tak akan lepas kena pau.

Sedangkan aku yang nak masuk selekoh bagi signal pun masih lagi kena hon tak ingat (tak tau apa salah aku) inikan pulak lagi bila aku yang langgar.

Hampeh tak?

Nota kaki:

Esoknya aku pergi la beli yang polish kereta tue. Tengah polish baru aku perasan, kemik sikit. Hmm...

Kalau kamu dan kamu semua dalam situasi macam aku tadi, apa yang akan kamu dan kamu semua buat?





Read Users' Comments (6)

KURUSKAN BADAN?

Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,

"Kami menawarkan 2 program disini... RM 50 utk versi'biasa' dan RM 100 untuk versi 'cepat'".

Mamat tu pun berkata, " saya ingat yang biasa lah sebab saya ni baru nak cuba kuruskan badan."

" Baik, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana ," jawab penjaga kaunter.

Mamat tadi pon masuk la ke bilik itu dan menutupnya. Selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik tersebut Dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat tu tak senang duduk,berpeluh.

Perempuan tadi berkata," kalau tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dgn saya... hikhikhikk", dan dia terus berlari dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar la.. Kejar punya kejar sampai 10 minit pun tak dapat lagi. tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.

Apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya sudah turun 3 kg.

" Wow.. memang senang nak turun berat badan".

"Memang berbaloi aku bayar RM 50 tadi", katanya seoarng diri.

Keesokkan harinya dia datang semula ke tempat tersebut. Dia ditegur oleh pemuda di kaunter. Setelah diberi penerangan seperti semalam, mamat tadi memilih utk mencuba versi 'cepat' pula.

"Baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya", kata penjaga kaunter.

Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datangla seorang body builder yang badannya sasa dan terus melondehkan pakainnya. Body builder itu berkata , "saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalau
saya dapat ... .... hehhehheee"

Nota kaki:

Terima kasih rakan kerja Nurfazana yang send cerita nie dalam inbox email aku.. hahaha

Read Users' Comments (10)