TARAM BELAKANG

Salam maal hijrah..


Macam-macam jadik.. Lepas satu dan satu. Dah malas nak merungut. Mak cakap tak baik.

Laptop akhirnya mengalami kerosakan yang fatal. Dem!

Kurang lagi la aku mengupdate blog. Sabar je lah.

Dan lagi satu, KENA TARAM BELAKANG.. :(

Macam ni..

Selasa lepas, aku dalam perjalanan yang huru hara mencari sebuah kedai tinted cermin kereta kat Shah Alam. Kenapa huru-hara? Sebab aku carikkedai tersebut takjumpa-jumpa@ sesat. Padahal aku dah dekat 3 tahun lebih kat Shah Alam.

Tengah melilau-lilau, di satu "roundabout"@ bulatan kat Seksyen 25, dengan tidak semena-mena satu van taram belakang kereta aku.. Aduh!

Aku turun..

Aku: Aduh bro... Macam mana boleh langgar nie.. (sambil tepuk dahi)

Bro: Sori la, ingat tadi lu nak terus.. Tetiba lu berenti plak..

Aku: Yela, kan ada kereta tue. Mesti la aku berenti..

Bro: Jom park tepi dulu...

Aku dan bro tadi pun park kat tepi jalan...

Aku: Hmmm... Macam mana ni bro. Nasib tak kemik nie.

Bro: Itulah pasal.. Hmm.. Aku ada RM 30 je ni. Gajipun belum masuk.

Aku: (Tengok muka bro tue atas bawah.. Umur dalam lingkungan 30 ke atas. Sure dah kawen. Keja bawak van ni. Comfem.)

Hmm... Takpalah bro. Tak kemik calar sikit je. Halal je la..

Bro: Betulke?

Aku: Ye lah..Nak buat macam mana.. Dah nak jadik.

---settle----

Sambil aku melilau lagi drive sambil carik kedai tinted aku terfikir. Kalaulah aku yang langgar, mau kena pau tak ingat ni. Situasi yang memang tak akan lepas kena pau.

Sedangkan aku yang nak masuk selekoh bagi signal pun masih lagi kena hon tak ingat (tak tau apa salah aku) inikan pulak lagi bila aku yang langgar.

Hampeh tak?

Nota kaki:

Esoknya aku pergi la beli yang polish kereta tue. Tengah polish baru aku perasan, kemik sikit. Hmm...

Kalau kamu dan kamu semua dalam situasi macam aku tadi, apa yang akan kamu dan kamu semua buat?





Read Users' Comments (6)

6 Response to "TARAM BELAKANG"

  1. armie::parc::udinc says:
    December 8, 2010 at 12:48 AM

    haha aritu before cuti kt melaka...kwn aku drive kete aku..aku ade kt sebelah la..ttbe kt traffic light..kete belakang tu lentung kete aku...woihh hangin ni..mau x..jap g kemek teruk..sape nak jawab? seb la bro cine tu cool, die benti kat tepi...pastu aku tengok cat bumper blkg terkopek...haru jugak tu..aku pau die 50rgt..ahahah!

  2. Hapiz Rahman says:
    December 8, 2010 at 12:52 AM

    armie: sempat komengepau beliau.. Cemerlang!

  3. Namia Cinta says:
    December 8, 2010 at 1:01 AM

    setaip apa yang berlaku pasti ada sebab .. mungkin nak dapat benda yang lebih baik kita tak tahu kan.. :-)

  4. Kazaztan Team says:
    December 8, 2010 at 10:16 AM

    Salam,

    kalu tak kemek tak pau..tp kalu kemek harus pau...

  5. SENORITA ZATY says:
    December 8, 2010 at 3:19 PM

    lorh sianyer , huuhu :)

  6. Hapiz Rahman says:
    December 8, 2010 at 3:54 PM

    namia: belanja apple imac??haha

    kazaz: fkir dua kali..hah

    zaty: tau xpa..:(