AKU PENIPU?

Serius aku tak tahu nak klasifikasikan cerita ni sebagai cerita lawak, cerita bodoh, cerita sengal atau serius.

Pagi tadi, aku pergi Proton Care Glenmarie Shah Alam sebab kereta dah sampai mileage 1000 km. Jadik wajib kena servis la kan.

Sebelum ni, kira-kira sebulan lepas ada sekali aku pergi sana sebab kereta aku dengan jayanya mencium divider jalan dan oleh kerana terlebih cium maka lower arm kat tayar bengkok dan balancing lari. Kos perubatan beliau ketika itu adalah RM 250.00.

Nak dijadikan cerita, masa aku tengah menunggu untuk kereta diservis, aku perasan ada sorang bro yang handle kereta aku untuk pertama kalinya asyik duk usha aku.

"Apahal mamat ni?" Dalam hati aku duk fikir..

Tak lama aku keluar jalan kaki pergi stesen minyak sebab nak cucuk duit sebab kos servis pertama kali 1000 mileage RM 180.00 (dalam dalam poket ada sepuluh ringgit saja.. aku budget sebab kereta under warranty inft servis 1000 mileage free. Cinabeng rupanya kena bayar).

Lepas dah settle cucuk duit aku pun duduk balik dengan selamba sebab expected kereta siap 10.30. Ada lagi sejam. Aku layan suratkhabar Metro kejab.

Tiba-tiba bro yang handle aku untuk first servis tue datang kat aku. Aku pun senyum la.

Bro tue cakap:

"Kelmarin yang lower arm bengkon tue kan?"

Aku jawab:

"A'ah, kereta ok je bro.."

Bro tue jawab:

"KELMARIN DUIT BAGI TAK CUKUP LA...LAGI SERATUS. Lepas tue saya call tak angkat..."

Aku jawab sambil gelak:

"Laa... Yeke. Masa bro call saya tengah drive la sebab tue tak angkat. Takpalah nanti masa nak bayar servis ni saya bayar balik".

Serius aku memang tak sedar aku bagi duit tak cukup kat bro tue. Beliau pun kepala hangguk jugak tak kira. Masa beliau call aku tengah drive. Tambah lagi handphone aku silent mode masa tue mana nak sedar. Aku ingat beliau nak tanya pasal kereta ok ke tak. Aku tak jawab la. Takda plak beliau message aku ke apa.

Lepas bro tue blah, aku pun check beg duit. Mak ai aku cucuk tadi memang cukup-cukup je. Takkan aku aku nak jalan kaki satu kali lagi round bapak panas masa tue. Aku cakap dalam hati lepas kereta siap aku g la kejab Stesen Minyak cucuk duit.

Ok.. Lepas kereta aku siap, bro tadi datang kat aku.

Aku cakap:

"Saya nak cucuk duit jab sebab tadi cucuk cukup-cukup je untuk servis yang ini".

Bro tue pandang aku atas bawah:

"Saya bukan tak nak percaya tapi...."

Aku jawab kat bro tue:

"Bro, kalau saya tipu buat apa saya datang balik buat servis kat sini"

Bro tue cakap:

"Itulah yang saya pelik. Terfikir jugak tadi kalau awak tipu kenapa datang balik. Takpelah saya percaya...."

Aku pun terus pergi stesen minya cucuk duit then bayar la yang tertunggak.

ADAKAH AKU INI PENIPU?

Nota kaki:

Masa aku sampai rumah masa bro tue call, aku sebenarnya rasa pelik sebab duit macam ada lebih.

Patut la rupanya aku bayar tak cukup. Hahahah..

Read Users' Comments (7)

7 Response to "AKU PENIPU?"

  1. namia cinta says:
    November 9, 2010 at 9:20 PM

    itu bukan menipu nya itu tidak sengaja....

    orang tuh pun satu kenapa tak kira masa terima duit

  2. rhapsody LiN says:
    November 10, 2010 at 1:10 AM

    hehe.. skrg ni susah nk percaye org.. bkn penipu tu.. just dia berhati2. :)

  3. Wan says:
    November 10, 2010 at 1:39 AM

    hehehe dah x perasan macam mana kan.sekali sekala .ok la sbb kita bayar balik..

  4. LiFe KaMi says:
    November 10, 2010 at 2:31 AM

    bro tu tgk muka ko lain mcm je tu yg dia rasa serba salah..hehe gurau je..

  5. Anonymous Says:
    November 10, 2010 at 10:47 AM

    good..ada bakat hafiz..teruskan.. from ummi

  6. budakkecik says:
    November 12, 2010 at 11:50 PM

    hehehe...mcm nih pun ada. nasib baik kamu tak sound check dia...huhuhu...kamu mmg berbakat besar!

  7. semut lelabah says:
    November 13, 2010 at 3:24 AM

    namia: masing-masing salah.. tapi rasanya aku lagi besar kot salah.. haha

    rhapsody lin: Beliau nampaknya lepas ini tak akan lupa kira duit lagi..

    wan: alangkah bagus kalau beliau lupa. Tapi di akhirat aku la menjawab..

    life kami: Beliau bukan gay... :)

    ummi: Pekabo ummi?

    budak kecik: Tak baik sound. Beliau sudah kasi servis baeekkk punya. Wakakakak...