SILA JANGAN PERCAYA WANITA
Bagi yang blur-blur tentang apa yang aku cuba bebelkan ini, cuba klik sini untuk entri sebelumnya. Jika lepas aku cuba sampaikan mengapa lelaki tidak harus dipercayai, kali ini adalah yang sebaliknya iaitu:
Sila Jangan Percaya Wanita Laju-Laju
Bagi aku, wanita adalah makhluk Allah paling "indah". Tiada yang seindah wanita. Memang gila habis la kalau seorang lelaki itu memilih jalan kelam untuk bantai bontot kaum sejenis. Itu bukan naluri, itu adalah nafsu songsang yang ditunggang syaitan.
Tapi, wanita tidak harus dipercayai laju-laju oleh kerana beberapa sebab (cuba fokus kepada elemen cinta untuk lebih faham). Aku senaraikan sikit-sikit:
Salah guna "keindahan"
Tidak sedikit wanita menggunakan "keindahan" dirinya untuk berlaku tidak baik, bukan saja kepada lelaki, tapi juga kepada wanita. Contoh?
a. Kikis harta lelaki
b. Rampas suami orang
Betul ke tak?
Ayat Menggoda
Kalau lelaki ayat putar belit, wanita sangat ampuh dengan ayat menggoda. Wanita boleh bikin hati lelaki cair dengan hanya guna suara lunak, lemah lembut (sampai rasa kadang-kadang nak lekeh laju-laju). Contoh?
"Abangggggggg... Tolonglah beli Handbag Prada tue.. Lawa sangatttt.. Beli ye banggggg..." (sila guna nada paling mengada dan lemah lembut).
Mungkin Meninggalkan
Wanita akan carik lelaki yang terbaik dan sesuai dengan beliau. Tidak sedikit wanita yang bermain kayu tiga, empat atau lima semata-mata untuk carik yang terbaik. Banyak kawan-kawan wanita aku sendiri yang secara sengaja atau tak telah bermain kayu tiga semata-mata untuk carik yang terbaik. Dan ada seorang kawan secourse mate aku dulu (yang aku cuba tackle tak dapat-dapat.. haha) walau berlambak gila laki duk ayat dia, sikit pun dia tak goyang. Aku tanya sebab apa? Beliau selamba jawab: "Aku payah nak setia dan aku takut aku tak setia".
Jadi para lelaki termasuk aku, sila jadi yang terbaik.
Perempuan Adalah Materialistik
Jangan salah faham. Aku tidak katakan kepada semua. Segelintir saja. Ada wanita yang sangat-sangat memandang kebendaan. Nak yang ada kereta, nak yang mampu adakan itu dan ini. Bagi aku, memandang kebendaan tidak salah. Ye lah, tak kan nak makan pasir kot bila kahwin kan? Tapi jangan lebih-lebih sudah.
Perempuan Mulut Kadang-kadang....
Ada beberapa jenis wanita yang suka sangat menjaja cerita pasal keburukan orang lain. Lelaki pun ada. Tapi lelaki agak kurang sebab kami cool. Haha...
Jadi sila hati-hati bila wanita mula bercerita.
Pandai Sandiwara
Perempuan jugak terkenal dengan sandiwara. Terutama sandiwara air mata. Memang kebanyakkan lelaki sangat alah dengan air mata wanita, termasuklah aku. Jadi tak sedikit wanita gunakan kelebihan ni.
Tak tetap Pendirian
Bagi aku, ramai wanita yang agak tak tetap pendirian. Cepat goyang, Cepat nangis. Cepat jugak melenting. Tapi, ada jugak wanita yang sangat kukuh pendirian, dan sangat gagah. Contohnya macam ibu tunggal yang berjaya.
Wanita yang tak tetap pendirian biasanya sangat mudah dipermainkan. Sama jugalah dengan lelaki.
Nota kaki:
Tak semua wanita macam ni. Harap maklum.
Aku agak tak sihat. Maaf kalau tak faham kalau ayat tunggang langgang.
Wanita jangan banned blog aku. Haha..

