ADAKAH ANDA PEMANDU YANG BERHEMAH?


Entri ini agak kasar dan 18 PL. Hanya untuk bacaan 18 tahun ke atas.

Aku sudah hidup lebih kurang 24 tahun di atas muka bumi Allah ini dan selepas aku hidup lebih kurang jangka hayat dua dekad setengah ni, baru sekarang aku terhegeh-hegeh belajar memandu a.k.a ambil lesen kereta. Tadi petang adalah kelas terakhir sebelum aku ambik test JPJ.

Secara peribadi, aku merasakan bahawa waktu pembelajaran kelas teori dan praktikal sebenarnya tak cukup. Kalau dalam kelas teori, beberapa jam pertama dihabiskan dengan tidur, dan beberapa jam selepas tue dihabiskan pulak dengan mengelamun (ini aku, bukan orang lain).

Bila penceramah tunjuk gambar-gambar ngeri eksiden, ok memang ada kesedaran. Tapi setakat cuma dua minit dan selepas tue tahap kesedaran tue akan hanyut macam dilambung ombak.

Belajar teori pun bagi aku semata-mata nak cukupkan syarat, dan lulus ujian berkomputer. Tapi sekurang-kurangnya, dengan adanya ujian berkomputer tue, maka aku dan kamu-kamu sekalian akan alert dengan simbol dan tanda-tanda seperti: (Gambar ihsan Google.com)




Aku sebenarnya tak layak untuk bebel pasal hal ini, tapi kan aku nak bebel juga.. haha.

Sebenarnya kan, buatlah apa kejadah kempen, iklan kat TV macam iklan MYEG yang hampeh tue (maaf aku sangat tak suka iklan MYEG Astro yang ada nyanyi-nyanyi dan menari tue), OPS Sikap sampai 1000 kali ke, kalau mentaliti kita sebagai pemandu masih ditahap ketiga, memang tak akan berhasil (kita itu adalah termasuk aku).

Contoh paling mudah:

Mat rempit dengan rempitnya
No komen!

Modified kereta
Hambek ko modified! Kereta Proton Saga tahun1986 pun nak modified. Haa, letak tenjin turbo! Kasi laju! Malam minggu buat jalan macam mak bapak kita punya, drift sana, drift sini sampailah masuk longkang

Rasuah Polis bila eksiden
Serius ini bukan main-main. Eksiden, rasuah polis supaya kes cepat selesai. Perkara ini adalah berlaku dengan jayanya!

Bawak kereta laju-laju
Pelik dowh aku dengan orang yang bawak kereta laju-laju. Adakah anda dan anda dan anda yang membawa kereta dengan laju tidak memikirkan akan masa depan diri, keluarga, serta anak-anak?

Aku betul
"Mentaliti aku tak salah", "Siapa salah", "Perempuan bawak kereta lembab" memang jadik bangkai dan buatkan negara kita terus menghuni antara tempat teratas kadar kemalangan maut paling tinggi di dunia. Daripada mempunyai mentaliti semacam itu, adalah lebih baik kalau kita mempunyai mentaliti seperti "Adakah aku yang salah", "Adakah aku memandu secara merbahaya", dan "Adakah aku cuai".

Aku bayar cukai, lantaklah aku nak bawak kereta laju!
Orang macam ni memang elok humban dalam Sungai Klang!

Ramai yang cakap rakyat Malaysia sangat berbudi bahasa, tapi cuma ada satu tempat saja yang di mana rakyat Malaysia akan begitu cepat berubah perwatakannya: DI JALANRAYA!

Sebab apa ya? AKu jugak tak tahu sebab apa. Mungkin sebab masalah genetik atau kromosom tak betul.

Nota kaki:

1. Peringatan untuk diri sendiri saja

2. Aku fobia kalau berada dalam kerata yang dipandu laju. Serius! Sebab aku penah eksiden teruk dengan member aku dan sejak tue sangat takut kalau duduk dalam kereta yang dipandu laju.

3. Aku juga tak boleh tidur dalam kereta.

4. Maaf hari nie aku tak dapat publish Cinta Hati Kamu. Aku kesuntukan masa.

Kalau kita hati-hati bawak kereta atau apa sahaja kenderaan sekalipun, kalau orang lain perangai macam hampeh, bawak kereta macam jalan diorang punya, kemungkinan besar kita juga memang akan jadik mangsa.

Oleh itu, sila hati-hati dan kalau sanggup menunggu dan bersesak-sesak, sila naik pengangkutan awam. :)






Read Users' Comments (16)

TIP: MACAM MANA NAK DAPAT KOMEN DALAM SETIAP ENTRI?

Aku bukanlah otai ataupun senior dalam arena blog ni. Tapi Alhamdulillah, sejak beberapa ketika ni, komen di blog aku mula konsisten.

Mungkin ada yang tanya kan. Apa pentingnya komen? Bagi aku, komen agak penting. Daripada komen, aku dapat tahu sejauh mana penerimaan pembaca terhadap apa yang aku tulis.

Bagi korang plak?

Sebenarnya, untuk dapat komen yang konsisten dalam entri perlu sedikit usaha. Biasalah, sesuatu tak akan datang dengan mudah.

Jadi macam mana?

Entri bagus
Entri yang bagus sangat penting untuk mendapat komen yang konsisten. Cuba post entri berkaitan sesuatu yang menarik. Contohnya macam sesuatu yang menyentuh perasaan, boleh bikin kontreversi, dan dapat menaikkan perasaan ingin tahu pembaca.

Jangan terlalu personal
Sebaik-baiknya, entri janganlah terlalu bersifat peribadi. Contoh macam keluar dating dengan pakwe, keluar dating dengan makwe, buang air besar pukul berapa.

Be different
Cuba jadik berbeza dengan orang lain. Post entri yang tak sama dengan orang lain. Contohnya entri pasal Piala Dunia. Cuba post pasal jenis-jenis but pemain ke, apa yang diorang buat di bilik persalinan, pengadil kena tembak ke. Kalau yang sama, orang macam malas nak baca. Benda yang sama kan?

Pendek yang ringkas
Bagi aku, aku lebih suka entri yang pendek, ringkas dan menarik. Mudah nak baca, mudah nak nak faham dan mudah nak komen. :)

Font
Jangan gunakan font yang terlalu kecik, font belit-belit, dan warna terlalu menyerlah. Sakit mata woo..

Komen box
Mudahkan pembaca untuk komen dengan remove word verification.

Balas setiap komen
Balas setiap komen pembaca. Jangan jadik berlagak dan kerek dengan biarkan saja komen pembaca tanpa ada follow up.

Blogwalking
Ini paling penting. Jangan haraplah nak dapat komen kalau korang malas nak blogwalking. Kecualilah kalau blogger otai. Memang tak payah blogwalking dah.

Masa blogwalking plak, baca entri blogger lain dengan sepenuh hati, dan kemudian ringan-ringankanlah tangan untuk komen. Jangan sekadar hanya tinggalkan jejak di shoutbox. Percayalah, kalau korang rajin blogwalking dan rajin plak komen di page bloggerz lain korang akan dapat hasilnya tak sampai sebulan pun.

Komen yang banyak jugak sebenarnya subjektif. Kadang-kadang tengok macam hampeh je entri, but then komen ribu-ribu. Macam mana tue?

-habis-

Nota kaki: Sekadar pendapat peribadi aku. Aku bukan bagus pun.Terima kasih kepada yang sesiapa saja yang singgah. Tanpa korang, aku tiadalah ada apa-apa..

TQ.









Read Users' Comments (27)

Mengendap a.k.a Skodeng 2: Edisi Lelaki Bikin Menantu

Aku berehat barang seketika dua daripada blogwalking malam ni sebab Astro kena potong sebab tak bayar dan aku terpaksa menapak ke kedai mamak sebab nak tengok match suku akhir Piala Dunia Brazil vs Belanda. Dan buat kesekian kalinya, aku ingin mengatakan kepada penyokong pasukan Brazil... Sayonara... Haha (gelak jahat sedikit mengejek)

Ok stop pasal Piala Dunia.

Setelah aku berjaya menskodeng cik su'aidah dengan jayanya pada entri lepas, kali ini aku terus lagi menapak untuk mencari mangsa seterusnya. Dan mangsa aku seterusnya pada entri kali ini adalah....


Blog ini adalah milik saudara Syed Abu Zulfadhli Al Qadrey.

Mengapa nama blognya microwriter?

Menurut tuan empunya blog, nama ini bertitik tolak semasa beliau berada di tingkatan lima dan guru biologinya berasa sangat hempes kerana tulisan beliau sangat kecil, dan oleh kerana itu guru biologi beliau menggelarkannya microwriter, membawa maksud seorang yang mempunyai tulisan yang kecil. Agaknya guru biologi beliau rabun dekat, dan berasa hampes kerana terpaksa memberi perhatian khusus untuk membaca tulisan beliau.

Blog saudara Syed Abu Zulfadhli ini bagi aku seperti sebuah kapal, yang membawa pelbagai barang dagangan dan akan singgah berlabuh dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan kecil untuk memperdagangkan barang-barang dagangan tersebut.

Mengapa aku mengatakan semacam itu?

Blog saudara Syed Abu Zulfadhli ini memang fokusnya adalah artikel-artikel ilmiah berkenaan agama Islam, peringatan, dan juga perkongsian ilmu.

Contohnya, adakah anda tahu apakah adab-adab mesyuarat mengikut sunnah? Microwriter ada jawapannya.

Adakah anda tahu bagaimana caranya untuk berwuduk jika anggota tercedera? Microwriter ada jawapannya.

Walaupun ianya adalah berdasarkan apa yang diperjelaskan oleh ulama terkenal contohnya seperti Dr Maza, namun saudara Syed Abu Zulfadhli mengambil inisiatif untuk berkongsi bersama para pembaca yang mungkin secara sengaja atau tidak singgah di blog beliau.

Segala apa yang dilakukan oleh saudara Syed Abu Zulfadhli dalam blognya adalah satu bentuk dakwah yang hanya Allah S.W.T dapat membalasnya di akhirat kelak.

Dan, blog saudara Syed Abu Zulfadhli ni juga banyak entri berkaitan kesihatan. Bagus untuk mereka dan mereka seperti aku dan kamu ni yang tak berapa nak peka tentang kesihatan tubuh badan.

Aku harap saudara Syed Abu Zulfadhli akan lebih banyak berkongsi pendapat beliau dalam isu-isu semasa semacam masalah sosial, penagihan dadah, pergaulan bebas dan macam-macam lagi.

Aku tenang sekali kalau singgah blog beliau, sebab ada lagu-lagu nasyid. Terus terang aku cakap, aku bukanlah penggemar lagu-lagu nasyid, tapi bila dah singgah blog beliau dan dengar secara tak sengaja, macam ada satu ketenangan yang memenuhi ruang dada aku.

Cuma aku kurang gemar secebis saja bila singgah blog beliau. Widget salji jatuh tue. Hadooi! Bila terklik secara tak sengaja, terus link ke web widget tue. Kurang gemarlah..

Nota kaki: Aku memang tak mampu atau belum sampai seru nak lakukan seperti apa yang saudara Syed Abu Zulfadhli lakukan dalam blog beliau. Tapi aku melakukan yang terdaya berdasarkan apa yang aku tahu dan sedia maklum.

Aku kurang pasti sama ada saudara Syed Ahmad Zulfadhli ni telah bernikah atau belum. Kalau belum menikah, maka beliau pasti adalah antara calon makcik dan pakcik di luar sana untuk dijadikan menantu. Sejuk hati mak beliau masa mengandungkan beliau.. :)






Read Users' Comments (5)

Kenapa Aku Suka Cerita Kartun?

Entri di tulis ketika sedang asyik menonton Hagemaru. Hahahahagemaru!


Tak lama lagi, umur aku akan mencecah 24 tahun. Sudah makin tua rupanya. Sangat tidak sedarkan diri kadang-kadang kerana perasan remaja.

Tapi, walaupun umur makin meningkat, aku dah lama perasan sesuatu tentang diri aku yang sangat tak sesuai dengan usia.

Aku suka sangat tengok kartun, sampai kadang-kadang kena kutuk kaw-kaw dengan member serumah sebab channel Astro Ceria 611 menjadi kegemaran. Persoalannya, apa yang buatkan aku suka tengok cerita kartun?

Aku rasa sebab-sebab ni adalah agak logik, bagi orang yang seusia atau lebih tua daripada aku. :)

Buatkan aku ceria
Cerita kartun buatkan aku jadik ceria, ketawa dan tersenyum. Hilang penat lepas balik kerja. Setuju? Antara cerita kartun favorite yang selalu buatkan aku tersenyum adalah Hagemaru. Dan sekarang aku senyum dan ketawa sebab asyik menonton cerita nie.


Buatkan aku bersemangat
Cerita kartun buatkan aku jadik bersemangat, dan sikit sebanyak tolong aku jadik kuat. Contohnya Naruto. Anime Naruto adalah all time favorite aku, yang aku rasa sampai bila-bila pun aku akan suka dengan anime ni. Tak pernah miss walaupun satu episod atau komik. Gigih dan semangat Naruto selalu saja pengaruhi aku. Kalau aku rasa down dan kecewa, aku akan tengok anime Naruto ataupun baca komik untuk kembalikan semangat aku. Sangat subjektifkan? Selalu jugak tengok Fairytale!


Tip-tip kekeluargaan
Banyak cerita kartun selitkan tip-tip kekeluargaan. Contoh paling tepat cerita Fukuchan. Doremon juga. Dalam kartun Fukuchan, memang sangat banyak tip-tip kekeluargaan yang diserapkan. Macam mana mak, ayah, dan atok Fukuchan handle Fukuchan yang macam-macam ragam. Tak percaya? Cuba tengok! Oh lupa plak. Crayon Shin Chan jugak banyak selitkan elemen kekeluargaan, walaupun Shin Chan ni kelihatan seperti budak yang separuh sengal.

Nilai persahabatan
Banyak kartun terapkan nilai-nila persahabatan. Fukuchan, Doremon, Naruto, Fairytale, Fruit Basket, adalah antara contoh terbaik. Tapi bagi aku, paling best adalah Fukuchan dan Naruto. Kartun Fukuchan sangat banyak elemen positif!



Elemen mendidik sukan
Jangan pandang rendah dengan cerita kartun. Sesetengah cerita kartun kaya dengan elemen mendidik dalam bidang sukan, tak elemen formal atau tak. Contoh:
a. Bola Kampung: Bola Sepak
b. Prince of Tennis: Tenis
c. Slamdunk: Bola Keranjang



Comel
Aku sukakan apa-apa saja yang comel sebab aku jugak comel. Haha

Sebab-sebab kat atas adalah antara sebab-sebab mengapa aku suka tengok kartun. Boleh diterima?

Korang suka tengok cerita kartun tak?











Read Users' Comments (34)

Makeover dan Widget Mengarut

Kalau korang singgah blog aku, jangan terkejut plak. Aku telah makeover blog nie. Bukan sebab jemu. Cuma aku rasa template lama aku macam terlalu macam girlish. Risau korang cop aku gay plak. Haha..

Lagi satu, aku nak mengurangkan masa loading korang bila singgah kat blog ni. Jadi, aku telah remove beberapa widget yang aku rasa tak perlu.

Kalau cakap pasal widget, aku rasa sebenarnya perlu aku cakap beberapa perkara:

a. Ada widget yang buat kita rasa tak best bila blogwalking
Aku agak tidak gemar kalau singgah ke satu blog, klik apa saja icon di blog, maka terus saja link ke web widget tue. Adus sangat tak best. Ambil masa untuk pangkah plak.

b. Susah nak komen
Ada sesetangah widget nie, betul-betul menyusahkan kita untuk komen, atau memekak di shoutbox. Klik saja komen, terus aja ke laman web widget tue. Dan memang ada yang tak boleh langsung nak di komen. Contoh-contoh widget tue adalah widget salji jatuh, aun-daun autumn luruh, dan lain-lain. Memang cantik, memang best. Tapi bila sampai bab nak komen tue memang la sangat tak best.

c. Loading blog lambat
Widget yang banyak memang buatkan blog kita jadik cantik. Tapi, agak memang tak dapat disangkal widget yang banyak boleh sebabkan blog kita jadik lambat loading. Tambah plak bila intenet lembab tahap cipan. Sakit hati kan?

d. Semak
Yes kadang-kadang widget terlalu banyak boleh buatkan blog kita semak. Setuju?

Cuba bukak blog-blog otai macam blog ben ashari, adifstory, hellioz, justkhai dan lain-lain blog. Aku perhatikan blog otai-otai ni memang sangat simple, dan masa loading sangat cepat.

Ok, berbalik kepada makeover blog aku. Aku nak tanya korang beberapa soalan.

a. Adakah korang rasa lebih menarik dan best bila singgah sini? (yang pertama kali singgah sila abaikan)

b. Adakah korang rasa masa loading blog aku cepat atau lambat?

c. Adakah korang rasa blog aku semak?

Aku bertanya hanya sekadar untuk satu sebab iaitu:

Supaya korang rasa tak menyampah bila masuk blog aku. Itu saja. Bagi aku, tanpa korang memang aku langsung takdak semangat untuk berblog. Perkara tue pernah jadik masa aku first-first berjinak dalam arena blog, dan blog lama itu telah aku delete dengan jayanya sebab sangat rasa tak best.

Kepada yang rajin singgah blog aku, aku ucapkan berbanyak terima kasih. Setiap kunjungan, setiap komen, setiap jeritan di shoutbox pasti aku follow up. Cuma lambat atau cepat saja.

Terima kasih semua.






Read Users' Comments (13)